Wednesday 26 November 2014

Palang tol ada sensor ke?

Hari ni, sesuatu yang amat 'ajaib' telah berlaku. Pagi tadi Mrs Jay ke Ampang atas urusan kerja. Petang lepas siap kerja, semasa memandu pulang dari Ampang menghala ke Shah Alam, berlaku satu kejadian yang amat tak terduga. Sampai malam ni pun Mrs Jay masih rasa terkejut petang tadi masih belum hilang lagi. Nak kata trauma, rasanya bukan perkara yang menakutkan pun. Cuma terkejut yang diluar kawalan rasanya...

Dari Ampang, Mrs Jay menggunakan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan melalui Plaza Tol Loke Yew. Macam biasa lah, Mrs Jay sebagai pengguna Smart Tag akan dengan confident nya melalui lorong Smart Tag. Sebagai pengguna berhemah (berhemah lah sangat kan...), Mrs Jay menjaga jarak dengan kereta di depan supaya tak lah terlanggar kalau kereta depan break sebab palang tak naik. Lepas je kereta depan melepasi palang, Mrs Jay pun macam biasa takkan tekan break sebab kereta dah memang perlahan pun. 
sumber: pakcik Google Image

Palang dah 100% turun, memang nampak lah melentang palang tu betul-betul depan En. Sona (nama kereta Mrs Jay). Sambil lalu, Mrs Jay toleh ke papan kadar bayaran kat sebelah kanan dan baca.... "TIADA SMART TAG" Nah, amek kau!!! Sambil baca paparan tu, Mrs Jay rasa urat refleks kat kaki ni tak berfungsi agaknya. Langsung tak tekan break! Bila toleh depan balik.......eh!!! Dah lepas??? Mana palang tadi? Dah kena langgar ke? Tapi takde bunyi pun terlanggar ke apa. Tengok site mirror takde pun nampak palang tercabut. Kak Faza yang duduk kat sebelah siap tunduk (refleks takut terlanggar palang). Dia pun terkejut bila Mrs Jay langsung tak break masa nak terlanggar palang tadi.

Tak lama lepas tu, baru Mrs Jay toleh kat tempat letak Smart Tag di cermin depan. Mak aih!!!! lupa nak letak Smart Tag rupanya! Habis tu, macam mana boleh lepas palang tadi ye???? Seribu persoalan bermain kat minda Mrs Jay. Masih terkejut lagi dengan kejadian tu. Kak Faza pun baru perasan katanya, Mrs Jay lupa nak keluarkan Smart Tag dari dashboard. Kami berdua terkesima kejap. Rasanya, kalau betul-betul langgar, mesti bunyi kan besi palang tu kena rempuh dek En. Sona ni. Paling tak pun mesti alarm tol tu berbunyi kan.

Memang hairan, macam mana En. Sona boleh tembus palang yang betul-betul dah turun tanpa sebarang kecederaan, dan TANPA Smart Tag. Nak kata palang tu tinggi, tak lah. Memang Mrs Jay nampak depan mata, palang tu paras atas sikit dari bonet depan En. Sona, dan jaraknya masa tu dalam sejengkal je kot sebelum Mrs Jay toleh ke papan bayaran tadi. Apa pun, Mrs Jay bersyukur sangat sebab tak berlaku sebarang kecelakaan, dan En. Sona pun selamat (duit yang selamat sebenarnya...).

Balik rumah, kebetulan En. Hubby telefon. Dia kerja sampai malam hari ni. Mrs Jay pun cerita lah apa yang berlaku di Plaza Tol Loke Yew tadi. Pada firasat En. Hubby, mungkin ada kereta lain di belakang En. Sona pada waktu kejadian, sebab tu palang tu naik. Tapi seingat Mrs Jay, sebelum lalu kat tol tadi memang takde kereta kat belakang. Tak tau la pulak kalau tetiba je ada kan. Kalau betul pendapat En. Hubby, kesian la kat driver kereta tu sebab kira dia bayarkan tol Mrs Jay, tapi dia yang tak lepas. Entah lah....

Sebenarnya misteri nusantara apakah yang berlaku ye? Tapi bila fikir balik, mungkin ini berkat baca doa naik kenderaan kot. Sebab sebelum ni memang Mrs Jay perasan, kalau baca doa naik kenderaan, memang dah beberapa kali Mrs Jay terselamat dari berlakunya kemalangan. Hampir-hampir...tapi tak terlibat. Alhamdulillah... 


Wednesday 19 November 2014

Karnival Mega Autoshow & Malaysia Largest Car Club Gathering Putrajaya 2014

Alhamdulillah...selesai sudah satu lagi event besar dalam dunia permotoran di Malaysia ni. Penatnya, hanya tuhan yang tahu (walaupun Mrs Jay tak buat apa pun sebenarnya...). Awalnya, Mrs Jay pun tak jangka event ni boleh menjadi sangat meriah, tapi bila dah berada kat sana, Mrs Jay tengok sambutan sangat menggalakkan. Siap ada lintas langsung lagi kat RTM1 secara berkala sepanjang event ni berlangsung.

Bila disebut Karnival Mega Autoshow, memang confirm lah pasal pameran dan pertandingan kereta kan. Itu tujuan utama dia buat autoshow pun. Tapi kali ni, ada tambahan part 'Malaysia Largest Car Club Gathering'. Haaa.....part gathering tu yang semangat sikit. Maklum lah, masing-masing boleh menayang betapa kuatnya semangat ber'kelab kereta' dengan penyertaan ahli kelab terbanyak. Jangan main-main....pemenang penyertaan terbanyak boleh menang RM3,000 tau!

