Monday 21 September 2015

Percutian ke Bali (Part 4)

Previous: Percutian ke Bali (Part 3)

Selasa 15 September 2015. Pagi ni Mrs Jay kena bangun awal sebab hari ini nak kena jalan jauh ke utara Pulau Bali. Perjalanan dari Legian (atau Kuta) ke Pantai Lovina mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Itu pun kalau drive sebelum subuh dan tak jem. Aktiviti apa kitorang nak buat kat sana? Jap lagi Mrs Jay cerita.

Jam 3.30 pagi, Mrs Jay dan En. Hubby tunggu Avriel kat lobi hotel. Tapi Avriel nya tak sampai pulak. Yang datang abang sulung dia, Mas Ali. Kata Mas Ali, Avriel tak larat drive pepagi ni jadi mintak dia gantikan. Ok, takpelah. Nak buat macam mana kalau dah tak larat. Kalau eksiden kang lagi susah. Tapi tak best lak rasanya sebab kami dah terbiasa dengan Avriel.

Perjalanan kami merentasi Bedugul, iaitu kawasan tanah tinggi ala-ala Cameron Highland. Jalannya pulak berliku-liku macam jalan lama Bukit Putus dulu. Siapa yang tak tahan kena tidur lah ye, kang mabuk darat, muntah ke, siapa yang susah? Dalam perjalanan, En. Hubby la yang teman Mas Ali beborak sebab dia takut Mas Ali tertidur kalau dia tidur (sebab dia co-pilot duduk depan). Borak punya borak, tetiba enjin kereta mati. Terus Mas Ali parking tepi jalan. Masa tu baru pukul 4.45 pagi. Dah kenapa pulak mati enjin ni. Dah la dalam gelap, dah separuh jalan lak tu.

Mas Ali terus call Avriel. Nak suruh Avriel datang kang lambat lak. Kena tunggu sejam lebih lagi. Nasib baik jiran Avriel yang kebetulan balik ke Bedugul masih kat sini. Dalam setengah jam Mas Sobirin pun sampai. Dia terus take over bawak kami ke Lovina. Mas Ali tunggu Avriel pick-up dia untuk bawak kereta ke bengkel. 

Jadual kami dah lari setengah jam. Apapun, singgah solat dulu kat masjid besar yang kami jumpa tepi jalan. Ambil wuduk, air dia perhhh......sejuk macam ais. Kalau korang pernah rasa air paip kat Cameron diwaktu pagi tanpa heater, camtu lah rasanya. Lepas solat, terus sambung perjalanan.
kena mendaki tangga pepagi buta. masjid atas bukit
ni lah masjidnya

Pantai Lovina

Akhirnya, jam 6.30 pagi barulah kitorang sampai ke Pantai Lovina. Pelancong lain semua dah takde, mungkin dah lama ke tengah laut la kot. Boatman tu kata pukul 6 pagi tadi diorang dah start ke laut. Aktiviti yang kitorang nak buat pagi ni adalah Dolphin Viewing atau pegi tengok ikan lumba-lumba lah. Tapi yang ni memang dolphin laut lepas, bukan yang bela punya, jadi korang jangan expect dolphin tu datang kat korang, lompat-lompat buat show pulak.

Masa nak bayar tiket tu, boatman tu kata kena bayar 250,000 rupiah sorang. Tekejut Mrs Jay sebab semalam Avriel bagitau 200,000 rupiah je sorang. Tadi pun dah konfirmkan dengan Mas Sobirin. Nasib baik Mas Sobirin ada kat situ. Dia cakap kat boatman tu 200,000 rupiah je sorang. Dia bagi gak lah, walaupun macam tak puas hati. Dah la kitorang datang lambat sebab kereta Mas Ali rosak, nak charge lebih-lebih lak.
6.30 pagi dah terang-benderang
ni bot kitorang, kaler pink
jom gerak!!!

