Monday 8 June 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA

Sabtu lepas, Mrs Jay ajak En. Hubby jalan-jalan kat Mitsui Outlet Park, KLIA. Tempat ni baru je bukak bulan lepas kot. Nak jugak tengok apa yang menarik kat sini. Daripada apa yang Mrs Jay dengar, tempat ni banyak menjual pakaian branded yang dah out of season. Maksudnya, barang branded yang masih elok, tapi belum habis dijual sebab dah ada keluar model atau design baru. Lebih kurang macam tu lah ikut fahaman Mrs Jay. Tapi sejauh mana kebenarannya, kena tengok la sendiri.
dari highway KLIA

Nak masuk ke sini lalu dari bulatan (tak jauh dari Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA), hala ke Lebuhraya KLIA Extension, nanti depan sikit ada simpang masuk ke Mitsui. Kalau guna GPS, kena tengok sikit sebab takut dia tunjuk jalan dalam ke ladang kelapa sawit. Kalau ikut situ, memang tak sampai la ke Mitsui kan.

Parking kat sini (weekend) adalah RM2 untuk sejam pertama. Jam seterusnya Mrs Jay tak ingat lak. Parking memang banyak, tapi manusia yang datang lagi ramai. Memandangkan tempat ni baru lagi, masih banyak (hampir separuh) kedai yang belum bukak lagi. Kedai-kedai yang dah bukak pulak buat promosi ada yang sampai 70%. Tapi faham la kan, barang branded harga dia ratus-ratus. Kalau promosi 70% pun, masih ada yang cecah ratus jugak harganya...hahaha. Ada jugak la barang yang affordable untuk golongan sederhana macam Mrs Jay ni.

Kalau tengok direktori dia pun, masih banyak label "Opening Soon".

Sebahagian kedai menghadkan bilangan pelanggan yang masuk ke kedai mereka. Tapi, Mrs Jay tengok orang yang beratur kat kedai Nike macam orang beratur nak beli tiket wayang. Diorang ni sanggup kan beratur panjang semata-mata nak beli barang branded. Secara keseluruhannya, pandangan peribadi Mrs Jay, Mitsui ni macam JPO je. 
yang ni aiskrim buah yang dimasukkan dalam kulit buah-buahan
Beryl's Cafe

Mrs Jay tak beli apa-apa pun, saje je jalan-jalan cuci mata kat sini. Tak sampai sejam pun, pastu balik. Bagi penggemar barang branded, tak perlu la turun ke JPO lepas ni. Kat Sepang pun dah boleh cari. Mungkin lebih baik datang bila semua kedai dah bukak nanti. Lebih banyak pilihan. Apa pun, siapa yang berkelapangan boleh je datang survey harga dulu.

Wednesday 3 June 2015

Pantai Tanjung Piai, Pulau Indah

Cuti weekend yang lepas, Mrs Jay balik ke rumah mertua di Pulau Indah. Rumah tu cuma dihuni sekali sekala je oleh mertua sebab sekarang mereka masih menetap di Puchong. Khabarnya lepas ayah mertua pencen nanti, barulah mereka nak pindah ke sini. Asalnya, kami balik kampung sebab Mak Lang nak buat kenduri tahlil malam Sabtu. Jadi, malam tu tidur je lah kat rumah mertua.

Pagi lepas kenduri, mak mertua ada mesyuarat koperasi dengan ahli keluarga yang lain. Kami adik beradik ipar ni tak tau nak buat apa kat rumah, jadi tetiba je entah siapa yang cadangkan untuk ke pantai. Di Pulau Indah ni ada satu pantai yang tak berapa terkenal. Penduduk setempat panggil Pantai Acheh. Tapi, nama sebenar pantai ni adalah Pantai Tanjung Piai. Nak pergi ke pantai ni pun kena lalu satu jalan merentasi padang. Rasanya, kalau pakai kereta lowered ni memang konfirm sangkut, jadi sebaiknya pakai kereta 4-wheel drive...hehehe. Kalau nak tanya kat pakcik Google, taip Pantai Acheh baru jumpa.

