Sunday 20 September 2015

Percutian ke Bali (Part 3)

Previous: Percutian ke Bali (Part 2)

Ok, sambung balik. Lepas makan, kami singgah ke tempat pembuatan Kopi Luwak dulu. Korang tau kan, kopi luwak tu kopi yang diproses selepas dimakan dan dinyahtinjakan oleh luwak (musang). Masa on the way nak ke tempat kopi luwak ni, kitorang lalu kat Tirta Empul, Tampaksiring, salah satu dari tempat pelancongan kat Bali ni. Avriel tanya "nak singgah kat holy water x?". Tekejut En. Hubby sebab ingat Avriel nak suruh gi minum holy water. Mrs Jay terus bagitau, tu pura tempat pelancongan je. Orang datang tangkap gambar pura tu je, bukan minum holy water. Barulah En. Hubby faham.

Tapi kitorang tak singgah la sebab Mrs Jay tak minat...


Kopi Luwak, Satria Agrowisata

Dah sampai pun di Satria Agrowisata, salah satu dari banyak tempat pembuatan kopi luwak di Bali ni. Kat kawasan ni dah macam taman herba. Macam-macam pokok dan herba ada. Luwak atau musang pun dibela di sini. Nak cerita malas, korang tengok gambar je la ye.
jalan masuk...
Avriel tengah bagi luwak makan kopi
luwak yang comel
pokok vanila
pokok serai wangi. dari jauh dah bau. kuat betul. pakcik ni nak bagi kitorang bawak balik
kopi dan koko
kopi jantan takde belah (belakang), kopi betina ada belah tengah (depan)
ni kopi luwak yang dah dikeringkan selepas keluar dari luwak tu. Ambil bijinya je. kulitnya buang, jadi bersih
biji kopi di'sangrai' (goreng tanpa minyak)
hasilnya
lepas sangrai, kopi luwak ditumbuk hingga halus dan ditapis

Dah tengok cara proses, jom pegi testing kopi dan teh yang diorang buat lak.
buah mengkudu. besar betul
tempat nak rasa kopi dan teh 
ni keterangan produk diorang
minuman disusun ikut nama atas kad

Masa kitorang sampai kat tempat testing ni, Avriel dah selamat melayan kopi luwak ni sorang-sorang. Dia kata dia suka kopi ni, lagipun dia boleh dapat harga 20,000 rupiah kat sini berbanding harga asal 50,000 rupiah secawan comel tu. Kat tempat lain Avriel kata diorang jual lagi mahal. Secawan kecil dalam RM15.30, En. Hubby fikir banyak kali walaupun dia teringin nak cuba. 

Kopi dia ok lah rasanya macam biasa. Kopi ginseng, kopi vanila, dan koko sama macam kat Malaysia. Moccachinno macam rasa latte. Kopi Bali rasa biasa je. Kopi kelapa rasa gula-gula kopiko. Teh dia yang sedap adalah teh manggis dan teh roselle. Teh beras En. Hubby kata macam arwah nenek dia buat dulu untuk kesihatan. Teh serai dan teh halia, rasa serai dan halia tu kuat gak la. Teh saffron dan kunyit pulak rasa kunyit nya terlalu kuat, saffron tak rasa. Ni produk-produk yang diorang jual kat kedai sebelah tempat testing.
Mrs Jay beli dua jenis yang kat atas ni sebab tu je yang berkenan (selain teh roselle)

Dua kotak teh manggis, 60,000 rupiah setiap satu (saiz kecil) dan satu kopi kelapa, 70,000 rupiah (saiz kecil), total 190,000 rupiah atau RM58.14. Dalam kotak tu bukan uncang ye, tapi serbuk. Adik yang jual tu kata boleh dapat dalam 20 cawan satu kotak. Cawan kecik je la kot.


Gunung Batur, Kintamani

Kami teruskan perjalanan, dan akhirnya, barulah sampai ke Kintamani. Nak masuk ke sini ada orang duduk tepi jalan untuk kutip bayaran masuk 30,000 rupiah seorang, tapi Avrial kata dia nak bayar harga domestik je 10,000 rupiah setiap seorang. Tapi entah kenapa orang tu tak tahan pun kereta Avriel, jadi selamba je la Avriel masuk tanpa bayaran. Dia kata sebab dia buat muka garang kot orang tu tak berani tahan. Hahaha...

