Monday, 2 September 2013

Perjalanan ke Kota Kinabalu (Hari 5)

Previous: Perjalanan ke Tawau dan Kota Kinabalu (Hari 4)

Hari ke-5 di Sabah, Mrs Jay akan ke Ranau. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang dua jam melalui Tuaran dan melintasi pesisir Gunung Kinabalu. Kalau tak disebabkan kerja, mau Mrs Jay melencong ke tempat-tempat menarik sekitar Tamparuli, Kundasang dan Ranau. Antara tempat-tempat menarik yang Mrs Jay servay adalah seperti Kinabalu Park, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Poring Hot Spring, Desa Cattle dan Fish Massage, Kg. Luanti.

Pemandangan pagi di sekitar Gunung Kinabalu sangat cantik. Kabus pun belum banyak lagi menutupi gunung. En. Hubby terus je tutup aircond dan buka tingkap kereta sepanjang perjalanan. Dingin pagi lebih sejuk dari aircond dalam kereta. Semasa lalu di kawasan gunung, keadaan jalan agak kabur dengan kabus pagi, dah macam lalu atas awan lak.


Pemandangan Gunung Kinabalu...


Sampai di Ranau, Mrs Jay pun menjalankan kerja-kerja Mrs Jay. Kemudian, kami bersarapan di Lohan Rest House, sebuah tempat makan yang dibina sekali dengan rumah tumpangan.

Setelah selesai tugas, Mrs Jay pun bertolak balik ke KK. Memandangkan hari masih awal lagi, hubby Mrs Jay ajak singgah ke tempat-tempat menarik yang Mrs Jay nyatakan kat atas tadi. Tapi, hujan turun renyai-renyai, hajat untuk ke Poring Hot Spring dan Fish Massage terpaksa ditunda kerana keadaan hujan mungkin tak sesuai untuk menjalankan aktiviti terbuka macam tu. Semasa sampai di Kundasang, hujan pun dah berhenti, kami singgah ke ladang ternakan lembu Desa Cattle. Nak ke sini, perlu memandu turun ke bawah bukit dari simpang empat Kundasang, kemudian naik semula keatas bukit hingga jumpa sign board macam ni...


Tiket masuk adalah RM4 seorang (dewasa). 


Memang seperti yang Mrs Jay baca sebelum ni, suasana dan pemandangan di Desa Cattle memang seperti New Zealand. 


En. Hubby posing di batu besar...

Kedai jualan susu segar dan aiskrim di dalam Desa Cattle. Terdapat juga jualan baju, topi, key chain dan magnet fridge Desa Cattle.

Lembu-lembu kat sini macam tau je hari dah petang, pandai beratur sendiri balik ke kandang. Memandangkan masa memberi makan dan perah susu adalah jam 3:00 petang, kami tak nak menunggu lebih lama kerana En. Hubby nak ke Kinabalu Park pulak.



Kinabalu Park terletak tak jauh dari Kundasang, betul-betul di tepi jalan. Tiket masuk RM3 seorang (dewasa).

Kami tak mendaki pun, cuma naik kereta hingga ke tempat paling atas yang boleh dinaiki kereta.

Hari pun dah lewat petang, kami meneruskan perjalanan balik ke Bandar KK. Semasa sampai di Tamparuli, kami jumpa sign board ni kat tepi jalan, jadi kami pun singgah.


Tiket rumah terbalik ni berharga RM10 seorang (dewasa) agak mahal la Mrs Jay rasa. Kat dalam pun bukan ada apa sangat. Gambar cuma dibenarkan untuk ambil di luar rumah terbalik je. Pekerja di rumah terbalik ni kata, kalau ada pelawat mengambil gambar dalam rumah, mereka boleh dibuang kerja. Tokey cina la katakan. Ini adalah rumah terbalik ke-5 di dunia, dan yang pertama di Asia Tenggara.


Garaj terbalik....

Garden terbalik...

Tandas terbalik...

Sudah habis semua benda terbalik, kami pun balik.....hehehe. Malam ni kami ke Pasar Malam Sinsuran lagi untuk makan malam, tentunya seafood....nyumm. Kami makan di Gerai Sri Samudera, terletak di tengah-tengah antara pasar basah dan pasar makanan. Harga makanan seafood sangat murah berbanding di Semenanjung. Seafood nya pun besar dan fresh lagi...


Ketam bakau dan ketam nipah masak sambal....baru RM20 siap masak. Isinya pun banyak.

Kerapu bara masak stim, ikan yang warna merah kat gambar atas tadi. Harga RM15 siap masak.


Alhamdulillah....kenyang. Mata pun dah mengantuk. Esok sambung kerja dan makan-makan lagi. Memang fail diet Mrs Jay. Baru je turun 7 kilo dari puasa ritu...

Next: Perjalanan ke Kota Kinabalu (Hari 6)

No comments:

Post a Comment