Thursday, 17 September 2015

Tips ke Bali

Alhamdulillah Mrs Jay dah selamat kembali ke Malaysia semalam sempena Hari Malaysia dan Hari Anniversary Mrs Jay yang ke-4. Jadi, hari ni Mrs Jay nak kongsi serba sedikit tips atau panduan untuk rujukan korang yang plan nak bercuti ke Bali. Apa yang Mrs Jay kongsikan kat sini adalah berdasarkan pengalaman Mrs Jay sendiri, tiada kena mengena dengan orang yang takde kena mengena dengan Mrs Jay. Harap maklum ye...

Mrs Jay plan nak ke bali ni sejak awal 2015 lagi. Asalnya nak pergi dengan kawan-kawan, tapi tetiba masing-masing ada hal dan tak dapat join lak. Last-last Mrs Jay pergi dengan En. Hubby je lah sebab taknak kempunan. Untuk pengetahuan korang, Mrs Jay bukan jenis yang travel dengan mengutamakan budget sebagai faktor nombor satu. Mrs Jay lebih pentingkan keselesaan dulu, baru budget. Jadi, korang jangan expect Mrs Jay bagi tips mana nak dapat hotel atau flight murah la ye.


Flight



Mrs Jay beli tiket flight MAS pada bulan April 2015. Kebetulan ada promosi pergi balik berharga RM440 (tak termasuk tax). Tiket ni untuk En. Hubby je sebab tiket Mrs Jay dibeli secara penebusan Enrich point yang Mrs Jay kumpul selama beberapa tahun. Mrs Jay dah jadi ahli Enrich sejak 2011 kalau tak silap lah, dan tak pernah guna pun Enrich point tu sampai cecah 27,000 point. Kebetulan point tu dah mula expired sedikit demi sedikit, jadi kena lah tebus supaya tak terus terbazir. Tiket pergi balik bernilai 23,800 point dan cuma perlu bayar baki sebanyak RM 300 lebih je.

Korang kalau nak beli tiket MAS kena selalu tengok promosi yang MAS buat kat laman web diorang. Kalau malas, pergi je Matta Fair setiap Mac dan September setiap tahun. Konfirm ada tiket murah atau dengan harga yang berpatutan. Bukan MAS je, Malindo ke, international flight ke, semua ada. Bagi yang nak tiket lagi murah, boleh cuba tunggu promosi Air Asia. Kadang-kadang, kalau nasib baik boleh dapat tiket pergi balik bawah RM200. Tapi susah sikit la kalau korang tak rajin cek promosi.

Nota kaki: Buku merah jangan lupa renew enam bulan sebelum tamat tempoh!


Hotel



Lebih baik korang cari dulu Hotel dengan rate yang berpatutan kat Agoda atau Booking.com atau mana-mana booking site. Mrs Jay guna Booking.com dan tempah di Harmony Legian sejak Mei 2015. Kenapa Mrs Jay guna Booking.com? Sebab Mrs Jay boleh tengok hotel mana yang buat promosi pada tarikh yang Mrs Jay nak pergi tu, apa kemudahan yang disediakan (free wifi, tv, fridge, keetle, swimming pool, breakfast include), jarak dari tempat yang menarik, dan macam-macam lagi lah. Yang paling penting, kita boleh cari hotel yang tak perlu bayaran duit booking dulu. Bayar masa check-in je nanti.

Untuk pemilihan hotel, bagi yang Muslim Mrs Jay syorkan korang cari dulu hotel yang betul-betul confirm ada certification halal dari Majlis Ulama Indonesia (MUI). Bukan apa, ada juga hotel yang tulis je halal, tapi tak cukup meyakinkan. Untuk pengetahuan korang, Bali ni 80% penduduknya beragama Hindu. Korang pun tak dapat beza mana Hindu, mana Muslim sebab sama je warna kulit dan bahasanya. Supir Mrs Jay ada bagitau dulu ada pemilik kedai bila kita tanya ada masak babi tak, diorang jawab "Babi takde, pork je ada". So, korang rasa???

Cara lain, korang tanya je kat supir Muslim kat Bali ni. Diorang boleh tolong suggest kan hotel untuk korang gak. Macam Mrs Jay ni, dah terbooking hotel tengah bandar, jadi jem sikit la.

Nota kaki: Mrs Jay refer kat SINI masa nak cari hotel yang halal dulu.


Supir



Haa....gambar kat atas ni supir yang Mrs Jay book. Namanya Mas Yanto. Tapi Mrs Jay panggil dia Avriel je sebab lagi sedap kot bunyinya. Nama penuhnya Avriel Yantohood, berumur 37 tahun (tahun ni), dah kawen baru seorang dan anak pun baru seorang. Macam mana Mrs Jay boleh pilih dia? Al-kisahnya Mrs Jay banyak survey kat dari blogger-blogger yang dah pernah ke Bali. Kebanyakkan diorang memang ambil Avriel sebagai supir. Jadi Mrs Jay book dia dari bulan Mac lagi! Siap pesan lagi bulan Julai ritu, Mrs Jay nak dia jugak jadi supir. Taknak ganti orang lain. Dah jumpa ritu baru Mrs Jay tau dia ni bos rupanya...

