Monday, 23 September 2013

Hari Keempat, Komagane

Previous: Hari Ketiga, Tokyo

Aktiviti pagi ni, kami bangun pagi, sarapan dan bersiap-siap packing barang kerana akan bertolak ke Komagane. Dijangka perjalanan akan mengambil masa selama empat jam. 

Dalam jam 10:00 pagi, kami menaikan beg-beg luggage ke dalam lori dan menaiki bas coster yang disediakan.
comel kan lori isi beg ni...
driver kami, Mr. Iwamoto

Kami ditemani oleh Ms.Eko dan Ms.Miyuki sepanjang perjalanan sebagai koordinator program. Hari ni jalan agak sesak kerana hari cuti mingguan kebanyakan orang Jepun akan keluar berjalan-jalan atau bercuti. Kenderaan sangat banyak di atas jalan raya. Mrs Jay tengok, Mr.Iwamoto bawak bas ni dengan halaju 10-20 km/j je. Kami melalui lebuhraya Chuo Expressway (Center Expressway), kalau kat Malaysia kira macam PLUS la. Ada satu lagi lebuhraya dinamakan Tomei Expressway yang menuju ke Nagoya. Tomei Expressway melalui pesisiran pantai Jepun dan melintasi Gunung Fuji. Tapi sayang perjalanan kami di Chuo Expressway ni tak nampak lak Gunung Fuji tu.

Dalam perjalanan, kami berhenti di satu kawasan di tengah-tengah lebuhraya. Rupanya, ada kawasan tandas kat situ. Ms.Eko pesan suruh buang air dulu kerana perjalanan jauh lagi. Kami turun dari bas, tapi takde sorang pun antara kami yang nak guna tandas tu sebab ala-ala tandas bergerak kat Malaysia dan takde air. Kami mungkin lewat sikit dari jadual kerana keadaan trafik tak mengizinkan.

Kami meneruskan perjalanan semula. Di Jepun, terdapat tiga banjaran utama iaitu Central Alps, Northen Alps dan Southern AlpsMelalui Chuo Expressway, kami akan melalui dua kawasan banjaran gunung tersebut, Central Alps di sebelah kanan dan Northen Alps di sebelah kiri. Setelah sejam 45 minit perjalanan, barulah kami keluar dari sempadan bandar Tokyo, masuk ke Kanagawa. Ms.Miyuki kata, sepatutnya di hari biasa kami boleh sampai di kawasan ni dalam 50 minit perjalan je. Menarik di Jepun, memang tak nampak pemandu memotong line atau melalui lorong kecemasan. Pemandu di Jepun amat berhemah, tak macam pemandu di Malaysia.

Tak lama kemudian, kami berhenti di kawasan R&R (tak tau kat mana nama tempat tu) Jam dah pukul 12:00 tengahari. Kak Faza pun dah lapar katanya. Kami turun untuk mencari alas perut. Memang banyak pilihan, tapi susah nak cari makanan halal kat sini.
kebanyakan orang Jepun bawa anjing mereka sekali

Singgah ke tandas dulu sebab perjalanan masih jauh. Tandas kat sini sangat bersih. Siap ada sistem sensor untuk tandas mana yang kosong, macam sensor pakir kat Malaysia. Nasib baik tandas kat sini ada sistem bidet (pancuran air dari bawah), selesa sikit dari guna botol kan. Lebih menarik, siap ada function untuk musik (bunyi flush) bagi mengelakkan orang kat tandas sebelah dengar bunyi-bunyi masa kita buang air.

Lepas beli sedikit makanan, kami teruskan perjalanan.

Dua jam kemudian, kami berhenti rehat lagi, kali ni di kawasan Suwa Lake.
ada bot angsa kat tengah tasik
yang ni pun ikut
Mrs Jay beli unagi (sushi belut) di kedai Suwako, 900 yen (RM 30.47)
Kak Faza beli sushi salmon, 700 yen (RM 23.70)

Lepas rehat kejap, kami meneruskan lagi perjalanan. Ms.Miyuki kata ada sejam lagi baru sampai Komagane. Komagane ni terletak dalam Nagano Prefecture. Kalau kat Malaysia, kiranya Nagano tu negeri, Komagane tu daerah la. Di sini Mrs Jay perhatikan sangat banyak sawah padi. Setiap ruang digunakan secara optimum untuk tanaman padi atau sayur-sayuran. Tak hairan lah kat Komagane ni kita boleh tengok kebun-kebun sayur antara rumah-rumah kediaman.

Sawah padi kat Jepun ni berbeza dengan sawah padi Malaysia. Nasi yang dimasak dari beras Jepun adalah lebih melekit (ala-ala pulut). Kami pernah dimaklumkan oleh penceramah semasa program di Tokyo, kerajaan Jepun mengenakan cukai 700% kepada beras luar yang diimport ke Jepun bagi mengurangkan kemasukan beras luar ke negara ini. Boleh dikatakan hampir keseluruhan penjualan beras di Jepun adalah berasal dari Jepun sendiri.
Eneos stesyen minyak utama, macam Petronas di Malaysia

Akhirnya, sampai jugak kami ke JICA Komagane, walaupun dah lewat dua jam. Kami disambut dengan penuh tunduk hormat dari wakil JICA Komagane. 

Kami diberi sedikit taklimat tentang program di Komagane, kemudian kami dihantar ke Green Hotel. Bagi Mrs Jay, Green Hotel lebih kurang macam Hotel Seri Malaysia, jadi tak boleh la nak harap perkhidmatan yang tip top. Apa yang ada pun dah ok. Lagipun, Komagane ni kawasan pedalaman yang dikelilingi bukit bukau. Penduduk pun tak ramai, jadi memang susah la nak cari hotel taraf berbintang-bintang kan....

Setelah letak barang-barang dan beg di bilik, kami dibawa oleh Ms.Eko ke pasaraya berhampiran untuk membeli makanan untuk breakfast dan lunch esok.
Beli tempura ngan telur je. leh wat telur separuh masak esk pagi

Mrs Jay pun dah penat. Nak online kat lappy pun tak boleh sebab lappy baru keluar wad ICU. Tak install wireless lagi. So, buat apa lagi, lepas makan ramai-ramai (gurls only) kat bilik Faten, Mrs Jay tdo la. Nite alls~~~


No comments:

Post a Comment