Friday 30 December 2016

Bercuti ke Korea (Part 8)

Previous: Bercuti ke Korea (Part 7)

Selepas melawat Namsan Tower, tiba lah masa untuk shopping! Esok dah nak balik so hari ni shopping je lah kan. Lokasi shopping kali ni adalah di Myeongdong dan juga Namdaemun Street (ala-ala Petaling Street kot). Myeongdong ni lebih kepada shopping barangan branded la. Namdaemun Street ni barangan macam kat jalan TAR. Baju t-shirt boleh la cari kat Namdaemun boleh la dapat 3 helai 10,000 won gitu. Kualiti not bad la. Ada jugak t-shirt yang mahal sikit.

Kalau nak cari kasut, Gina kata kat ABC-Mart atau LesMore. Dua kedai ni jual kasut berkualiti (kata Gina lah) tapi harga bukan murah sangat lah.
lokasi tempat berkumpul semula
ni la Myeongdong
kedai ni jual produk yang ada gambar pokemon
ramai giler orang
selain shop lot, ada banyak kiosk-kiosk juga
beli kasut kat sini

Jom ke Namdaemun Street pulak. Dari Myeongdong nak ke sini kena lintas jalan besar (sangat besar ye), atau guna je terowong bawah tanah pun boleh tembus. Kat terowong ni pun ada banyak kedai jugak.
ni lah barangan bergambar pokemon yang Mrs Jay cakap tadi

Lepas penat berjalan dan duit pun dah banyak susut, kita balik lah ke hotel. Coop City Hotel yang Mrs Jay cerita ritu. Tapi sebelum tu singgah makan masakan arab lagi kat area restoran Bombay ritu, jalan nak ke Masjid Seoul.

Esok dah nak balik. Penat betul rasanya. Syok jugak sesekali menghabiskan duit yang selama ni kita kumpul. Balik nanti jangan menyesal ye. Lain kali jangan bawak duit banyak sangat, kompem habis gak. Kalau guna kad kredit lagi bahaya kan.



Bercuti ke Korea (Part 7)

Previous: Bercuti ke Korea (Part 6)

view hotel sebelah pagi

Hari ke-4 di Korea, kami sarapan dulu di hotel sebelum memulakan pagi ni dengan melawat ke tempat membuat dan menjual kristal Amethyst. Yang ni Mrs Jay tak syorkan sangat la datang melainkan kalau berminat nak beli. Bukan apa, sebab memang dalam pakej diorang akan bawak ke sini. Sama macam masa gi Beijing dulu, kena bawak gi tempat jual batu Jed. Kat sini sebenarnya tak boleh ambil gambar kat ruang pameran tu, tapi Mrs Jay curi-curi gak ambil gambar..hehehe

Amethyst ni biasanya berwarna ungu, ada juga yang kemerahan atau kebiruan sikit. Nak dapat amethyst ni kena belah batu macam fosil tu, sebab amethyst nya ada kat dalam.
kedai ni lah
ni lah batu amethyst yang asal
skodeng sikit...nak buat kristal amethyst
ni yang dah siap


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke kedai kosmetik pulak. Memandangkan Mrs Jay tak minat kosmetik, jadi Mrs Jay tak dengar pun taklimat yang orang kedai ni beri. Mrs Jay pusing kedai tu kejap, pastu keluar. En. Hubby dari awal lagi memang tak masuk. Dia gi berjalan kat luar, pastu ajak Mrs Jay gi pasar kat area situ. So kitorang berdua je keluar kedai dan explore kawasan sekitar sementara yang lain beli barang kosmetik.

mask mata
En. Hubby gi bejalan kat pasar korea
yang ni Gina bagi free kat kitorang

Siap kat sini, destinasi seterusnya adalah Namsan Tower (atau N Tower atau Seoul Tower). Kat sini bas akan drop korang kat bawah, pastu korang kena naik bukit lebih kurang 30 darjah kecerunan. Boleh tahan gak jauh nak mendaki bukit ni, tapi korang boleh tengok orang-orang tua korea lebih kurang 60-an atau 70-an relaks je naik bukit ni. Tercabar gak darah muda ni...huhu.

Kat atas ni ada menara Namsan dan kawasan love lock. Penuh kat sini manga kunci mengalahkan kat tembok besar cina dulu.

sedia nak naik bukit...
agak-agak 30 degree gak cerun bukit ni
mengah woo...
sampai dah...lega
muka penat mendaki
beli tiket kalau nak naik atas tower..kitorang tak naik
meniaga kunci gak diorang ni
pokok ke manga kunci?
ni kat kawasan luar
ada cable car..tapi memang tak sempat kitorang nak gi
sorry...tak faham

Penat berjalan kat sini, destinasi yang menanti lebih mengujakan. Kemana? Nanti tengok kat next entry..


Next: Bercuti ke Korea (Part 8)