Sunday 6 July 2014

Magic of the Night

Semalam, Mrs Jay dah buat entry pasal Floria 2014. Hari ni, kita tengok Magic of the Night pulak. Lokasi Magic of the Night adalah di Marina Putrajaya.

Tak seperti di Floria 2014, masuk ke Magic of the Night tidak dikenakan sebarang bayaran. Terdapat dua buah khemah di hadapan Marina Putrajaya, satu untuk pameran (kalau tak silap la) dan satu lagi khemah Food Court. Setiap khemah disediakan satu skrin besar yang menayangkan aktiviti di pentas utama Magic of the Night.
En. Hubby....
Andak, adik ipar Mrs Jay

En. Hubby kata dia lapar, jadi kitorang makan dulu dengan adik-adik ipar Mrs Jay di Food Court yang disediakan. Makanan 'boleh tahan' la harganya....terdapat juga gerai menjual makanan dari pelbagai negeri.
Food Court sebelum pintu masuk
skrin menunjukkan pentas atas air Magic of the Night

Lepas makan, barulah kami masuk ke kawasan utama Magic of the Night. Pentas Utama dan khemah pengunjung dipasang sepanjang pesisir tasik bagi memudahkan pengunjung menonton pertandingan bot berhias ni. Majlis dimulakan bila VIP dah sampai, Mrs Jay tak ingat siapa VIP masa tu. Satu skrin terbentuk di udara bila pancutan air dipasang berhampiran pentas atas air. Setelah tayangan tamat, ada penyanyi dan penari mula membuat persembahan di pentas atas air.
pintu masuk ke Magic of the Night
pancuran air yang membentuk skrin di udara

inilah pentas atas air

Setelah tamat, barulah pengacara majlis memulakan pertandingan bot berhias. Satu demi satu bot yang mewakili setiap negeri lalu melintasi pentas. Pengacara majlis menerangkan keistimewaan dan tarikan di setiap negeri tersebut dalam dwi bahasa. Maklum lah, ada pengunjung dari negara luar yang datang ke sini.
bot Perbadanan Putrajaya
bot negeri Johor
bot negeri Kedah
bot negeri Kelantan
bot negeri Melaka
bot Negeri Sembilan
bot negeri Pahang
bot negeri Perlis
bot Pulau Pinang
bot negeri Sabah
bot negeri Sarawak
bot negeri Selangor
bot negeri Terengganu
bot Kuala Lumpur
bot Tourism Malaysia
bot Cruise Tasik

Lepas tamat je perarakan bot-bot ni, pengunjung diminta untuk mengisi satu borang untuk memilih bot mana yang dirasakan layak untuk menang. Mrs Jay rasa pemenang akan diumumkan pada hari terakhir nanti, iaitu pada 22 Jun depan.

Malam pun dah larut (betul ke bahasa Mrs Jay ni??), kami pun bergerak pulang. Selamat malam.....