Saturday, 19 December 2015

Mochi Sweetie

19 Dis 2015

Seminggu kebelakangan ni, Mrs Jay rasa nak makan mochi lak. Ni mesti gara-gara terpengaruh masa tengok kartun anime baru-baru ni. Rasanya kali pertama Mrs Jay jumpa kuih mochi ni masa tinggal dengan keluarga Takeuchi kat Komagane, Jepun dua tahun lepas. Masa tu tak la teringin sangat nak makan makanan Jepun ni. Lagipun tak tau status halal makanan kat sana.
yang ni dango bijan hitam, sejenis mochi jugak
ni 'shio mame daifuku' (daifuku kacang masin) daifuku adalah sejenis mochi
ni 'yomogi daifuku', yomogi sejenis tumbuhan

Hari ni Mrs Jay ke Mid Valley nak cari kedai 'Aka-chan no hoppe'. Mrs Jay pernah baca kat blog orang beli mochi kat sini. Cari punya cari, tak jumpa lak. Bila tengok balik, rupanya kedai ni dah takde lagi kat sini. Dah tutup agaknya. Jadi Mrs Jay ke The Gardens Mall pulak (sebelah Mid Valley) sebab rasanya ada kedai 'Mochi Sweets' kat sini. Malangnya, kat sini pun tak jumpa gak kedainya, mungkin dah tutup jugak. Penat dah berjalan tapi tak dapat gak mochi. Malas lak nak sambung cari kat Pavillion atau 1 Utama. Last-last balik je lah.

Dalam perjalanan balik, Mrs Jay minta En. Hubby singgah cari mochi kat 7 Eleven atau 99 Speedmart. Mana lah tau kalau jumpa kan. Singgah ke kedai yang ke-3, barulah jumpa mochi brand Sweetie kat 99 Speedmart. Akhirnya berbaloi gak penat berjalan hari ni. Dapat bawak balik mochi yang diidam-idamkan. Yeay! Mrs Jay beli tiga jenis mochi; kacang merah, coklat dan bijan hitam. Lepas ni boleh cari perisa pandan dan mentega pulak.
mochi coklat
mochi bijan hitam
mochi kacang merah

Jumpa lagi next entry....<3<3<3

No comments:

Post a Comment