Thursday 29 August 2013

Perjalanan ke Tawau (Hari 2)

Previous: Perjalanan ke Tawau (Hari 1)

Isnin, dah start keje. Tapi hari ni Mrs Jay akan ke Felda Umas atas urusan kerja disana. Dari bandar Tawau mengambil masa sejam lebih menghala ke Merotai. Jalan raya di sana agak horror sikit la (maaf ye orang Tawau) mungkin sebab banyak kenderaan berat. Sampai di Felda Umas, kereta sewa Mrs Jay dah jadi macam kereta rally...huh!! Tengah hari, selepas habis kerja, Mrs Jay singgah makan di Kedai Maskur di Merotai Besar. Kedai Maskur memang terkenal dengan sup nya. Hajat dihati nak makan sup payau lagi, tapi malangya pekerja kedai Maskur kata sup payau memang tak dijual disana. Pelik juga sebab Mrs Jay dah survey kat blog, memang ada sup payau dijual di kedai Maskur, penduduk tempatan pun ada beritahu, tapi malangnya memang takde. Mungkin dah stop sebab bukan senang nak dapat daging rusa kat sini sebab rusa haiwan yang dikawal. Mrs Jay tengok, kedai Maskur ni dah ada 4 cawangan di sekitar Tawau. Tak pasti cawangan nya ada sup payau ke tak... Mrs Jay dan hubby order Nasi Kuning, sup urat keting dan telur dadar je. Air bandung cincau dan milo cincau. Unik kan milo cincau...hehe





Selepas solat jamak di hotel, Mrs Jay ke Kg. Wakuba, tak jauh dari airport Tawau, setelah habis kerja, Mrs Jay ke Semporna pula, kira-kira satu jam 15 minit dari airport. Sampai di Semporna, mencari-cari Kg. Air, hari sudah pun Maghrib. Malang sedikit nasib kami sebab orang yang kami nak jumpa berada di Tawau. Bukan tak buat appointment, tapi kami baru dapat tau dia sudah bertukar nombor telefon. Aduh!!! tertangguh kerja Mrs Jay. Nasib la keluarga nya ada untuk melayan kami. Kalau ada kesempatan, esok kami akan kembali ke Semporna untuk siapkan kerja semula. Perjalanan dari Semporna ke Tawau mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Sebelum balik ke hotel, kami singgah makan di Wakaf Thai, kawasan berhampiran bulatan Jalan Persisiran. Semasa di Semporna tadi, ada juga nampak kedai Wakaf Thai ni, mungkin cawangan di sana.


gambar tak jelas pula...

Next: Perjalanan ke Tawau (Hari 3)

Perjalanan ke Tawau (Hari 1)

Dah lebih 2 tahun Mrs Jay tak menjejakkan kaki ke Tawau. Pagi ni Mrs Jay dan hubby bangun seawal jam 4.30 pagi dan bersiap-siap untuk ke airport. Malas nyer Mrs Jay nak bangun, maklumlah tidur lewat sebab mengemaskan barang-barang untuk ke Tawau ni. Mujur lah Mrs Jay dah kemas kebanyakan benda petang semalam lagi.

Limo sampai kat depan rumah jam 5.20 pagi. Lama tak jumpa Abg Zack, pemandu limo yang dah jadi pemandu tetap yang pick up Mrs Jay ke airport sejak setahun dua ni. Walaupun umur Abg Zack dah mencecah 58 tahun, tapi Mrs Jay memang tabik sebab dia masih sihat dan boleh memandu dengan cermat. Maklum lah, dah jadi pemandu teksi berpuluh-puluh tahun. Mrs Jay sampai di KLIA lebih kurang jam 6 pagi. Ingatkan pagi-pagi tak ramai orang, rupa-rupanya dekat 40 minit gak la Mrs Jay beratur menunggu giliran nak check in luggage....huh!!

Flight berlepas pada jam 7:25 pagi dan tiba di Tawau jam 10:15 pagi. En. Hubby sangat excited sebab ini lah kali pertama dia menaiki kapal terbang. Mrs Jay sengaja book kan seat sebelah tingkap untuk dia lihat suasana di luar kapal terbang, tapi nasib kurang baik sebab Boeing-400 ni tidak mempunyai tingkap pada seat ke-7, jadi terpaksa lah menumpang tingkap dari seat ke-6. Kitorang cuma gelak-gelak bila penumpang seat ke-6 tutup separuh tingkap kerana nak tidur. Nasib...nasib.... Penumpang sebelah Mrs Jay (seorang Mat Saleh) dah tidur sebaik sahaja pesawat mula bergerak. Bila dah landing, hubby Mrs Jay terus hulur tangan dan berkenalan dengan Mat Saleh tu. Mesra alam kan hubby Mrs Jay...hehe. Namanya Jasper dari Denmark, berumur 21 tahun dan datang ke Tawau untuk diving di Semporna.


