Hari Jumaat last day kerja, Mrs Jay ke Beaufort. Perjalanan lebih kurang sejam setengah dari Bandar KK. Kami makan sarapan yang disediakan di hotel sebelum bertolak. Hotel murah kan, jam 8:30 pagi banyak makanan dah habis. Takpe la, asalkan ada alas perut. Perjalanan ke Beaufort lebih releks kerana tidak melalui jalan berliku seperti ke Ranau semalam.
Selesai tugasan kerja, dah jam 12.30 tengah hari. Hubby Mrs Jay berhenti untuk solat Jumaat di Kg. Mampagar, Beaufort. Waktu zohor di Sabah awal lebih kurang sejam dari di Semenanjung. Penduduk Islam di kampung ini tidak terlalu ramai, jadi memang masjid tak penuh waktu solat Jumaat. Mrs Jay pula tunggu je dalam kereta sampai hubby habis solat. Segan lak nak solat sorang-sorang, Mrs Jay balik solat di hotel je.
Petang ni Mrs Jay ke Jesselton Point untuk servey harga tiket snorkling di pulau esok. Jesselton Point terletak berhampiran Suria Sabah. Jalan terus je dari Pasar Malam Sinsuran tu hingga ke hujung selekoh.
Harga tiket untuk dua pulau adalah RM33 seorang. Harga peralatan snorkling (google dan life jaket) RM15 seorang.
Selepas beli tiket, En. Hubby ajak makan di jeti. Kena pandai pilih tempat la sebab ada kedai makan yang tak halal disini. Harga makanan di jeti ni paham-paham je la, harga untuk pelancong kan. Tapi sebab lapar dan malas nak cari kedai lain, makan je la..
Malam pula, Mrs Jay ajak hubby ke Tanjung Aru. Disini terkenal dengan jeruk nya. Memandangkan kami dah makan petang, kami hanya jalan-jalan je di tepi pantai. Hari dah malam memang tak nampak apa...huh!
Jeruk Tanjung Aru
Sayap ayam, RM 1.50, murah sikit dari di Tawau
Kemudian, kami ke Pasar Malam Sinsuran lagi untuk sambung jalan-jalan cuci mata tengok makanan bakar. Memandangkan malam ni malam sambutan Hari Kemerdekaan, jalan agak sesak kerana jalan di hadapan Anjung Senja ditutup untuk sambutan.
Lobster ni harganya RM400++
Lepas makan, kami balik ke hotel. Jam 12 tengah malam, Mrs Jay dapat tengok bunga api dari tingkap bilik hotel. Yey!! Mrs Jay dah umo 27 tahun.....
lobster RM400?? adoiii~~~
ReplyDeleteNak wat cmne Willa....mahal giler
ReplyDelete