Hari ni, aktiviti dalam jadual cuma briefing program je. Bangun pagi, siap-siap gi breakfast free kat cafe JICA. Kat cafe, ada empat main dish, tapi boleh ambil dua je. Kemudian, boleh ambil hidangan sampingan seperti roti dan cereal. Gambar kat bawah ni adalah tiga main dish sebab Mrs Jay amik ngan Kak Didi tadi. Telur goreng, sup ayam, ngan keledek salut tepung. Sedap gak la makanan ni. Ambil air jus epal dan sedikit green tea dari water dispenser.
water dispenser ada green tea, brown rice tea, roasted green tea dan air kosong
Lepas sarapan, terus gi taklimat kat bilik TIC.
Habis taklimat dapat kad ATM untuk keluarkan duit. Esok baru leh guna sebab duit belum masuk lagi...
Lepas tu, kitorang ramai-ramai tangkap gambar kat lobby depan kaunter pertanyaan JICA.
Dah selesai bergambar, makan tengah hari la pulak. Set makanan kat bawah ni harganya 680 yen. Ada nasi, ayam + sambal, salad, sup kobis (dalam cawan putih) dan puding kopi + susu cair (cawan sebelah lagi). Sedap dan mengenyangkan....nyum nyum.
Balik ke bilik, bersiap lak untuk gi jalan-jalan lagi sebab petang ni memang aktiviti bebas. Masa ngah rushing bersiap, butang seluar lak tercabut! Hadoi....tak strategik lak timing dia. Nasib la ada kidnap sewing kit masa kat Sabah ritu. Boleh gak guna untuk jahit balik butang seluar...hehehe.
Ok, kali ni Kak Faza ajak ke Harajuku Park. Kitorang pergi berlima je sebab yang lain ada hala-tuju masing-masing. Kalau semalam kami naik train dari Hatagaya Station, hari ni nak try naik train dari Yoyugi-uehara Station lak. Perjalanan arah bertentangan dari semalam, dan ambil masa lebih kurang 12 minit berjalan kaki (warna kuning dalam gambar). Kalau ke Hatagaya Station cuma ambil dalam 8 minit je (warna pink dalam gambar).
Jauh jugak berjalan, tapi baru pukul 2 (waktu Jepun) masih tak rasa penat lagi. Sampai je station, kami beli One-day Ticket yang lebih mahal sikit dari semalam. Open Ticket semalam hanya boleh digunakan untuk Tokyo Metro Line sahaja, iaitu terdiri dari 9 Line; Ginza Line, Marunouchi Line, Hibiya Line, Tozai Line, Chiyoda Line, Yurakucho Line, Hanzomon Line, Namboku Line, dan Fukutoshin Line. Hari ni beli tiket 1000 yen, ada tambahan untuk Toei Line yang termasuk Asakusa Line, Mita Line, Shinjuku Line, dan Oedo Line. Dari Yoyugi-uehara Station kami melalui Chiyoda Line dan berhenti di stesyen kedua, Meiji-jingumae Station.
Yoyugi-uehara Station
Beli pas untuk Tokyo Metro Line dan Toei Line
Destinasi, Meiji-jingumae Station
Stadium Harajuku
Lintasan pejalan kaki pun ada track. Malaysia ada?
Menuju Harajuku Park
Kat Harajuku Park ni takde apa sangat kot yang menarik. Tempat orang berehat je, dan buat aktiviti-aktiviti lain; skateboarding, rollerblading, berbasikal, bawak anjing bersiar-siar, piknik, tdo kat tengah padang pun ada.
aktiviti tidur beramai-ramai kat padang?
Kemudian, kami bergerak ke pekan Harajuku lak. Banyak kedai-kedai macam kat Malaysia je. nak cari kedai Daiso tak jumpa lak. Barang murah kat sana. Kat area sini banyak la jumpa penduduk Jepun yang pakai pakaian ala-ala Amime. Malas nak amik gambar, kang perasan lak diorang.
Teksi yang ada iklan Malaysia pun ada kat Jepun
Kalau haus beli je air kat vending machine. bersepah-sepah kat Jepun ni
Seterusnya, kami turun semula ke Meiji-jingumae Station dan mengambil Fukutoshin Line ke Shibuya Station. Dari sana, kami tukar ke Ginza Line untuk menuju ke Ueno Station. Kami ke Ueno Park pulak untuk tinjau-tinjau. Kawasannya luas, tapi kami tak pergi semua pun sebab tak nak penat berjalan nanti.
kena hati-hati sebab nak tukar line pun jauh-jauh tempatnya
sampai Ueno Park
ikan sama gemuk dengan itik...
kawasan berdayung ni dah nak tutup sebab dah dekat jam 5 petang waktu Jepun
diorang masih amalkan gantung hajat kat Temple
Jam 5 kami bergerak ke Ameyayokocho, tempat shopping (ala-ala Petaling Street kot). Ada barang basah, buah-buahan, aksesori, beg, baju, DVD, kedai makan dan macam-macam lagi la.
Dari Ueno Station, kami nak ke Maihama Station lak, tempat Tokyo Disney Resort. Dah naik train melalui Ginza Line, baru kami perasan kami salah ambil line. Sepatutnya kalau ambil Hibiya Line boleh berhenti di Hatchobori Station untuk pertukaran ke JR Keiyo Line (line private). So, terpaksa la kami terus ke Ginza Station untuk buat pertukaran ke Hibiya Line semula. Dari Hatchobori Station, kami beli tiket baru sebab private line memang tak boleh guna One-day Ticket yang kami beli tadi. Harga untuk return ticket ke Maihama Station adalah 420 yen.
Kami tak masuk pun Disneyland Tokyo atau Disney Sea ni. Window shopping je kat kedai ni.
yang ni Disneyland hotel...
Dah habis shopping, Mrs Jay dan Kak Didi nak tengok Tokyo Tower je sebelum balik. Kak Faza, Aisyah, dan Fatin plan nak ke Hard Rock Cafe di Roppongi, jadi kami berpecah. Kami balik ke Hatchobori Station dan ambil Hibiya Line semula. Mrs Jay dan Kak Didi berhenti di Kamiyacho Station untuk tengok Tokyo Tower, manakala yang lain direct ke Roppongi Station untuk ke Hard Rock Cafe.
Memandangkan kami berdua memang dah betul-betul sakit kaki berjalan, memang tak sampai pun ke Tokyo Tower tu walaupun 600 meter je. Ambil gambar dari jauh, pastu balik ke Kamiyacho Station ambil Hibiya Line ke Kasumigaseki Station dan buat pertukaran ke Chiyoda Line untuk balik ke Yoyogi-uehara Station. Dah sampai, nak kena menapak lak balik ke JICA. Rasa macam jauh sangat perjalanan balik ni.
sampai pun...
Sampai bilik, mandi, pastu try kad telefon yang Mrs Jay beli di kaunter reception sebelum keluar petang tadi. Harganya 1000 yen untuk 120 minit masa berbual. Dapat la nak call En. Hubby lama sikit. hehehe....
Perbelanjaan hari ni Mrs Jay beli kad telefon 1000 yen, tiket train 1000 yen + 420 yen, air kat vending machine 150 yen, jadi total 2,570 yen hari ini. Macam semalam, masih tak dapat souvenir murah. Sekian, harap maklum~~~
Next: Hari Ketiga, Tokyo
No comments:
Post a Comment