Thursday 26 February 2015

Nasi Lemak Kampung Baru

Petang semalam, Mrs Jay ajak En. Hubby cari nasi lemak untuk makan malam. Entah kenapa tetiba rasa nak makan nasi lemak lak. Cadangnya nak makan kat Taipan je, Restoran Warisan Sambal Opah, sebab dulu En. Hubby kata restoran tu hidang nasi lemak lebih kurang sama dengan cara hidang kat Nasi Lemak Kampung Baru. Tiba-tiba je En. Hubby suruh tengokkan jalan nak ke Kampung Baru. Eh! Nak gi makan nasi lemak kat Kampung Baru lak ke ni? Wah, jarang dia ada mood nak masuk KL. Tiba-tiba je ajak ni, takde lah Mrs Jay nak halang kan, memandangkan memang jarang dapat peluang masuk KL lepas waktu kerja. Lebih-lebih lagi En. Hubby sendiri yag ajak. Maka, teruslah Mrs Jay bertanya kepada Pakcik Google Maps, jalan yang tak jammed pada waktu itu. 

Lepas maghrib, kami terus bersiap dan bertolak ke KL. Perjalanan agak lancar memandangkan keadaan lalulintas waktu malam kat KL tak seteruk waktu siangnya. Lokasi Nasi Lemak Kampung Baru ni adalah berhadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu. Nama kedai nya yang tertulis di pintu masuk adalah Nasi Lemak CT Garden. Keadaannya macam kantin sekolah je, tapi masih dikira bersih dan selesa.

Sumber: http://www.j2kfm.com/

Di sini, nak makan nasi lemak, kena ambil sendiri. Ada nasi lemak yang dah siap dibungkus di sebelah kanan kedai. Pelanggan akan ambil sendiri nasi lemak tu, ikut la nak berapa bungkus nak makan. Kemudian, di sebelah kirinya, ada bahagian lauk pauk. Pelanggan akan memilih apakah lauk yang nak dimakan bersama nasi lemak tu. Pekerja dia yang akan ambilkan kerana harga setiap lauk dah tetap, jadi kuantiti lauk juga ada sukatan sendiri. Harga akan ditulis oleh pekerja tadi atas sekeping kertas. Disebelah kedai lauk, ada kedai air. Gelas yang diguna memang macam gelas kantin sekolah. Mrs Jay rasa macam dah balik ke zaman sekolah la pulak...hihihi. Lepas order air, boleh bayar di kaunter dan carilah tempat duduk yang selesa untuk makan.

Terlebih dahulu Mrs Jay minta maaf lah sebab gambar-gambar yang Mrs Jay letak ni semua dari Google Images. Masa makan malam tadi tak terfikir lak nak ambil gambar kedai. Mrs Jay ambil gambar makanan yang Mrs Jay dan En. Hubby makan je.
nasi lemak yang dah siap dibungkus
sumber: http://makandimane.blogspot.com/
aneka lauk yang boleh dipilih untuk dimakan bersama nasi lemak
sumber: http://terajubintang7.blogspot.com/
kawasan tempat makan
sumber: http://www.hungrygowhere.my/
haa.....ni lah menu yang Mrs Jay dan En. Hubby ambil untuk makan malam tadi. Yang ni gambar sendiri, bukan dari pakcik Google ye...

Lepas makan, Mrs Jay ajak En. Hubby ke KLCC. Lama dah tak lepak kat taman KLCC malam-malam. Zaman bercinta dulu je la (tapi dulu bercinta ngan org lain, kahwin ngan org lain...huhu). Kebetulan, masa Mrs Jay sampai ni dalam jam 10 malam, ada sedikit persembahan penutup air pancut berlampu. Terhibur gak dapat berdating camni, maklumlah lama dah tak gi dating.

Lepas habis persembahan air pancut, Mrs Jay ajak En. Hubby ke Putrajaya pulak. Mrs Jay baru teringat yang malam ni ada pemilihan State Leader (SL) dan beberapa jawatan lagi bagi PPEOC Putrajaya Crew. Masa Mrs Jay sampai, geng-geng Putrajaya Crew dah selesai mengundi. Lokasi lepak adalah di Restoran Thai Tomyam Kung, Ayer@8. Tapi En. Hubby masih sempat juga mengundi walaupun lambat.