Bot kami bergerak perlahan menuju ke tempat pelancong-pelancong lain. Mesti diorang dah dapat tengok dolphin liar kat sana kan? Masa sampai tu, Mrs Jay tengok banyak bot-bot pelancong berkumpul. Bila ada yang nampak dolphin, diorang akan bergerak ke arah dolphin tu. Apa lagi, jom 'Dolphin Hunting'!!
bot pelancong lain berkumpul
eh, nampak!! tapi jauh. sempat snap sirip je...
yang ni dekat sikit. setakat ni, gambar ni paling clear dolphin nya
yang ni pun sempat snap sirip je
yang ni dolphin yang muncul paling hampir, cuma beberapa meter je dari bot. Tak sempat snap!

Ok lah, setakat ni je gambar yang Mrs Jay dapat snap. Susah ooo sambil tengok sambil snap gambar. Dolphin tu muncul sekejap-sekejap je pastu hilang. Boatman yang bawak kitorang ni cakap, ada kalanya dolphin ni datang sekumpulan, jadi boleh la pelancong kelilingi dia. Kali ni dolphin datang tiga empat ekor je sekumpulan. Ada gak la jumpa beberapa kumpulan sepanjang 'Dolphin Hunting' tadi.

Mrs Jay sempat rakam masa dolphin tu muncul sekejap. Tengok kat VIDEO NI.

Yang paling syok, ada seekor dolphin muncul dekat ngan bot Mrs Jay. Dia datang sekor je kot sebab tak perasan yang lain. Mungkin yang lain ada tapi tak muncul kat permukaan air. Excited tengok, bila nak snap je dia dah menyelam. Sebenarnya, Mrs Jay rasa dolphin ni takut kat pelancong. Yelah, setiap kali dia muncul, semua orang (bot) kejar dia. Siapa tak lari kena kejar dengan paparazzi ooo...

Dah pukul 8.00 pagi, kitorang balik semula ke pantai. Air pantai ni jernih, boleh nampak batu karang dan tapak sulaiman warna biru. Best betul!!
nampak tak patrick starfish warna biru??
ingat USJ je ada Taipan....

Seterusnya, kami bergerak ke Git-git Waterfall. Mas Sobirin kata, kalau kereta Mas Ali dah ok, kitorang kena ikut Mas Ali pulak pasni. Apa lah nasib kitorang ni kena pas-pas kat supir je...


Air Terjun Git-git

Nak masuk ke sini takde kawasan parkir khas sebab pintu masuknya betul-betul kat selekoh jalan yang berliku-liku menghala ke Bedugul tadi. Nak kata pintu masuk pun takde tanda sebab lalu kat celah-celah rumah orang je. Kitorang parking tepi jalan lepas selekoh, dan kena jalan kaki jauh sikit (jauh gak la) sebelum sampai air terjun tu. Tiket masuk adalah 15,000 rupiah seorang, tapi Mas Sobirin offer nak belikan, jadi dapat harga domestik cuma 5,000 rupiah je seorang.
masuk celah rumah orang
pondok tiket
pintu gerbang?
dah nampak! jalan depan sikit lagi

Subhanallah!! cantiknya air terjun ni. En. Hubby kata macam lukisan. Airnya sejuk dan jernih, mengingatkan Mrs Jay pada air sungai Otagiri masa kat Komagane, Jepun dua tahun lepas. Kat sini kitorang tak mandi kot, saje je tengok-tengok. Kalau korang datang, bawak la baju spare ye, kot-kot teringin nak mandi kat sini. 

Mas Sobirin kata, kereta Mas Ali rosak teruk sebab timing belt dalam enjin putus, jadi major damage. So, terpaksa lah Mas Sobirin bawak kitorang sampai malam nanti. Kebetulan dia pun nak balik ke Denpasar kan, boleh lah sekali harung nanti.

Kemana Mrs Jay akan pergi lepas ni? Nantikan di next entry :p




No comments:

Post a Comment