Keseluruhannya, Mrs Jay sangat berpuas hati dengan khidmat Avriel sebagai supir. Mrs Jay sebenarnya dah siapkan itinerary dan suruh dia bagi anggaran harga. Tapi korang takyah susah-susah sebab dia boleh sediakan tentatifnya untuk korang. Tengok je laman web dia kat http://lovebali99.blogspot.my/, semua ada siap dengan harga lagi. Mrs Jay buat itinerary sendiri sebab Mrs Jay malas nak pegi tengok tarian-tarian diorang atau terlalu banyak pura atau pantai. Sikit-sikit dah la, yang penting semua tempat yang Mrs Jay rasa menarik Mrs Jay dapat pergi.

Nota kaki: Nak contact Avriel cari di facebook Avriel Yantohood atau whatsapp di +6281239330999.


Budget/Duit

Tukar duit siap-siap ke rupiah. Kalau nak shopping kat airport Ngurah Rai boleh tukar ke USD jugak. Oleh kerana nilai matawang Malaysia jaduh mendadak sejak bulan lepas, Mrs Jay dapat tukar 5 juta rupiah je. Kalau pegi sebulan atau dua bulan lepas dapat la 5 juta lebih...Harga masa Mrs Jay tukar ritu 10,000 rupiah tu dalam RM3.06 je.

Kebanyakan tempat-tempat pelancongan yang korang nak pergi tu memerlukan korang beli tiket entry. Bila dah ada tentatif tu, korang tanya dulu supir tu berapa kos entry bagi setiap tempat. Biasanya kos parking supir yang bayar, jadi tak perlu risau. Dia akan tunggu korang kat tempat parking sampai la korang keluar dari situ. Tapi kalau korang ni bernasib baik macam Mrs Jay, supir akan tolong belikan tiket entry dengan harga domestik. jimat 3x ganda tau kalau guna harga domestik!!

Bab makan, kena la stand by duit lebih. Kalau kena kat nasi padang boleh la harga murah. Kalau kena dengan supir yang bawak korang gi makan kat kawasan pelancongan, konfirm mahal, silap-silap tak sedap pun. Tapi dengan Avriel punya pemilihan tempat, biasa ok je. Dia akan suggest tempat yang sedap dan harga berpatutan. Cuma Mrs Jay terkena kat tempat mahal masa dapat supir ganti sehari ritu. Masa tu Avriel tak berapa larat nak drive, sebab tu bagi supir ganti untuk sehari. Tempat dia bawak tu mahal sebab buffet, nasib baik makanannya boleh tahan. Kalau tak sedap kena komplen kat Avriel. Sebab tu, kalau korang ada rasa nak makan kat tempat-tempat tertentu, bagitau je kat supir tu. Nanti dia bawakkan.

Untuk shopping, lebih baik elakkan dari beli kat orang yang jual jinjit-jinjit tu. Kalau kat kedai pun, korang jangan tanya-tanya tapi tak beli (kecuali kalau barang yang korang nak tu betul-betul takde). Mrs Jay cuma shopping kat satu tempat je, walaupun banyak tempat shopping terkenal kat Bali ni. Sebab apa? Avriel yang suggest tempat shopping tu. Dia kata tempat lain ada yang mahal dan ada yang kurang kualiti. Kat tempat yang dia suggest ni harga tak terlalu mahal dan tak terlalu murah, tapi kualiti barang dia ok, cuma tak boleh tawar menawar je. Nak tau kat mana, korang kena baca entry hari terakhir Mrs Jay di Bali.

Nota kaki: Kalau korang ada sejuta rupiah pun konfirm boleh habis masa shopping nanti. Jadi, korang kena shopping last day sebelum gi airport untuk keselamatan poket/dompet dan elakkan overbudget.


Barang-barang keperluan

Korang cuma bawak perut je la kalau semua perkara kat atas ni dah settle. Satu je tambahan, bawak la extension plug kalau dah tau nak charge henfon dua tiga bijik, power bank ngan kamera tu. hotel bukan banyak sangat plugnya korang nak cucuk semua serentak. JANGAN LUPA! bawa international plug. Nak tau rupanya tengok kat entry Persediaan ke Jepun. Plug kat Bali ni rupa dia macam gambar kat bawah ni.


Ok, korang boleh baca pasal tempat-tempat yang Mrs Jay pegi dalam entry lepas ni ye...Tungguuuu....

Next: Percutian ke Bali (Part 1)


24 comments:

  1. sis nak tnya roughly upah supir, parking, ticket n activity kt sana berapa yer utk 2 org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami bawa dlm RM 3000 je utk semua (2org). Kalau nak shopping lbh kena bawa lebih sikit la

      Delete
  2. sis nak tnye kalau bawak RM2000 ckop x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukup je...mungkin berlebih kalau pandai berbelanja

      Delete
  3. Bercuti ke Bali jangan lupa beli pakej percutian, pakej honeymoon, atau sewa kereta dari kami, murah :) WA: +62 877 88 555 153. BBM: 5646FC68. http://bit.ly/21iEJyj

    ReplyDelete
  4. Klu bw dlm RM3,500 inc semua sekali dgn flt tix. Cukup x ? Utk 2 org.