Keputusan undian diumumkan kira-kira jam 12 malam. Mrs Jay nak ucapkan tahniah lah kepada semua calon yang menang kerusi SL, ASL, bendahari dan SU. Selesai semua, apalagi, balik lah...



Sunday 15 February 2015

Menu di Lepak Point

Last time, Mrs Jay ada kongsikan satu tempat makan yang baru buka di Shah Alam, iaitu Lepak Point. Hari ni Mrs Jay berkesempatan untuk makan sekali lagi disini. Tapi kali ni, Mrs Jay akan kongsikan apa menu yang dihidangkan disini. Kebetulan waiter kat sini nampak Mrs Jay snap gambar menu diorang, so Mrs Jay minta izin jugak la nak post menu kat blog. Waiter tu kata diorang tak kisah pun, maklumlah, ni kira Mrs Jay buat promosi free kan untuk diorang.

Ok, jom tengok apa yang ada. Untuk breakfast, ada nasi lemak. Ada juga disediakan hidangan nasi bersama western food, iaitu chicken chop.

Ada banyak juga menu ala carte yang berunsur nasi.

Hidangan mee dan spaghetti juga tidak ketinggalan. Termasuk satu hidangan sizzling.

Untuk minuman pula, selain dari minuman biasa, kita boleh menikmati jus dan air panas.

Lebih menarik, selain dari menu-menu diatas, terdapat menu nasi dan mee tambahan, snek dan pau.


Haa...dah tengok kan apa yang ada. Jadi lepas ni boleh la mencuba menu-menu kat Lepak Point ni. Setakat ni makanan yang Mrs Jay dah cuba memang sedap. Portion makanan pun banyak, sesuai lah dengan harganya.

Thursday 12 February 2015

Renovate pagar rumah

Setelah beberapa minggu proses pembikinan pagar rumah mak Mrs Jay, hasilnya baru dalam 50% siap. Ini termasuk tambahan stor belakang rumah dan pemasangan awning (depan dan sisi), juga dua buah porch yang bakal menempatkan kereta anak-anak mak ni. 
bahagian depan 10'
bahagian sisi 20'

Sekarang ni, tinggal nak mencari gate yang sesuai untuk rumah mak. Setelah empat tahun rumah dibiar tak berpagar, baru sekarang mak ada budget nak buat. Bukan satu gate, tapi dua, memandangkan rumah mak ada dua porch. Satu bersaiz 10 kaki (depan), dan satu lagi bersaiz 20 kaki (sisi). Mrs Jay cadangkan kat mak untuk pasang gate manual je. Kerana autogate harganya lebih mahal dan berisiko jika berlaku kerosakan motor atau pendawaian.

Yang menjadi isunya disini bila mak nak beli gate dari syarikat bumiputera. Puas juga Mrs Jay tanya pakcik Google kalau ada syarikat bumiputera di sekitar Shah Alam, tapi masih belum berjumpa dengan syarikat yang menepati kriteria yang dicari. Kalau boleh nak cari yang berdaftar, diyakini kualiti kerja pemasangannya, dan menawarkan harga yang berpatutan.
sumber: http://www.citygate.com.my/
sumber: http://www.citygate.com.my/

Ada juga beberapa jenis pagar yang berkenan dihati Mrs Jay (seperti dalam gambar kat atas), tapi belum tau lagi harganya. Mrs Jay nak tanya pada pembaca, ada cadangan tak syarikat yang boleh disyorkan pada mak Mrs Jay??

Wednesday 4 February 2015

Trip ke Legoland (part 2)


Lepas selesai movie, Mrs Jay ke Land of Adventure melalui Musical Fauntain, sebuah kolam air pancut yang berbunyi bila ada orang lalu sebelah dia. Benda pertama yang kelihatan adalah Dino Island. Yang ni best sebab naik sampan, kemudian naik ke tower, dan turun balik menjunam ke air. Habis basah sepaduh badan (ke tiga suku badan) bila part menjunam ke air tu...
gambar sampan kosong tu tunjuk situasi bila mula menjunam ke dalam air
yang ni apa yang jadi bila cecah permukaan air. sampan ni ada penumpang

