Thursday 23 April 2015

JJCM di Dungun

Bulan lepas, En. Hubby dah suruh Mrs Jay apply cuti pada 17 April sebab nak teman dia ambil adik yang baru habis belajar di UiTM Dungun. Lepas je apply cuti, Mrs Jay terus cari tempat untuk bermalam di area berhampiran UiTM Dungun di booking.com. Bukan apa, perjalanan dari Puchong ke Terengganu mengambil masa at least 5 jam. Paling tak, kena lah dapat rehat yang cukup sebelum sambung 5 jam lagi untuk balik. Tu pun kalau jalan tak jammed lah.

Mrs Jay jumpa Semarak Beach Inn dalam ruang carian. Harganya pun dari RM80 hingga RM110 je. Bila cari di Google, Mrs Jay jumpa laman web Semarak Beach Inn. Jadi, Mrs Jay rasa lebih mudah kalau direct contact je dengan owner, kot-kot la boleh dapat harga murah ke. Lepas whatsapp dengan owner, Mrs Jay terus buat bayaran deposit melalui m2u. Owner bagi harga RM80 je untuk satu malam. Ok lah tu kan. Kedudukannya strategik, betul-betul bertentangan pantai. Buka pintu je dah nampak Laut China Selatan. En. Hubby kata adik dia yg sorang lagi tu nak ikut jugak, terus je Mrs Jay whatsapp owner mintak tukar bilik untuk tiga orang. Owner bagi harga RM100 untuk bilik yang ada satu katil queen dan satu katil single.

Pagi Jumaat 17 April, kami bertiga (dengan adik ipar) bertolak ke Dungun seawal jam 4.45 pagi. En. Hubby kata nak elak jammed kat area KL, jadi kena keluar awal. Lebih kurang jam 6 pagi kami dah menapak kat R&R Temerloh. Lepas solat subuh, breakfast dulu sebelum sambung perjalanan. Kami dah boleh guna lebuhraya LPT 2 (walaupun belum dibuka sepenuhnya), jadi sampai ke Dungun lebih kurang jam 9.45 pagi melalui exit Paka. Memandangkan kami sampai terlalu awal dan rumah tumpangan tu belum sedia lagi, terpaksalah kami menapak dulu di tepi pantai Teluk Lipat. En. Hubby singgah beli sedikit kuih dari gerai tepi jalan.
Pantai di kawasan tanjung

Kemudian, kami menghabiskan masa meronda di sekitar kawasan sepanjang jalan pantai. Nak tinggal di sini memang mudah sebab sepanjang jalan dari UiTM Dungun ke kawasan tanjung memang dipenuhi homestay, rumah tumpanan dan kedai-kedai makan. Lebih banyak kedai yang dibuka pada waktu malam. 

En. Hubby sempat tidur sekejap dalam kereta sebelum menjengah adik di UiTM. Exam terakhirnya selepas solat Jumaat, jam 2.45 hingga 5.45 petang. Jadi kami tak nak lah ganggu waktu studynya lama-lama sangat. Lagipun tu kan last paper. Sebelum tu, singgah dulu makan cendol Dungun yang dijual di kiosk kecil dibawah pokok depan gerai majlis.

Lepas solat Jumaat, En. Hubby ajak singgah lagi ke pantai. Kami bentang tikar sambil menikmati air kelapa dan bebola cucuk yang dijual peniaga di tepi pantai. Kira-kira jam 2.40 petang, kami check in di Semarak Beach Inn.
Depan pintu boleh tengok Laut China Selatan

Lepas solat dan tidur kejap (kejap sangat kan, sampai pukul 6 petang tu), kami bertiga terus cari makan malam sebab tengahari tadi tak makan nasi. Destinasi target adalah di Medan Ikan Bakar Tanjung, Kuala Dungun. Tak jauh pun dari homestay ni, kira-kira 10 minit je naik kereta. Landmarknya adalah ada Pejabat LKIM depan Medan Ikan Bakar ni. Gambar  dan lokasi korang boleh mintak kat Pakcik Google je kan. Ingat nak makan kat Kedai Seri Warisan (Lot No.1), tapi kedai tu tutup lak rini. Jadi kami ke kedai No.3 je sebab kedai Putera Duyung (Lot No.2) penuh. Kedai ni pun baru tukar namanya kata pelayan tu, tapi Mrs Jay lupa lak nama baru kedai ni....hehehe.

