Yey~~~~ hari Sabtu!!!! Hari ni birthday Mrs Jay. Sebelum balik semenanjung, Mrs Jay nak gi snorkling....seronoknya. Pagi-pagi lagi Mrs Jay ajak hubby siap-siap packing barang sebab lepas snorkling kami nak terus check out hotel. Lepas sarapan, kami terus ke Jesselton Point. Semalam Mrs Jay dah beli tiket untuk gi snorkling kat Pulau Manukan dan Pulau Sapi. RM33 seorang untuk 2 pulau tambah harga alatan snorkling RM15 seorang.
Sampai kat kaunter, kitorang amik la tiket rasmi dan buat bayaran RM7.20 seorang (untuk servis charge kot). Tapi pekerja tu maklumkan bot transit ke Pulau Sapi hanya akan bermula jam 12:00 tengah hari. Alamak!!! bila lak nak balik check out hotel ni. Kalau keluar lewat kena charge RM100 lagi. Jadi, kami buat keputusan untuk snorkling kat Pulau Manukan je. Kul 12:00 leh balik ke darat. Dapat lah balik RM20 sebab harga untuk ke satu pulau je adalah RM23 seorang.
Lepas settlekan tiket, Mrs Jay dan hubby pun terus ambil peralatan snorkling dan terus ke bot yang dah siap menunggu. Off we go ke Pulau Manukan!!!
dah sampai jeti Pulau Manukan
Memandangkan bot kami adalah yang pertama tiba, dapat la menikmati pemandangan indah Pulau Manukan tanpa gangguan. Masa nak masuk ke pulau, kami dikenakan bayaran masuk RM3 seorang (bayar sekali je walaupun pergi lebih dari satu pulau).
Bila dah masuk pulau, baru lah Mrs Jay tau ada banyak rumah penginapan kat atas pulau-pulau kat sini.
Mrs Jay dan hubby pusing satu pulau dulu sebelum start snorkling. Pagi-pagi ni, pekerja-pekerja kat pulau sibuk membersihkan rumpai laut yang dibawa ombak ke darat.
air laut yang jernih...
rumpai laut dibawa ombak sepanjang pantai
Apa lagi, snorkling time!!!!!
nampak lak janggut En. Hubby
ikan tengah berebut roti
pemandangan gunung Kinabalu dari Pulau Manukan
Dah kul 12, kami balik ke hotel. Bergambar dulu sebelum balik
Lepas check out, kami ke rumah kawan Mrs Jay di Beverly Hills Apartment Fasa 2, menziarah sempena hari raya dan melawat baby kawan Mrs Jay tu. Perut pun dah lapar, kami makan di Anjung Senja, tapi masakan kat kedai yang Mrs Jay makan ni tak berapa sedap lak (potong selera betul la!!). Dah asar, kami solat di Masjid Negeri Sabah.
En. Hubby teringin nak makan pisang goreng cheese sebelum balik semenanjung. Jadi, kami kembali ke Anjung Senja, mencari pisang goreng cheese. Mrs Jay baru tahu yang perkataan sanggar cuma digunakan oleh orang bugis (banyak di Tawau), di KK orang masih menggunakan perkataan pisang goreng. Cuma terdapat dua gerai saja di Anjung Senja yang menjual pisang goreng cheese ni, gerai No.3 dan gerai No.10. Kami dah cuba pisang goreng cheese di gerai No.3 pada Khamis lepas, kali ni cuba pisang goreng cheese bercoklat di gerai No.10 pula.
En. Hubby tapau pisang goreng cheese dan pisang goreng cheese bercoklat untuk dibawa ke Tanjung Aru. Hari dah menjelang senja, kami menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam di pantai Tanjung Aru.
Jam 7:00 malam, kami pulangkan kereta sewa di airport. Tapi pihak MAS menghantar SMS kepada kami memaklumkan bahawa penerbangan kami ditunda ke jam 9:15 malam. Alamak!!! lama nyer kena tunggu. Pukul berapa baru nak sampai rumah ni???? Terpaksa la kami menapak kat KKIA ni sampai waktu berlepas. Kami tiba di KLIA jam 11:40 malam dan sampai rumah jam 1:00 pagi. Letih....nak tdo~~~
No comments:
Post a Comment