Dalam keadaan basah kuyup, Mrs Jay dan En. Hubby terus je ke game seterusnya. Sebenarnya ada disediakan Body Dryer, tapi kena bayar la kalau nak guna. RM10 kot harganya sekali guna. Kami terus ke Beetle Bounce, tapi cuma En. Hubby je yang main game ni sebab Mrs Jay malas nak naik basah-basah. 
Beetle Bounce

Seterusnya kami ke Lost Kingdom Adventure. Dalam ni naik train 4 seater jugak. Cara mainnya kena tembak semua lampu kuning yang ada dalam tempat ni. Pistolnya macam hair dryer warna kuning (macam dalam gambar kat bawah). Markah persendirian ada dipaparkan depan tempat duduk masing-masing. Di hadapan Lost Kingdom Adventure ada Paraoh's Revenge, permainan kanak-kanak.
Pharaoh's Revenge

Selesai di Land of Adventure, Mrs Jay masuk ke MINILAND. Kawasan ni di tengah-tengah kawasan Legoland, menempatkan struktur-struktur binaan terkenal di dunia. Kalau tak silap Mrs Jay, binaan lego ni adalah dalam 20 kali lebih kecil dari saiz sebenar (eh...20 kali ke??). Jom tengok apa je binaan yang ada.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei
Patuxai, Laos
Angkor Wat, Kambodia
hemmm.....abaikan struktur yang ni
Forbidden City, China
Taj Mahal
Karaweik Hall, Myanmar
Wat Arun, Thailand
KLCC dan Menara Kuala Lumpur
KLIA
Masjid Putra, Putrajaya

Banyak lagi lah binaan-binaan yang Mrs Jay tak dapat nak masukkan kat sini. Nak tengok, datang lah ke Legoland ye...Seterusnya, dah penat berjalan, Mrs Jay nak naik keretapi lak pusing-pusing kat Legoland ni. Untuk naik keretapi, Mrs Jay ke LEGOLAND® Express, di kawasan LEGO® CITY. Keretapi ni akan bawak pengunjung pusing sekitar kawasan Legoland, siap ada pemandu pelancong lagi untuk terangkan apa yang ada di kiri dan kanan.
comel adik ni...

Habis tawaf, Mrs Jay terus ke LEGO Rescue Academy. Kat sini ada pertandingan memadam kebakaran. En. Hubby beria-ria ajak Mrs Jay main game ni. Ada empat kereta yang bertanding, setiap kereta kena ada dua orang, baru boleh main. Tak sia-sia usaha kami ber'exercise' petang-petang ni sebab menang sipi-sipi dengan peserta kedua. Tapi takde hadiah la kan...
LEGO Rescue Academy
empat kereta bertanding
yang ni lah pemenang tempat ke-2, tewas sipi-sipi di tangan Mrs Jay dan En. Hubby

Berehat jap kat LEGO City Airport, tengok budak-budak main, sebelum meneruskan perjalanan.

Sebelum sampai ke tempat permulaan tadi, Mrs Jay melalui kawasan Boating School dan Driving School. Seperti namanya, Boating School adalah tempat untuk belajar bawak bot (guna stereng). Bukan saja kanak-kanak, mak bapak budak pun ada yang naik sekali. Saje je suka-suka kan...
pintu masuk ke Boating School

Driving School pula adalah untuk kanak-kanak sahaja. Kereta kecik, mak bapak takleh naik.
litar menyerupai litar sebenar

Ok, selesai sudah menjelajah satu taman tema. Lokasi terakhir adalah kedai Big Shop, kerana En. Hubby nak beli baju Legoland. Mrs Jay pula nak cari magnet fridge untuk lengkapkan koleksi Mrs Jay.

Dah balik, barulah dapat tangkap gambar kat pintu masuk ni. Pagi tadi sesak sangat...

Bagi sesiapa yang nak masuk Legoland ni, suka Mrs Jay ingatkan untuk bawa air minuman sendiri. Air mineral botol kecil dalam ni dijual dengan harga RM3, manakala air botol lain berharga RM5. Air nescafe dalam cup juga berharga RM5, manakala air milo cup RM6.

Ok lah, esok Mrs Jay dan En. Hubby nak keje, jadi kami perlu drive balik ke Puchong. Ni pun dah pukul 4.00 petang, konfirm sampai rumah dah malam...