Ok, kami pun order makanan. Mrs Jay siap pesan kat pelayan tu tolong orderkan ABC kat kedai Putera Duyung tu. Orang kata sedap, tu yang nak try. Asalnya nak makan kat Seri Warisan tu pun sebab orang kata ada tomyam kelapa kat situ, tapi sebab kedai tu tak bukak melepas la pulak. Makanan sampai dalam pukul 7 malam. Nasib baik orang kedai tu bukak lampu, kalau tak makan dalam gelap la malam ni.
Ikan (lupa namanya) masak masam manis, tomyam dan sayur kangkung
Nasi Goreng Minang
ABC Duyung....kata orang kedai tu

Selesai makan, kami balik solat di homestay dulu sebelum ke UiTM semula. Adik ipar Mrs Jay kata dia tak sempat makan lepas habis exam tadi, jadi kami keluar bawak dia gi makan kat Uncle Chua pulak. Uncle Chua Signature ni kat pekan Dungun. Tak jauh sangat dari UiTM, mungkin 15-20 minit je.
kemain lagi adik ipar bergambar
only in Terengganu. Kat KL takde...
stuffed crab...lupa nama apa tulis kat menu
adik ipar makan ni. Mintak nasi kosong sekali
ni adik ipar yang sorang lagi. makan dessert je

Malam ni, adik ipar Mrs Jay tidur asrama dulu sebab belum kemas barang. Esoknya, pagi-pagi terus ambil dia di asrama. Punyalah besar bonet En.Sona, tapi penuh jugak dengan barang dia je. Belum lagi borong keropok. Nak sumbat kat mana nanti??

Pagi ni, kami makan di RR Nasi Kerabu. Orang kata nasi kerabu kat sini paling sedap. Kedainya cuma gerai biasa je, tapi pelanggan ramai. Selain nasi kerabu ada juga nasi lemak, nasi campur, laksam dan kuih-muih. Mrs Jay akui, nasi kerabu kat sini memang sedap. Ada pilihan lauk ayam bakar, daging panggang, dan paru. Semuanya lembut dan menyelerakan.
Ni la kedainya....RR Nasi Kerabu
kuih muih
lauk nasi campur
jemput tengok.....

Alhamdulillah, kenyang. Sebelum bertolak balik, kami singgah beli keropok kat Kedai Keropok Seri Sura. Tak sampai 5 minit dari homestay. Kedai ni tutup hari Jumaat. Hari ni Sabtu buka dari jam 8 pagi rasanya.
orang beratur nak bayar dan beli keropok yang dah digoreng

Macam-macam benda ada dijual kat kedai ni. Selain keropok lekor dan keropok keping, ada juga keropok frozen dan popia otak-otak frozen. Selain tu makanan frozen lain pun ada, sos penciciah, aiskrim, biskut, tepung kek, perencah ikan bakar dan macam-macam lagi. Ala-ala speedmart pulak.
hasil tangkapan kami adik-beradik

Sumbat jugak la mana yang boleh masuk dalam bonet. Yang lain letak kat seat belakang. Adik-adik ni bukan besar mana, sambil-sambil tu boleh makan sekali sepanjang perjalanan balik. Pukul 9.45 pagi, kami check out dan bertolak balik ke rumah. Ambil masa lebih kurang 5 jam jugak la baru sampai Selangor. Itu pun berhenti kat R&R sejam lebih.
ada booth tol kecik kat LDP 2 ni sebab belum buka sepenuhnya

Sebelum sampai rumah, sempat la singgah Mydin USJ dulu sebab adik ipar nak makan sushi. Maka tersangkut lah dalam jem kat area Subang Jaya. Sebelum hantar balik kat rumah mak mertua, bagi makan KFC dulu...petang pukul 6 baru sampai.

7 comments:

  1. Hi akak saya ada baca satu blog yg akak nk jual enrich miles. Masih berminat nk jual ke? my Email aliffpadzi@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aliff, maaf lambat reply. Akak baru je jual 23000 enrich miles. Sekarang cuma tinggal 3441 je. Mungkin tak cukup kalau Aliff nak beli pun. Maaf ye.

      Delete
  2. Assalamualaikum.. terima kasih atas review mrs jay.. harap tak serik ke Dungun.. hehe.

    Untuk pengetahuan, pakcik berkopiah dalam gambar kedai nasi kerabu tu dah kembali ke rahmatullah.. sama2 sedekahkan Al-fatihah.

    Terima kasih Mrs Jay dan family, harap sihat selalu dan berjaya dunia dan akhirat. Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Takziah buat keluarga pakcik. Terima kasih juga buat Semarak Beach Inn untuk penempatan yang selesa.

      Delete
  3. lokasi nasi kerabu rr ru tepi pata ke yg nk otw ke kuala dungun tu ke

    ReplyDelete