Lautan awan, 24000 kaki dari aras laut

Setelah ambil luggage, kami terus berjumpa agen sewa kereta di depan airport. Kalau mengikut perancangan, kami akan sewa Proton Saga FLX dengan harga RM150 (agak mahal sebab ambik quotation by syarikat), tapi disebabkan penyewa kereta sebelum kami mintak lanjutkan lagi satu hari, agen tu ganti dengan kereta Honda City pada harga yang sama. Untung kan...sebab kalau ikut harga sebenar, Honda City disewa dengan harga RM350 sehari. En. Hubby kata merasa la naik kereta mahal....Kami terus check in dan berehat di Promenade Hotel di bandar Tawau, setengah jam perjalanan dari airport Tawau.


Petang hari pertama, kami bercadang untuk makan makanan Sabah. Memandangkan ini kali pertama drive sendiri, kami berpusing-pusing jugak la sekitar Tawau untuk cari tempat makan. Sebelum ni, Mrs Jay dah survey blog blogger yang pernah ke Sabah, jadi ada la tempat-tempat makan tertentu yang Mrs Jay target nak datang. Penat dah berpusing-pusing bandar Tawau, tapi tak jumpa gak tempat yang nak dicari. Last-last kami berhenti je kat kedai makan yang kami rasa Halal. Tawau Kopitiam, atau Kedai Nasi Ayam Antarabangsa, terletak tak jauh dari King Park Hotel. Menu, nasi goreng lalap ayam (en.hubby order nasi goreng lalap ikan) dan sanggar cheese atau pisang goreng berkeju. Memang sedap rupanya sanggar cheese ni (tertakluk pada tekak masing-masing), memang Mrs Jay teringin sangat nak makan sebelum ni bila baca dari blog orang lain. Nasi lalap pulak, orang kata ikut sambal dia, kalau sambal sedap, maka sedap lah nasik lalap tu. Bagi Mrs Jay, kedai ni sambal nasi lalap dia biasa je...ok la






Hari pun dah petang, Mrs Jay takde perancangan nak ke mana-mana, jadi kami berehat di hotel sahaja. Hubby Mrs Jay perlu rehat secukupnya sebab esok nak drive jauh teman Mrs Jay gi wat keje...hehehe. Jam 6 petang di Tawau hari dah mula gelap. Maghrib masuk lebih kurang 6:20 petang dan Isyak jam 7:30 malam. Selepas solat Isyak, Mrs Jay dan hubby meronda untuk makan malam pula. Kami ke Pasar Gatung untuk cuci mata, tapi jam 9:00 banyak kedai yang dah tutup. Keadaan tempat di Pasar Gantung ni lebih kurang macam uptown di Semenanjung, nama diambil sempena banyak barang-barang jualan digantung. Mrs Jay tak beli barang-barang pun, cuma mencari Sayap Ayam yang memang terkenal di sini. Terdapat beberapa belas kedai menjual sayap ayam, terletak bersebelahan antara satu sama lain sampai tak tahu nak beli di kedai yang mana. Tapi Mrs Jay beli di kedai Sayap Ayam Lelek kerana pernah terbaca di blog. Sayap ayam ni disertakan sekali dengan sambal kicap. En. Hubby kata sambal kicap ni memang sedap kerana walaupun pedas, tapi terasa limau nya. Sambalnya pun unik kerana tidak cair dan tidak terlalu pekat. 



Setelah bertanya pada penduduk tempatan, barulah kami jumpa kawasan makan yang dipanggil Gerai Atap Biru. Sekarang, atapnya dah banyak kali bertukar warna, tapi nama Atap Biru masih kekal sampai sekarang. Dah tawaf satu Atap Biru, kami ambil keputusan untuk makan di Kedai 101 Seafood, sebuah kedai seafood Cina Muslim (baru yakin Halal nya). En. Hubby kata, ratah lauk je sebab tak larat nak makan nasik lagi. Kali pertama cuba Sup Payau (sup rusa), En. Hubby terus jatuh hati kerana memang sup payau di kedai ni sangat-sangat sedap. Daging payau lembut, sup halia nya cukup rasa dan tak berbau hanyir pun. Mrs Jay order siput kahanga sebab tak pernah jumpa di semenanjung, dan udang goreng tepung sebagai tambahan.





Balik hotel, perut sudah kenyang, mata sudah layu....apa lagi, tidur la~~~

Next: Perjalanan ke Tawau (Hari 2)

Friday 23 August 2013

Preparation ke Sabah

Minggu depan Mrs Jay akan ke Sabah atas urusan kerja. Memandangkan ofismate Mrs Jay juga masing-masing keluar outstation, Mrs Jay takde teman nak bawak ke Sabah. Maklum la, tak berani nak ke tempat orang jauh-jauh ni sorang-sorang. Jadi Mrs Jay ambil keputusan untuk bawak hubby Mrs Jay untuk temankan. Terpaksalah En. Hubby mengambil cuti seminggu bagi menemankan Mrs Jay (sebenarnya nak suruh dia jadi driver je sebab Mrs Jay tak reti drive kat tempat orang....hehehe). Mrs Jay terpaksa la jugak mengeluarkan fulus sendiri sebab tak kan la nak suruh company Mrs Jay bayarkan pulak kan.

