Wednesday, 18 September 2013

Flight ke Narita Airport, Jepun

Inilah hari yang ditunggu-tunggu, 17 September 2013. Sejak pagi lagi group What Apps JICA sibuk bertanya tentang persediaan ke Jepun. Masing-masing teruja dan gemuruh menanti masa sebelum bertolak.

Baru jam 8:30 malam, rakan-rakan Program JICA dah sibuk nak check in luggage. Mrs Jay baru je sampai KLIA, mencari tempat pakir. Apa la yang diorang tak menyempat sangat Mrs Jay pun tak tau, padahal flight kami berlepas jam 10:50 malam. Terburu-buru Mrs Jay je terminal J4 untuk check in. Selepas selesai urusan bagasi, Mrs Jay, En. Hubby dan adik ipar ke food court KLIA untuk makan malam. Sebenarnya Mrs Jay tak lapar pun sebab petang tadi Mrs Jay dah masak dan makan nasi goreng dengan hubby. Cuma nak temankan adik ipar Mrs Jay je.... Tapi memandangkan menu kat sana tak memberangsangkan, En. Hubby ajak ke KFC.

Jam baru menunjukkan pukul 9:30 malam. Rakan-rakan JICA kata mereka dah masuk ke balai menunggu. Aduh.....lama lagi kan nak berlepas, apa la yang korang buat kat sana!! En. Hubby pun dah merungut tengok gelagat rakan-rakan JICA ni. Selepas bersalaman dengan hubby masing-masing, Mrs Jay dan Kak Faza bergerak ke balai berlepas. Kami melalui kastam dan menuju ke train yang membawa ke balai berlepas.

Kebetulan dalam train yang sama ada lak jumpa Zarul Umbrella. Mrs Jay tak kenal, tapi Kak Faza yang bagitau. Curi-curi snap gamba artis ni....leh jadi mamarazzi....hahaha.

Dalam jam 10:35, kami bergerak masuk ke dalam flight. Beginilah rupa dalam kapal terbang Japan Airlines ni. Ada tv juga macam sesetengah flight MAS.

Mrs Jay sempat la tengok citer The Internship, dengar musik dan main game....hehe.

Malam tu diorang bagi makanan vegetarian je...jujurnya tak sedap sangat la. Sandwich sayur dan tisu basah untuk lap tangan.

Jam 4:00 pagi, diorang da serve breakfast...Terung celup tepung, scramble egg, ngan sayur. Roti wholemeal + canola spread, buah potong dan yogurt. 

Mrs Jay tak dapat seat sebelah tingkap, tapi snap-snap je. Dah terang kul 5:00 pagi.

Lebih kurang jam 6:00 lebih dah sampai Narita Airport.

Lepas pemeriksaan kastam, scan jari telunjuk dua-dua belah, tangkap gambar, pastu baru ambil beg. Sampai tempat keluar, ada la pakcik polis tahan Mrs Jay dan Kak Faza untuk details kemasukan. Dah agak dah mesti kena gak, sebab pernah baca dari blog-blog orang lain pasal polis Jepun ni. Tapi nasib baik pakcik polis tu baik....takde la tanya macam-macam~~~


No comments:

Post a Comment