Monday, 2 September 2013

Perjalanan ke Tawau dan Kota Kinabalu (Hari 4)


Hari Rabu, sudah tiga hari Mrs Jay dan hubby di Tawau. Hari ni kami ke Kunak semula untuk menyelesaikan tugas dan mencari daging payau (rusa). Kata Hj. Iqbal, payau lebih mudah dijumpai di Kunak berbanding kawasan lain. Hj. Iqbal siap memberikan nombor telefon Pakcik Polo kerana semalam dia sudah meminta Pakcik Polo menyiapkan 5 kilo daging payau untuk kami. 

Kerja Mrs Jay siap awal hari ni kerana semua urusan berjalan lancar. En. Hubby segera menelefon Pakcik Polo untuk mengambil daging payau. Pakcik Polo membawa kami ke Kg. Getah dan berjumpa kawannya yang memburu payau. Sekejap saja melayang RM 100 untuk 5 kilo daging payau yang sangat diminati En. hubby. Tapi Mrs Jay rasa berbaloi la kerana jauh lebih murah berbanding harga di Semenanjung. Mrs Jay lupa lak nak ambil gambar...hehe

Sebelum bertolak ke Airport Tawau, kami pergi mencuci kereta dulu. Maklumlah, pinjam kereta warna putih, tak kan la nak pulang kereta warna coklat lak kan...dah la dapat sewa kereta mahal dengan harga murah.


Dalam perjalanan, Mrs Jay tengok banyak gerai-gerai menjual buah-buahan di tepi jalan. Sekarang ni memang musim durian dan rambutan di Tawau. Hubby Mrs Jay ni memang hantu durian, jadi Mrs Jay kata singgah je la, takut nanti kempunan durian Sabah, susah pulak nak patah balik ke Tawau nanti...

Di Tawau, selain durian biasa, terdapat durian hutan (isi merah) dan durian Ilai (tak tau betul ke tak ejaannya, ikut sebutan kakak jual durian tu je la). Durian hutan tak sedap dimakan mentah, lebih sesuai dimasak seperti lempok. Durian Ilai pula lebih unik kerana pokoknya rendang, tetapi buahnya tidak gugur, perlu dipetik dan diperam hingga merekah sebelum dimakan.



Durian Ilai ni kecik je...lebih kurang saiz bola takraw. Hubby Mrs Jay beli dua biji dengan harga RM 5 sahaja. Isinya sangat banyak berbanding durian biasa, memang puas makan. Bau durian Ilai ni tak sekuat bau durian biasa, rasanya pun boleh tahan.

Sebelum pulangkan kereta kepada syarikat kereta yang kami sewa ni, En. hubby ajak makan sup payau untuk kali terakhir di Tawau. Jadi, kami singgah di Bibiq Corner, betul-betul bersebelahan airport. Mujurlah Mrs Jay dah siap-siap check in flight semalam, jadi kalau sampai lambat pun takpe. 




Lepas makan, kami terus ke airport dan packing barang. Masa scan luggage, kakak polis tu tanya pada hubby Mrs Jay
"Daging ke ni?"
"A'ah. Daging rusa."
Sambil menoleh sekeliling... 
"Oooo....nasib baik orang Jabatan Perhilitan takde ni. Kalau tak, mungkin tak lepas daging ni."

Syukurlah selamat daging payau kami terbang ke Kota Kinabalu. Jam 3:40 petang, kami pun berlepas, dan tiba di KK pada jam 4:30 petang. Di KK, kami hanya menyewa kereta viva saja kerana memang tak ambil quotation kenderaan. Kali ni, Mrs Jay terpaksa menginap di Zara's Boutique Hotel kerana Hotel Promenade KK sudah penuh.



Masa check in bilik, Mrs Jay request untuk dapatkan peti ais untuk simpan daging payau ni. Nasib baik tak kena bayar. Kami berehat sekejap sebelum keluar makan malam. 

Malam pertama di KK, Mrs Jay dan hubby makan di kawasan Anjung Samudera, terletak antara Anjung Senja dengan Pasar Malam Sinsuran. Pekerja kat sana maklumkan hanya ada satu kedai je yang Halal, Aesha Corner. Jadi, kami makan makanan biasa je sebab dah lapar sangat.




Lepas makan, kami berjalan-jalan ke Pasar Malam Sinsuran, rupanya lebih banyak kedai makan yang menjual seafood kat sini. Menyesal gak sebab dah makan kat kedai makan tadi. Takpe la, esok Mrs Jay nak makan kat sini.

Kami terus ke Pasar Filipina, terletak seberang jalan je dari Pasar Malam Sinsuran. Mrs Jay nak survey harga mutiara yang dijual kat sini. Walaupun kat sebelah Pasar Malam Sinsuran tu ada Pasar Kraftangan yang jual mutiara, tapi Mrs Jay tak nak beli mutiara kat sana sebab orang kata tak boleh tawar rendah sangat.









Ini lah antara barang-barang yang banyak dijual di Pasar Filipina. En. Hubby beli sedikit cenderamata untuk famili di Semenanjung.



Next: Perjalanan ke Kota Kinabalu (Hari 5)

No comments:

Post a Comment