Ni kali pertama kitorang adik-beradik datang ke sini. Sebelum ni ada jugak la diorang mencari, tapi tak jumpa sebab susah sebenarnya nak sampai ke sini. Tambahan pula, line internet dan GPS agak terhad kat sini. Nak masuk ke pantai ni pun, kami agak ragu-ragu sebab memang takde sign board. Lalu pulak kat kawasan Jabatan Laut lah, kilang besar lah, kawasan kontena lah...jadi macam tak percaya memang itu jalannya. Bila nampak penduduk tempatan naik motor je ke sana, barulah yakin.

Maka, ber'picnic'lah kami adik-beradik kat Pantai Tanjung Piai ni. Pantainya kecik je dan masih belum tercemar. Cuma yang menjadikannya tercemar bila ada anjing liar yang menghuni kat pantai ni dan meninggalkan 'hasil' ditepi pantai. Mulanya, kami ingatkan anjing tu kepunyaan penduduk orang asli yang tinggal sekitar kawasan ni, tapi bila ditanya kepada orang yang bukak kedai kat situ, itu bukan anjing mereka.

Kat sini takde kedai jual makanan. Cuma air tin dan pakaian bundle je yang dijual. Kebanyakan orang yang datang membawa bekalan makanan sendiri. Memandangkan kami datang mengejut, kami cuma sempat singgah beli kuih je dalam perjalanan ke sini tadi.

Hampir tengahari, barulah kami berangkat pulang ke rumah. Masa lintas kawasan padang, kami berhenti kejap melihat aktiviti paragliding / paramotor yang dijalankan kat sini. Pagi tadi memang nampak dah, tapi tak sempat singgah tengok sebab sibuk nak cari pantai.
dah landing, boleh pulak tergolek

Dapatlah kami menyaksikan camane diorang berlepas dan mendarat. Ada sekali, orang tu dah jejak tanah, tapi terpaksa naik semula sebab angin kot. Cubaan mendarat kali kedua barulah selamat, tapi tetiba je motornya tergolek padahal dah turunkan parachute. Masa nak mendarat, En. Hubby siap alihkan kereta sebab takut orang tu terlanggar kitorang.  Macam-macam la diorang ni, tapi nampak macam best je. So, itulah pengalaman Mrs Jay dalam ekspedisi mencari Pantai Tanjung Piai ni....

MEGA TT 2015, PPEOC(M)

Akhirnya...setelah hampir sebulan lepas program berlangsung, barulah Mrs Jay berpeluang nak update kat sini. Bukan sibuk pasal apa pun, cuma semenjak ada hobi baru ni, kadar ke'obses'an Mrs Jay semakin menjadi-jadi. Sejak dari Mrs Jay install aplikasi Manga Rock di henfon, selagi tak habis baca sampai last page komik manga tu, selagi tu tak rasa nak buat kerja lain. Teringat pulak zaman sekolah dulu...dapat je buku Harry Potter yang tebalnya beratus-ratus muka surat tu, makan ngan tidur pun tak lalu selagi tak habis baca dari kulit ke kulit. Nampaknya, tahap obsesi Mrs Jay terhadap buku-buku fiksyen ni masih tinggi lagi rupanya, walaupun umur dah menghampiri 3 series...

Berbalik kepada tajuk asal! Maaf lah dah merapu jauh lak (-_-)

16 Mei lalu, Mrs Jay join aktiviti kelab PPEOC(M) ni. Mega TT bakal dijadikan aktiviti tahunan kelab, bagi mengumpulkan semua ahli kelab serata Malaysia untuk bersantai dan beramah mesra. Tahun ni, Central Region yang organize Mega TT. Lokasi adalah di Taman Botani Negara, Bukit Cerakah, Shah Alam.

Pagi tu, lepas subuh kami semua dah berkumpul di kawasan go-kart berhampiran Stadium Shah Alam. Ahli dari Eastern khabarnya dah bertolak sejak malam tadi. Begitu juga dengan ahli dari Southern dan Northern. Lebih kurang jam 7.30 pagi, kami bertolak ke Taman Botani.