Macam biasa lah, sebelum konvoi ke karnival, mesti nak kena TT dulu. Lokasi TT pagi ni adalah di Restoran Darussalam Presint 16. Pagi-pagi lagi dah mengadap muka mamak kan...Sementara menunggu geng-geng lain sampai, sarapan la roti canai ngan teh tarik duluNampaknya, tak ramai sangat PPEOCian yang dapat turun pagi ni. Takpe lah, dari takde wakil langsung kan. Masing-masing sibuk keje kot. Zaman sekarang ni, hari Ahad pun keje. 

Dalam jam 9 pagi, sebelum berkonvoi ke Presint 3, kami dibekalkan sticker karnival untuk ditampal di kereta masing-masing. Mula lah operasi menampal sticker. Otai-otai PPEOCian ni cermin belakang dia dah penuh sticker program, sampai konfius nak tampal mana lagi dah. Bak kata Abg Irra, cermin belakang tu kan 'papan iklan'....
eh...ada kereta lain celah tu...

Sebelum berkonvoi, Abg Irra memberikan sedikit penerangan tentang perjalanan ke karnival nanti. Memandangkan kami cuma ada dalam 20 buah kereta je, tak la susah sangat nak berkonvoi.
upss...sorry Mrs Jay nak dok depan sat

Ok....meh la kita...

Sampai je ke kawasan parking yang ditetapkan, Mrs Jay amat teruja sebab tengok kelab-kelab kereta lain memang turun ramai-ramai. Terasa sedih lak bila parking sebelah diorang, nampak sangat kita ni tak ramai yang turun padang....huhuhu... Kelab kancil pun turun berpuluh-puluh buah kereta. Apatah lagi kelab besar-besar macam WOCC, PPOC dan lain-lain. Takpe lah....apa pun, tangkap gambar dulu. Bukti tu....

Jom ke tapak karnival lak. Ada aktiviti karaoke open sedang berlangsung dari pagi sampai tengahari. Petang ni ada program antara kelab kereta termasuk Treasure Hunt, Musical Chair dan Gusti Lengan kategori Lelaki dan Perempuan. Haaaa...ingat abang sado je ke yang boleh gusti lengan? Kakak sado pun boleh tau!!

Sementara tu, di tapak karnival, setiap wakil kelab kereta perlu mempamerkan kereta mereka untuk dikira bagi dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record. Di sekeliling pentas utama, pelbagai jenis kereta dipamerkan untuk pertandingan-pertandingan Autoshow yang berlangsung. Jom tengok kereta apa je yang masuk dalam Autoshow ni..

Wah.....menarik kan design kereta-kereta tu semua. Ini adalah part yang paling Mrs Jay suka tengok setiap kali Autoshow. Tapi sayang, kereta macam ni hanya layak masuk pertandingan je, nak guna atas jalan memang tak la kan... Nanti kena saman lak ngan JPJ sebab banyak spec yang tak menepati undang-undang.

Masa pertandingan antara kelab berlangsung, Mrs Jay tak sempat ambil gambar sebab ramai sangat orang, terutama abang-abang sado. Tak dan nak nyelit-nyelit. Kang sesat lak dalam lautan manusia kat sini.
gambar ni je ada, tu pun dari kamera kawan Mrs Jay
kamera yang digunakan untuk lintas langsung di RTM1
Penaja bersama.....Buraq Oil
main buih sabun
ok..dah boleh jadi model promote Majalah Kar Club
nantikan kemunculan kami dalam Majalah Kar Club bulan depan!!


Perasmian program dijalankan pada jam 5 petang oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan. Sebelum tu, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan cabutan nombor bertuah dijalankan. Team PPEOC cuma menang acara Treasure Hunt tempat kedua, daripada beberapa puluh penyertaan. Ok la tu kan...
Kak Mas wakil PPEOC ambil hadiah
hamper pun jadilah...jangan hampa

Selepas perasmian, tibalah masa yang ditunggu-tunggu....satu demi satu wakil kelab kereta diminta memandu di hadapan pentas utama bagi kiraan beramai-ramai jumlah kelab kereta yang menyertai karnival ni. Akhirnya, telah diputuskan bahawa sebanyak lebih 10,000 kenderaan melibatkan 63 kelab kereta berjaya dikumpulkan pada hari ini. Keputusan ini secara rasminya telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record.

Sebelum menamatkan program, satu lagi acara penyampaian hadiah diadakan bagi 15 pemenang penyertaan terbanyak. Walaupun Mrs Jay tau, PPEOC memang tak masuk pun dalam list 15 kelab kereta tu, tapi masih berdebar-debar nak tau keputusan kelab kereta mana yang paling hebat ni, boleh kumpul team diorang untuk join karnival ni ramai-ramai. Senarainya memeng tak ingat lah kan, tapi Mrs Jay cuma ingat team PPOC dapat tempat keenam penyertaan terbanyak. Support lah jugak team adik-beradik ni kan. Team yang menang pertandingan ni adalah dari Wira Owner Car Club, WOCC dengan penyertaan sebanyak 323 ahli. Tahniah la untuk diorang. Dapat masuk paper esok lagi...
sumber: myputrajayanews
sumber: utusan online
sumber: myputrajayanews

Kemain lagi kan dah menang piala dan duit RM 3,000. Untunglah, rezeki diorang. Acara tamat jam 6.15 petang. Penat seharian, nak gi solat dan cari makan lak. Seharian tak makan nasi ni. Last Mrs Jay makan tengahari semalam ngan mak. Ok bye....