So, kena la buat preparation secukupnya untuk travel seminggu di Sabah ni. Tiket En. Hubby beli kat Putrajaya je sebab lebih dekat dari KLIA. Awalnya, Mrs Jay nak beli tiket online je sebab lebih murah dan tak kena fee RM 30 untuk surcharge di kaunter. Tapi, memandangkan dalam akaun Mrs Jay tak cukup fulus, dengan baik hatinya hubby Mrs Jay menawarkan fulusnya sendiri secara tunai untuk pembelian tiket. Lagipun nak beli tiket untuk dia jugak kan. Tiket Mrs Jay? Of course la company yang belikan, siap dengan limo lagi. Kelas kau jah... (macam iklan Ribena lak). Mrs jay cari tiket paling murah dari KL ke Tawau, Tawau ke KK, dan KK ke KL. Kebetulan jugak, MAS ada buat promosi sebulan dua ni, jadi dapat la tiket untuk tiga perjalanan ni dengan harga RM 390 tambah surcharge RM 30 untuk pembelian di kaunter, total RM 420 untuk tiga tiket.




Kenapa Mrs Jay tak beli tiket Air Asia? Memang tiket Air Asia lebih murah berbanding MAS, tapi company Mrs Jay memang akan beli tiket MAS untuk staf-staf dia. Tak kan la Mrs Jay naik MAS, En. Hubby naik Air Asia kot...mesti la nak naik flight yang sama, duduk sebelah-sebelah kan. Lagipun, flight MAS kebanyakannya di KLIA, so boleh la pergi balik naik limo kan~~~ Untuk transport di Sabah, Mrs Jay da book siap-siap dengan agen kenderaan kat sana.

Transport dah settle, Mrs Jay pun dah siapkan dokumen-dokumen berkaitan (untuk kerja). So, sekarang Mrs Jay perlu packing barang-barang yang diperlukan. Luggage kompem kena bawak dua, GPS untuk memudahkan En. Hubby memandu semasa di Sabah, kamera untuk tujuan kerja (dan sambil-sambil untuk bercuti), toiletries seperti berus gigi dan ubat gigi perlu, yang lain seperti sabun, syampu, dan tuala ada disediakan di hotel. Hotel pun company dah book kan, so tak perlu susah-susah nak cari. Pakaian pastikan cukup untuk seminggu di sana. En. hubby ingatkan untuk bawak passport sekali kerana kalau tak bawak, kita perlu gunakan resit kemasukan di imegresen Sabah. Resit tu cuma sehelai kertas kecil, jadi ada kemungkinan boleh hilang. Orang kata, kalau resit tu hilang, kita tak boleh keluar dari Sabah, betul ke? Untuk safety, sila la bawak passport je.

Everything is ready.....yey!!! Pagi ni, Mrs Jay dah check in flight. Tiket Mrs Jay akan print masa check in luggage di KLIA nanti.

Wednesday 21 August 2013

My First Blog

Alhamdulillah, akhirnya wujud gak blog milik Mrs Jay ni ye. Setelah 2 tahun create profile, ni la baru pertama kali Mrs Jay menulis di blog ni. Dari status Miss smpai la jadi Mrs baru la ada courage nak menaip...hahaha (gelak tak ikhlas). Kalau blog ni sebuah kotak, kompem da bersawang atau kena makan anai-anai kan...huh!

Dulu masa mula-mula register kat blogspot ni memang tak terfikir pun nak bercerita tentang apa (walau pun slalu berangan nak jadi blogger). Tapi kali ni kira azam lepas bulan Syawal la, baru berjaya merealisasikan impian zaman muda-muda dulu.

Untuk blog pertama Mrs Jay, mungkin Mrs Jay cuma introduce sikit tentang Mrs Jay (sebenarnya belum ada ilham nak cerita tentang apa) huh... Mrs Jay seorang wanita yang dah berkahwin, baru seorang..hehe, dan belum ada anak lagi. Umur Mrs Jay akan genap 27 pada 31 Ogos 2013 ni. Tinggal berapa hari je lagi dari tarikh Mrs Jay menulis blog ni. Sekarang menetap di rumah hubby di Puchong dan bekerja di Shah Alam. Rasanya itu sahaja la kot yang penting-penting. Nombor telepon tu kompem la xleh post kat sini kan...

Apapun harap rakan-rakan blogger (dan pembaca) akan memberi sokongan kepada Mrs Jay untuk terus menjadi penulis blog yang bersemangat!! weee~~~