    ReplyDelete
  5. kalau bawak rm3800 untuk 2 org cukup x sis?

    ReplyDelete
  6. Perkhidmatan pos antarabangsa paling murah!
    Anda tercari-cari syarikat penghantaran antarabangsa yang murah dan cepat? Viabox adalah jawapannya. Viabox menawarkan servis penghantaran yang cepat kerana barangan diproses dalam masa satu hari sahaja. Layari www.viabox.com sekarang.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Bali Indonesia SERENDAH RM180 seorang, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat bagi mereka yang merancang ke sana...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  10. Salam, nak tanya, average sekali makan berapa idr? Sebab nk buat costing la. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Kalau ikut pakej yang kami ambil masa tu, supir untuk 4 hari dalam 1,225,000 rp, makan dalam 670,000 rp, tiket 545,000 rp/pax, shopping dalam 800,000 rp. Tapi semua harga tu bergantung dengan tempat mana yang akan tuan pergi. Boleh rujuk entry 'Percutian ke Bali (Part 1) - (Part 7).

      Delete
    2. Tak termasuk tiket flight. tiket tu adalah merujuk tiket masuk ke tempat pelancongan yang akan dilawat nanti

      Delete
  11. Salam ...
    pakej perkhidmatan 4d3n Bandar Bandung (Hotel & pengangkutan) ... Murah Sampai pengsan ....

    Butiran Perjalanan

    Hari 1
    > Airport bandung
    > Pasar Baru Membeli belah
    > Studio Trans
    > TokoTiga (Branded Jeans)
    > Factory outlet
    > Makan malam

    Hari 2
    > Gunung Tangkuban Perahu
    > Grafika Cikole
    > Petik Strawberry
    >Luwak caffe
    > Naik kuda deranch
    > Floating market
    > Farhm House
    > Dusun Bambu{Cadangan}
    > Daun Kampung {Cadangan}
    > Rumah mode
    > Cihampelas Jeans Pusat
    > Paris van java
    > Makan malam

    Hari 3
    > Kawah putih
    > Valley Hot Spring
    > Kulit Cibaduyut kawasan jalan
    > Afrika Asia
    > Tebing keraton (Cadangan)
    > Kartika sari
    > Makan malam

    Hari 4
    > Keluar Hotel bandung
    > Airport Bandung

    syarat dan Syarat

    * Jumlah harga Seorang Adalah
    Rm 395/orang jika 2 orang
    Rm 330/orang jika 3 orang
    Rm 285/orang jika 4 orang
    Rm 250/orang jika 5 orang
    Rm 235/orang jika 6 orang

    -1 Bilik muat 2 orang tidak di join sehingga Selesa Sangat, semasa 4hari 3malam.
    -Termasuk sarapan pagi bufet.

    Hotel Bandar bandung Adalah

    #Hotel Setara 3 Star #

    -Citra Dream


    > Tidak termasuk makan tengah hari dan makan malam

    > Tidak termasuk kos tiket lawatan per kereta atau perorang di Tempat lawatan dengan itenary.

    Sila Tuan / Puan memutuskan Tempat lawatan boleh Ikut tentatif Program yang Sudah di sediakan ATAU Ikut rancangan Sendiri.

    Untuk Perkhidmatan Kami Janji akan berikan PERKHIDMATAN yang tiptop,Baik,Ramah & bahasa berbudi.

    Syarikat Kami 100% pemandunya muslim Dan tidak payah Risau Mencari Tempat Makan Yang sedap Dan pastinya halal.

    Joom Tempah Sekarang dan dapatkan harga istimewa Dari Syarikat Kami.
    InsyaAlloh amanah dan barokah.

    Call / WhatsApp :
    +628 12 2121 567


    mytripbandoeng@gmail.com
    mytripbandoeng@yahoo.com

    FB: MyTrip Bandoeng

    Semoga maklumat Yang Saya berikan memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
    Terima kasih.
    Wassalam ... wr..wb.

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Bukittinggi Padang, Medan,Pekanbaru,Bali,Aceh,Jogja atau mana mana destinasi seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia untuk lebih selamat..,murah.. dan meyakinkan.Urusan tiket kapalterbang juga boleh saya uruskan.
    Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga tinjau-tinjau Blog kami untuk pelbagai info:
    http://freelancetour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum Sis, Best bace entry sis TRIP TO BALI.
    Sy de 1 soklan. Camner kita nk taw HOTEL tu ada certificate HALAL or x?? Kita boleh search online ke cmner yer.Thanks.!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, dulu pernah jumpa senarai hotel yang halal kat Bali tapi tak tau lah update lagi ke senarai tu. Mungkin boleh semak online atau taip je hotel halal di Bali banyak juga info

      Delete
    2. Boleh juga click pada link yang ada kat atas tu. Kat nota kaki bahagian hotel

      Delete
  14. Mrsjay mungkin bisa coba next time ke bali

    ReplyDelete