Friday, 27 September 2013

Hari Ketujuh, Nagano

Previous: Hari Keenam, Komagane

Selasa, 24 Sept 2013. Lepas masing-masing sarapan sendiri kat bilik, kami check out dari Green Hotel, Komagane untuk satu hari. Hari ni, destinasi adalah ke Nagano City kira-kira dua jam perjalanan dari Komagane. Nagano City, adalah ibu negeri Nagano Prefecture. Macam biasa, Mr.Iwamoto dah sedia menunggu dalam bas dan akan greet kami setiap kali naik dan turun dari bas (walaupun kadang-kadang tak paham dia cakap apa). Kalau la pemandu bas Malaysia camtu, kagum!!!

Dalam perjalanan, kami dapat lihat Northern Alps, satu lagi banjaran utama di Jepun. Kami melintasi satu kawasan yang dinamakan Ubasuteyama. Menurut Ms. Miyuki, 'Uba' bermaksud wanita tua, manakala 'Sute' bermaksud membuang. Ubasuteyama adalah dahulunya kawasan gunung tempat wanita-wanita tua ditinggalkan untuk mati, disebabkan oleh masalah kekurangan makanan yang teruk.
banjaran Northen Alps
dah sampai Nagano
pokok epal tepi rumah
pokok pisang kaki pun ada...

Sampai je ke bandar Nagano, kami terus dibawa untuk makan tengah hari di sebuah Indian Restaurant, Joy Guru. Nasib baik ada menu kari ayam halal, lepas la kempunan kami lama tak makan daging dan ayam.
singgah makan kari lagi.....
Aishah ngan Faten bawak bekal sendiri. Makanan dari Malaysia

Lepas makan, kami terus menuju ke Nagano Prefecture Industrial Technology Centre. Selepas diberi taklimat, kami dibawa untuk melawat kawasan di dalam Nagano Prefecture Industrial Technology Centre ini. Bagi Mrs Jay, agensi ni lebih kurang macam SIRIM Bhd di Malaysia, kerana sebahagian perkhidmatan adalah sama dengan perkhidmatan di National Metrology Laboratory, SIRIM Sepang.
icon trademark bandar Nagano, magnet fridge percuma untuk kami
Mikrofocus X-ray TV System; untuk x-ray metal-metal kecil
un-eco room; bilik untuk pengujian bunyi (sama macam kat SIRIM Sepang)
vibration test, tak dapat tengok dari dalam
metal stamping & welding
hasilnya...
mesin untuk material test
starching machine
  
Setelah tamat sesi soal jawab, kami naik bas semula untuk check in di Hotel Jal City, Nagano.
tak banyak KFC macam kat Malaysia
bilik yang jauh lebih selesa dari Green Hotel, rasa nak stay lama je kat sini... 

Petang ni aktiviti bebas, Mrs Jay dan Kak Faza tak bercadang untuk kemana-mana, cuma jalan-jalan sekitar hotel dan keluar cari makan malam je. Bandar Nagano tebih kurang Tokyo, tetapi populasi penduduk tidak seramai di Tokyo kerana Tokyo mempunyai kepadatan 1/10 dari keseluruhan penduduk Jepun.
cari makan malam di supermarket dalam kedai bernama Tomato ni

Jadi, menu makan malam Mrs Jay hari ni adalah Nasi Pak Berahim (bawa dari Malaysia) dan tempura dari kedai Tomato. Mrs Jay beli black pepper sikit untuk penambah perisa ala-ala Asian....hehehe

Rakan-rakan Program JICA sebahagiannya keluar untuk merasai pengalaman menaiki Bullet Train (Shinkansen). Mrs Jay tak ikut sebab penat dan kos Bullet Train agak mahal. Jadi, Mrs Jay kongsikan sikit gambar-gambar yang Mrs Jay ambil dari Aishah.
Nagano Station
rakan-rakan yang naik Bullet Train
Ueda Station

Perjalanan Bullet train mereka dari Nagano ke Ueda adalah dalam 10 minit, dengan jarak lebih kurang 2,870 km. Harga tiket adalah 1,410 yen sehala, maksudnya pergi balik dah 2,820 yen. Wow!! Duduk ikut nombor pada tiket, tak seperti train lain di Tokyo.
tiket sehala 1,410 yen
Macam tu lah pengalaman diorang. Kalau nak rasa macam mana naik Bullet Train ni kena la sanggup bayar lebih ye. Yang tu pun baru satu station je. Kalau nak ke Tokyo tak tau la berapa harganya....

No comments:

Post a Comment