Friday 5 February 2016

Sebulan berlalu

Tak banyak perkara menarik yang berlaku awal tahun 2016 ni. Lebih-lebih lagi Mrs Jay agak sibuk dengan pertukaran pengurusan kat ofis tahun ni. Untuk dua bulan pertama ni, tak produktif sangat lah kiranya, tapi target tetap naik. Jadi, untuk mengurangkan tekanan tempat kerja, Mrs Jay join program-program yang dianjurkan oleh Kelab Kereta PPEOC(M).

Ahad, 10 Januari lepas, Kelab PPEOC ada menganjurkan Pertandingan Bowling antara ahli di central region. Sebanyak 11 team dengan 4 ahli setiap team menyertai program ni. Lokasinya di Ole-Ole Super Bowl, Seksyen 18 Shah Alam. Lama dah tak main bowling ni, maklum lah tak berapa nak ada skill kan. Tapi jangan tanya mana pingat dan medal lah sebab memang group Mrs Jay tak menang pun.

Hujung bulan lepas, PPEOC(M) sekali lagi telah mengadakan AGM untuk kali yang ke-4. Kali ini, AGM diadakan di UMT, Kuala Terengganu. Wakil dari setiap region berkonvoi ke KT malam Jumaat tu dan sampai pada pagi Sabtu. Cuma southern region je yang tak ramai datang sebab jauh sangat kot Johor ke Terengganu. Mrs Jay tak join konvoi, drive solo je dari Puchong pukul 2 pagi, dan sampai ke Masjid Wakaf Tembesu pada waktu azan subuh. Masa tu group konvoi Putrajaya Crew tak sampai lagi walaupun diorang gerak pukul 10 malam, sebab berhenti banyak meetpoint nak gabung dengan KL Crew dan Pahang Crew.
sampai ke UMT
AGM bermula

Petang tu kami check in kat Scout Inn Resort, Kuala Terengganu. Asalnya Mrs Jay book untuk duduk kat dorm sekali dengan ladies yang lain, tapi disebabkan malam tadi En. Hubby demam selsema, kami ambil bilik je lah.
ni bilik kami
sepatutnya duduk dorm dengan ladies
dorm guys, gambar dari ahli dorm (abaikan bulu kaki tu)
malam ada BBQ

Esoknya, kami jalan-jalan KT sebelum balik ke rumah. Pagi, sarapan di pantai Batu Burok, kemudian shopping kat Pasar Payang, solat kat Masjid Kristal, beli keropok lekor Kelulut 008, singgah coconut shake kat Pantai Kelulut@Pantai Semarak, baru balik.
lepas check out. Mrs Jay takde dalam gambar sebab dok dalam kereta
sarapan kat Pantai Batu Burok
singgah Pasar Payang jap. Belakang tu i-city KT
Chinatown KT
singgah solat
singgah beli keropok lekor

Mrs Jay sampai Shah Alam (rumah mak) pukul 10 malam. Saje je singgah hantar keropok lekor, pastu tidur sana je. Esoknya hari wilayah, tapi sebab Mrs Jay keje kat Shah Alam, so takde cuti umum lah. Kena apply cuti rehat je lah jawabnya. Apapun, memang penat seharian berjalan. Kebetulan ada road block masa nak balik, nasib la En. Hubby yang bawak. Bukan apa, Mrs Jay baru terperasan yang lesen memandu Mrs Jay dah expired sejak 5 bulan lepas. Selama ni Mrs Jay drive takde lesen lah, adeh!! So, cuti Isnin tu pergi JPJ renew lesen untuk 3 tahun terus. Ini lah risikonya kalau renew 3 tahun sekali kan.

Apapun, tak sabar nak tunggu apa aktiviti PPEOC yang seterusnya.

Nota kaki: korang jangan lupa renew lesen kalau dah sambut birthday nanti!