Tuesday 4 February 2014

Beijing Trip (Hari 6)

Previous: Beijing Trip (Hari 5)

Alhamdulillah, dah sampai masa menuju ke airport. Masa ni lah nak packing barang yang dibeli, sumbat dalam luggage.
Iye hantar sampai sini je. Pandai-pandailah masuk sendiri ye.

Kami terpaksa solat di kawasan terbuka di airport ni sebab takde surau kat sini. Masa nak ambil air sembahyang kat airport pun agak susah sebab tukang cuci tu marah bila kitorang basuh kaki kat sinki. Maklumlah, basah kawasan toilet tu disebabkan masing-masing nak ambil air sembahyang. Mrs Jay solat kat belakang tiang je. Tu pun ramai orang-orang kat sini yang dok perhati je sebab diorang pelik tengok orang Islam solat kat airport.
check in luggage

Sebelum terlupa, kat airport Beijing ni, pemeriksaan luggage dia agak ketat. Barang elektronik termasuk power bank, handphone dan barang berbateri tak boleh masuk luggage. Nanti alarm scanner tu akan berbunyi. Lighter pun tak boleh. Pandrive dan magnet fridge Mrs Jay tak pasti lak. Lebih baik bawak hand carry je. Satu lagi yang paling penting, power bank adalah dihadkan setiap seorang hanya boleh membawa HANYA DUA POWER BANK SAHAJA. Sekiranya lebih, memang kena sedekahkan je la kat kastam dia. Korang tengok je la power bank korang kena campak je kat tempat kumpul barang kastam diorang. Kalau dah terbeli lebih tu, sila la pas-paskan kat kawan-kawan lain untuk bawakkan.

menunggu waktu berlepas
dah boleh masuk flight
takde TV....sedihnya

En. Hubby dah beli siap-siap air Minute Maid kat airport sebab tak nak beli yang dalam flight, mahal sangat. Kat kedai di airport ni cuma 4 ke 5 yuen je harganya. Kat vending machine pun ada jual gak.
cantik plastik ni, tapi last-last jadi beg muntah En. Hubby

Sepanjang penerbangan balik ni, En. Hubby tak boleh tidur sebab asyik muntah je. Ni mesti sebab dia makan pulut manisan yang beli kat pasaraya siang tadi. Berangin la satu badan. Dah tu makan betul-betul sebelum check-in luggage tadi. Lepas dia guna beg cantik tu untuk muntah, Mrs Jay terus mintak beg muntah banyak-banyak kat peramugari Air Asia X ni. Kesian En. Hubby....sampai Malaysia je lembik semacam sebab muntah sepanjang malam sampai pagi. Dalam 8.30 pagi baru landing. Rindunya Malaysia!!!


Beijing Trip (Hari 5)

Previous: Beijing Trip (Hari 4 - part 2)

10 Disember 2014, sudah sampai hari terakhir di Beijing. Malam nanti (pagi nanti) kami akan bertolak balik ke Malaysia. Jadi, pagi ni kena check out hotel siap-siap. Lepas masukkan luggage dalam bas, kami posing-posing la depan hotel di hari terakhir ni sementara tunggu pekerja hotel check bilik kami. Memeng kena check la, kot-kot ada barang tertinggal atau terbawak balik Malaysia. Kang susah lak nak hantar balik Beijing.
kenangan terakhir depan Ming Du Hotel

Destinasi shopping pertama hari ni adalah di Hong Qiao Pearl Market. Jom tengok apa ada kat dalam.

Kemudian, kami bergerak ke Niujie Mosque untuk menunaikan solat.
apakah??

Oleh kerana belum masuk waktu solat, kami berjalan-jalan di pasaraya yang terletak tak jauh dari masjid.
buah bersalut madu....yumm
apa tah macam pulut dengan manisan ni...En. Hubby beli satu

Dah masuk waktu Zohor, kami balik ke Niujie Mosque untuk solat. Masjid ni agak pelik sikit sebab tempat solatnya agak jauh kedalam. Macam masuk puzzle lak masa nak cari tempat solat.
depan sikit baru jumpa tempat solat wanita
baru sampai. sila tutup aurat ye...
ni ruang solat wanita
tempat berwudhuk
dalam tempat solat wanita
kerusi untuk solat duduk

Lepas solat, kami dibawa makan tengahari di Xinjiang Muslim Restaurant
ada keretapi juga...
diorang tak bagi wifi pun sebenarnya....dah mintak pun tak boleh

Seterusnya kami dibawa shopping ke Silk Street. Barang-barang kat sini jauh lebih mahal dari Yashow Market atau Hong Qiao Pearl Market. Mungkin kerana kedai atau kiosknya sangat eksklusif. Peniaga disini pun agak kurang mesra. Jika kita minta tawar harga pun, kalau dia rasa terlalu murah, peniaga kat sini akan kata tak boleh atau ambil barang tu letak balik kat rak dia. Paling teruk, boleh kena halau keluar kedai!! Kalau di Yashow, bila kita taknak beli sebab harga terlalu mahal, peniaga akan panggil balik kita dan bagi murah walaupun kita dah jalan jauh dari kedai dia. Kalau kat Silk Street ni memang tak la....diorang akan biar je korang bla kalau tak dapat harga murah.
depan Silk Street
kaunter khidmat pelanggan
pelukis pun ada

Ramai yang memang tak beli apa-apa di Silk Market ni sebab tak boleh tawar harga sangat. Last-last kami balik ke Yashow market untuk shopping barang yang tak beli lagi, terutama power bank. Kemudian, makan kat food court kat tingkat 5 tu sebelum bertolak ke airport.