Kami turun tepi jalan sementara Aviel parking kereka kat depan sikit. Kat sini banyak peniaga jalanan, jadi Avriel pesan jangan layankan sebab diorang ni memaksa beli barang yang diorang jual. So, Mrs Jay buat tak dengar je bila peniaga-peniaga ni approach kitorang. En. Hubby cuba menolak tapi peniaga ni semua degil. Nak gak paksa kitorang beli. Last-last, En. Hubby buat tak tau je. Lantak la korang...

Tapi pemandangan kat sini memang cantik. En. Hubby adalah yang paling excited. Mrs Jay rasa macam kat Gunung Kinabalu je. Kat area Tasik Batur ni ada satu tempat makan. Kalau korang datang sini Mrs Jay tak syorkan korang makan kat situ sebab review dari blogger lain, tempat tu makanannya tak sedap dan agak mahal. Avriel pun tak syorkan kitorang ke sana, sebab tu dia awal-awal lagi bawak kitorang makan kat Bali Udang tu. Memang puas hati. Terbaeek!! (ala-ala Boboiboy)
pemandangan Gunung Batur dan Tasik/Danau Batur
Gunung Batur, gungung berapi aktif (tapi belum aktif lagi ni) di Kintamani
Tasik Batur
Avriel parking kat depan Pasar Seni Geopark


Tegalalang

Selesai di Kintamani, kami ke destinasi terakhir, iaitu di Tegalalang. Kat sini korang boleh tengok permandangan padi bukit yang cantik. Kalau rajin, turun lah ke bawah untuk tengok lebih dekat. Mrs Jay tengok dari atas je. Kat sini, parkir agak susah sebab kawasan ni betul- betul tepi jalan yang dipenuhi kedai. Kena parking depan kedai, jadi jalan agak sempit. 
ni lah dia padi teres tu. padi yang ditanam di bukit

Selesai sudah aktiviti hari ni. Jom lah balik ke hotel. Jauh lagi perjalanan ni. Untuk makan malam, kami tapau je lah kot. Avriel ajak makan murtabak Bali. Lebih special dari murtabak Malaysia tau sebab isinya banyak dan saiznya besar. Terang Bulan tu pulak adalah apam balik versi Bali. Bezanya dengan apam balik Malaysia adalah warnanya kuning, tak dilipat dan ada topping yang boleh kita pilih sendiri.

Avriel kata ni murtabak dan terang bulan yang paling sedap di Bali. Ia dijual kat lori beniaga tepi kaki lima kedai je. Waktu operasi petang sampai tengah malam (tak ingat pukul berapa). Walaupun harganya agak mahal, tapi berbaloi. Satu murtabak tu boleh makan empat orang ooo...
senarai harga terang bulan. murtabak nyer harga lupa nak ambil
cara goreng berbeza dari murtabak Malaysia
dah siap. besar kan murtabaknya. potong 16 lagi
En. Hubby bersama pekerja jual murtabak

Pekerja yang kedua dari kiri ni pernah beniaga kat Johor dulu katanya. Tapi memang Mrs Jay perasan masa kat Pulau Penyu tu pun ada boatman kata dia pernah keje kat Johor. Femes gak Johor kat Bali ni ye... Murtabak yang En. Hubby beli ni diorang buat dua version, separuh ada keju, separuh takde. Intinya, ayam campur daging, ada sosej, cendawan, sayur dan apa tah lagi selain telur. Kalau kat Malaysia jangan harap banyak inti macam ni kan. Harga 83,000 rupiah atau RM25.40. Ni yang termahal la kot sebab ada je yang murah, dalam 50,000 rupiah. Ni mahal sebab En. Hubby request macam-macam buat inti.

Sampai bilik, mandi, solat dan makan murtabak ni. Ia dibekalkan dengan sos (ala-ala sos cucur udang) cili api dan ulam timun. Tak habis makan, simpan dalam fridge.

Next: Percutian ke Bali (Part 4)

2 comments: