Hari Selasa, Mrs Jay ke Lahat Datu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Jadi, Mrs Jay dan hubby bertolak dari hotel selepas solat subuh, kira-kira jam 6:30 pagi. Memandangkan kami keluar awal, kereta pun masih belum banyak, kami tiba di Lahat Datu pada jam 8 lebih. Selepas mengisi petrol, kami bersarapan di kawasan gerai tingkat atas Pasar Perdana. Menu adalah Coto Makasar. Coto berbeza dengan soto kerana kuahnya seolah-olah kuah laksa, tetapi diperbuat dari kacang, bukan isi ikan. Boleh dimakan bersama bihun atau mee kuning.
En. Hubby tak ketinggalan bertanyakan peniaga di sekitar pasar dimana boleh mendapatkan daging payau mentah untuk dibawa balik ke Semenanjung. Di Sabah, harga daging payau adalah dari RM15 - RM20 sekilo. Mrs Jay rasa harga tu sangat murah kerana Mrs Jay pernah jumpa daging payau di Semenanjung dijual dengan harga sehingga RM60 sekilo. Daging frozen (rusa bela) dijual dengan harga RM25 sekilo. Lebih menarik, daging payau di Sabah adalah dari rusa liar yang diburu, bukan rusa yang dibela di ladang. Tapi, daging payau ni memang susah nak dijumpai, kena tunggu orang pergi berburu lah agaknya.
Di Lahat Datu, kami ke Kg. Cocos. Mrs Jay ingat kan Cocos tu kelapa, rupanya nama suku kaum di Sabah. Selepas selesai urusan di Lahat Datu, kami turun ke Kunak, di Kg. Skim Cocos pula. Memandangkan kerja Mrs Jay dah siap, dan hari pun masih awal, Mrs Jay bercadang turun semula ke Semporna bagi menyelesaikan kerja yang tertangguh semalam. Setelah membuat temu janji, dapat juga berjumpa dengan usahawan yang Mrs Jay nak jumpa semalam. Setelah selesai perbincangan, En. Hubby bertanyakan kepada suami usahawan tersebut, Hj. Iqbal namanya (dah Haji walaupun baru berusia 37 tahun), dimana nak cari tempat makan yang best di Semporna. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, Hj. Iqbal terkejut bila dimaklumkan kami masih belum makan tengah hari lagi. Terus diajaknya kami ke Tampi-Tampi untuk makan seafood. Lebih best lagi, dia yang akan belanja!
Kawasan Tampi-tampi terletak di tepi laut. Kalau ada yang masih ingat, cerita Duyung lakonan Maya Karin dan Apek Senario dilakonkan di Tampi-tampi.
Kami bertolak balik ke Tawau selepas solat Asar. Memang indah menikmati pemandangan senja sepanjang perjalanan. Tinggal satu hari saja lagi sebelum meninggalkan bandar Tawau ni.....
Next: Perjalanan ke Tawau dan Kota Kinabalu (Hari 4)
Kawasan Tampi-tampi terletak di tepi laut. Kalau ada yang masih ingat, cerita Duyung lakonan Maya Karin dan Apek Senario dilakonkan di Tampi-tampi.
pelancong dan kanak-kanak tempatan terjun dari sini menikmati keindahan pantai...
nampak cetek, tapi sebenarnya sangat dalam
Kami bertolak balik ke Tawau selepas solat Asar. Memang indah menikmati pemandangan senja sepanjang perjalanan. Tinggal satu hari saja lagi sebelum meninggalkan bandar Tawau ni.....
singgah solat di masjid, Tampi-tampi
Next: Perjalanan ke Tawau dan Kota Kinabalu (Hari 4)
No comments:
Post a Comment