Wednesday 4 January 2017

Bercuti ke Korea (Part 9)

Previous: Bercuti ke Korea (Part 8)

Dah sampai hari terakhir di Korea. Mari bergambar dulu depan Coop City Hotel sebelum balik.

Last destinasi lawatan, kami dibawa ke sebuah tempat perubatan yang berasaskan Pine Merah. Kat sini diorang panggil Jeok Song Yu, sebab benda ni (sejenis pil) diambil dari daun red pine yang tajam-tajam tu. Antara fungsinya adalah untuk kawal kolestrol dalam badan. Tengok je minah ni demo. Minah melayu dari Malaysia ni belajar lagi tapi keje part time kat sini. Dia tunjuk camne gabus ais tu boleh larut dalam air lepas letak minyak pine merah ni. Pastu ada la beberapa barang lagi dia demokan.

Lepas selesai promot, yang kitorang syok nak try adalah mesin tengok urat kat jari manis. Mesin ni macam mikroskop, tapi kita boleh nampak kapilari (urat) darah kat jari manis kita, siap boleh nampak macam darah mengalir dalam urat lagi. Ada enam jenis bentuk kapilari, kalau yang lurus je tu kolestrol rendah, kalau dah bersimpul tu banyak la kolestrolnya. Ada yang kontot, dan ada yang tak jelas tu mungkin atas faktor keturunan.
ni lah dia pine merah
demo larutkan gabus
ni larutkan apa tah lupa da
No.1: OK, No.2: penyakit kot, No.3: Boleh la xbnyk sangat kolestrol, No4-5: banyak kolestrol, No.6: masalah keturunan
cer tengok urat Mizi...
Mizi nyer urat bersimpul...No.4. Mrs Jay punya No.3 yey!(xde gambar sbb tgh test mesin tu)
Ni lah pil Jeok Song, minyak pine merah tadi. Harga RM1000++ dua kotak kecil

Sebelum berkumpul di airport, kami buat last minit shopping kat tempat duty free. Kat sini boleh habiskan saki baki duit yang ada dan kalau tak cukup boleh tambah duit Malaysia.
ni lah tempatnya tak tau nama apa tah
kat tingkat atas ada snek dan minuman. yang ni favourite sepanjang Mrs Jay kat Korea. Susu pisang. Tapi yang ni kotak, ada preservative.
biasa beli ni kat GS25 atau 7-eleven. Satu botol biasa 1300 won. Expired biasa beberapa hari je..
Seeweed dengan 6 jenis perisa. Mrs Jay borong semua jenis sebab hantu seeweed
Yang ni resit yang kita boleh claim balik tax kat airport nanti

Dah selesai semua, jom la balik Malaysia. Jangan lupa claim tax kat kaunter. Kena check in dulu pastu kaunter ni kat dalam kawasan airport selepas kastam. Jauh sikit la nak jalan cari. Ada dua surau rasanya, sebelah kaunter ada satu prayer room (bukan surau sangat). Ambil wuduk kat toilet sebab takde tempat wuduk. Sejadah bawak sendiri. Dalam almari dia ada Al-Quran dan juga Bible (eh??). Sebab tu namanya prayer room kah? Malah kena share lelaki perempuan untuk solat.
ni la kaunter claim tax. Boleh claim kat mesin tu je. Ada orang tolong
Kebetulan sebelah kaunter ada surau. Amik wuduk kat toilet tau
siap ada show lagi dalam airport
nasib baik ada mesin air panas. Kebetulan Mrs Jay bawak megi cup. Family budak ni bawak megi dalam tupaware lagi
dah la jom balik. Megi pun dah makan kan
ni kimchi yang beli masa first day ritu. Diorang pack dalam gabus dengan ais kering

Maka sampailah kami ke Malaysia setelah enam jam penerbangan. Penat dah malas nak citer lagi. Tunggu je next trip nanti gi mana pulak.

-TAMAT-