Saturday, 21 September 2013

Hari Ketiga, Tokyo

Previous: Hari Kedua, Tokyo

Hari ke-3 di Tokyo, macam biasa, turun breakfast dulu sebelum sesi orientasi di negara matahari terbit ni. Menu, ada yang ambil sama macam semalam sebab dah tau rasa dia. Mrs Jay ambil keledek tempura, cereal dan ayam masak apa tah ni. Air grapefruit dan roasted green tea. Kak Didi ambil ikan tempura, ayam, roti ngan air jus oren.

Kat depan cafe ada vending machine aiskrim dan air.

Lepas makan, mula sesi orientasi tentang masyarakat, kebudayaan, ekonomi, dan politik Jepun.

Sesi orientasi berhenti rehat jam 11:30 pagi dan sambung semula jam 1:00 petang. Oleh kerana Mrs Jay tak lapar lagi, skip makan tengahari. Program tamat kira-kira 5:00 petang. Lepas tu kami dibawa oleh wakil JICA ke bank SMBC di Hatagaya Station untuk pengeluaran duit. Esok kami akan ke Komagane dan disana takde bank SMBC ni, sebab tu kena keluar duit sekarang.

Lepas balik ke bilik, Mrs Jay rehat dan turun makan dinner kat cafe. Menu Kak Faza ambil set dinner dengan beef, manakala Mrs Jay ambil set dengan ayam. Harga satu set adalah 700 yen. Tambah ekstra kentang goreng berharga 110 yen sebab nak habiskan duit dalam meal card. Kalau tak habiskan nanti burn je duit tu.

Lepas makan, kitorang gi basuh baju guna kemudahan mesin basuh free kat JICA ni. Jam 8:30 malam Kak Faza ajak gi tengok Statue of Liberty kat Jepun. Kami cuma berpandukan arah dari Wani ngan Aini je sebab diorang dah pergi semalam.

Dari Hatagaya Station melalui Keio Line, tukar train di Shinjuku Station ke Oedo Line terus ke Shiodome Station. Dah sampai, berpusing-pusing la Mrs Jay dan Kak Faza cari Statue of Liberty tu tapi tak jumpa lak. Lepas sejam, baru dapat mesej dari Wani mengatakan yang kami perlu ambil monorail ke Daiba Station. Dah lewat sangat kalau kami nak cari jugak Statue tu malam ni, jadi terpaksa lah patah balik. Sebelum balik singgah di Family Mart dan beli dorayaki....sedap tau!!
ni la stesyen monorail untuk ke Daiba
dorayaki yang sangat sedap

Penat je keluar tapi tak dapat jumpa apa yang nak tengok tadi. Kos tiket train pun dalam 660 yen. Lepas ni perlu berjimat!!

Next: Hari Keempat, Komagane


No comments:

Post a Comment