Keluar je airport, ada bas yang siap menunggu peserta Program JICA ni.
Sepanjang perjalanan, Mrs Jay lihat keadaan negara maju ni lebih kurang KL, tapi lebih bersih. Lori angkut sampah kat Jepun ni pun sangat bersih, tak macam lori sampah Malaysia.
kebanyakan jalan lagi tinggi dari bangunan bertingkat-tingkat
sky tree
ala-ala terowong SMART kat KL
lori-lori yang bersih berkilat. lori sampah tak sempat snap lak
Sampai di JICA, Tokyo, kami diberi sedikit penerangan dan diberi kunci bilik setiap seorang. Hari ni takde aktiviti, jadi geng-geng lelaki ajak keluar jalan-jalan pusing Tokyo. Jadi, masuk bilik, mandi, jamak solat, pastu kitorang turun makan sebelum keluar.
Taklimat masa tiba di JICA, Tokyo
Main Desk, lobby JICA
Bilik di JICA
Plug di Jepun...sebab tu kena bawak International Plug
semua siaran Jepun...
Ada tourchlight tepi katil, angkat je terus menyala
Makan untuk hari pertama ni guna Meal Card je sebab belum dapat elaun makan lagi. Lupa lak nak snap gambar masa makan td.....hehehe....lapar sangat la tu. Nasi lauk ayam dengan air mineral berharga 600 yen. Mahal kan...lebih kurang RM 21.31. Nasi pun nasi jepun yang ala-ala pulut tu.
Lepas makan, kitorang pun gerak ke Hatagaya Station.
Next: Jalan-jalan pusing Tokyo
No comments:
Post a Comment