Perjalanan dari Stadium Shah Alam ke Taman Botani perlu melalui dua bulatan besar dan beberapa lampu isyarat. Agak sukar nak berkonvoi (dengan beratus-ratus kereta) tanpa bantuan abang-abang polis trafik. Abang-abang ni lah yang tolong tahan kereta di bulatan dan lampu isyarat untuk kami. Terima kasih lah ye kepada pengguna jalan raya yang lain sebab sabar tunggu kami semua.
dibantu salah seorang abang polis trafik
salah satu teksi yang join PPEOC
Media Crew
dapat shot kereta sendiri...
cenderahati untuk wakil polis trafik

Sampai di Taman Botani, kami parkir di satu kawasan yang dikhaskan, sebelum naik tram yang disediakan pihak Taman Botani menuju ke Taman Haiwan.
tertayang henpon lak...siap cover PPEOC lagi
ruangan pakir
rasa kembali ke zaman sekolah, naik tram

Sampai je kat Taman Haiwan, kami kena berjalan kaki (jauh gak la...) menuju ke kaunter pendaftaran. Entah ceruk mana lah diorang buat aktiviti ni. Belum sampai kaunter pendaftaran dah berpeluh-peluh.
tayang baju Mega TT jap
yang amik gambar tak nak kalah ngan yang diambil gambar

Lepas sarapan kuih yang dibekalkan, dalam jam 9 lebih, barulah program perasmian dimulakan. Aktiviti pertama senam robik. Kemudian, barulah aktiviti utama iaitu Running Man dijalankan. Ada juga aktiviti lain seperti pertandingan makan epal, pertandingan mewarna (kanak-kanak) dan acara rebut kerusi lelaki dan perempuan.
Mr. P (nama manja presiden) merasmikan program
senam robik

Running Man adalah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Ada lapan check point yang mempunyai ujian-ujian tersendiri yang perlu diselesaikan. Markah diberikan mengikut masa yang diambil bagi menyelesaikan setiap ujian yang diberikan. Setiap region dikehendaki menghantar dua kumpulan.
setiap kumpulan kena design bendera masing-masing
dah pecah belon baru boleh mula Running Man
minum sebotol air gas...
...pastu sambung makan sebiji tembikai
acara teka perkataan...abaikan puting baby tu
 nak panggil apa ni? acara cabut stokin?
tiup telur?
cari syiling dalam kolam
amik gula-gula dalam tepung
yang ni, jawab soalan. kalau salah kena pecah telur mentah kat kepala
makan megi kari berapi 3 bungkus
juara rebut kerusi-lelaki

pertandingan makan epal (gambar tu suami isteri ye...jangan salah faham lak)

Lepas Running Man, kitorang lunch dulu. Pastu ada aktiviti bola beracun dan tarik tali.
bola beracun antara kumpulan
tarik tali

Mrs Jay balik lepas aktiviti bola beracun selesai. Tak dan nak tunggu sampai petang sebab En. Hubby ada kursus petang tu. Masa cabutan nombor bertuah pun, Mrs Jay tinggalkan nombor kat kawan. Tu pun kalau betul bertuah la. Tapi memang bertuah jugak la, sebab petang tu kawan Mrs Jay kata nombor tu dapat hadiah payung PPEOC. Hamper yang En. Hubby dapat untuk Running Man pun diorang tolong simpankan.

Apa yang berlaku petang tu Mrs Jay tak tau lah sebab dah balik kan. Tapi, sepanjang program ni, memang happening la. Lagipun, diorang semua memang peramah, walaupun ada yang baru je nak kenal sesama sendiri. Enjoy betul tengok gelagat diorang masa buat aktiviti sepanjang hari ni. Oleh kerana group Southern yang menang keseluruhan, tahun depan Mega TT akan buat kat selatan lah pulak. Tak sabar nak tunggu!!
muka Mrs Jay separuh je...hampeh
Kosmo, 6 Jun 2015