Pagi pertama di Komagane, breakfast telur separuh masak, masak sendiri. Stok biskut dan hot coklat dari Malaysia pun masih banyak lagi, makan apa yang ada je la.
minum green tea yang disediakan hotel
Aktiviti hari ni, berkumpul kat tingkat empat hotel jam 10:00 pagi. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dan perlu menyediakan Country Report berkenaan SME di Malaysia. Pembentangan lima minit dalam power point presentation lebih mudah sebab maklumat kami dah kumpul awal-awal sejak dari Malaysia lagi.
Aktiviti ditangguhkan untuk makan tengahari dan bersedia untuk rehersal jam 4:00 petang. Ini bagi memudahkan Ms.Miyuki untuk translatekan pembentangan kami dalam bahasa Jepun untuk wakil-wakil dari JICA dan host family atau famili angkat kami nanti. Lepas selesai rehersal, Mrs Jay dan Kak Didi jalan-jalan tengok bunga depan hotel. Kebanyakan tempat di sini memang dihiasi dengan bunga-bunga. Really nice tengok tempt orang ni.
Jam 6:00 petang, kami dah bersedia di tingkat satu Green Hotel untuk Welcoming Ceremony dari penganjur dan host family. Kira macam dinner ceremony la tu. Lepas dinner nanti kami perlu buat pembentangan Country Report lak. Sebahagian dari kami dah dapat host family masing-masing. Mrs Jay masih belum jumpa lagi siapa bakal jadi host family nanti.
ucapan dari Nik Azman, wakil peserta Program JICA Malaysia
Kak Faza dan Firdaus tumpang bergambar dengan host family Azwani
sushi, siput apa tah, pizza telur, udang cili dan buah-buahan
Habis Welcoming Ceremony, naik bilik mandi dan turun pusing-pusing Komagane. Pekan ni tak hidup pun waktu malam, tapi rasa selamat sikit sebab kat sini kurang jenayah. Tu host family Azwani yang cakap.
macam power rangers x?
patung depan pasaraya semalam. Sekitar Komagane banyak patung naked, laki ada pompuan pun ada.
Singgah public phone jap call En. Hubby. Guna kad brastel ni, tempoh masa bercakap dalam public phone memang sikit. Baik guna handphone atau fixed line, masa diberi lebih lama. Dah siap, balik Green Hotel dan tdo. ZZzzzzzzzz.....
Next: Hari Keenam, Komagane
No comments:
Post a Comment