Wednesday 23 September 2015

Percutian ke Bali (Part 5)

Previous: Percutian ke Bali (Part 4)

Selepas menikmati pemandangan indah Air Terjun Git-git, kami kembali semula ke Bedugul. Destinasi seterusnya adalah Tasik Beratan, salah satu dari tiga tasik terkenal di Bedugul ni. Dua lagi adalah Tasik Buyan dan Tasik Tamblingan. 
cik nyet banyak di tepi-tepi jalan. belakang tu Tasik Buyan. tak nampak dari kereta



Ulun Danu, Tasik Beratan

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami dah sampai ke Tasik Beratan ni. Ulun Danu tu nama pura yang ada kat tasik ni. Tasik ni sebenarnya terletak lebih kurang 800m dari aras laut, betul-betul ditengah Pulau Bali. Tiket masuk adalah 30,000 rupiah seorang, tapi sebab Mas Sabirin yang belikan, dapat harga domestik 10,000 rupiah seorang. Bagus kan dapat supir yang suka tolong kita ni....
pemandangan kat sini cantik

Dari tepi tasik, Mrs Jay boleh nampak satu pemandangan yang sangat cantik dan menenangkan. Angin kat sini sejuk sangat walaupun cuaca agak panas. Kat sini ada juga disediakan bot berbayar, boleh tengok harganya kat bawah. Toilet pun berbayar tau kat sini, 2,000 rupiah kalau tak silap. Dari sini jugak korang boleh nampak masjid terbesar di Bedugul ni kat atas bukit. Tu lah masjid yang Mrs Jay solat subuh pagi tadi. Mas Sobirin kata kat Bedugul ni majoriti adalah Muslim, tak macam kat Kuta lah.
kubah biru tu masjid yang kitorang solat subuh pagi tadi
harga naik bot
boleh nampak masjid dari sini
yang tu buayan ala jongkang-jongkit

Dah penat jalan-jalan kat sini, kitorang lepak jap kat pondok hujung tasik. En. Hubby sempat tidur lagi sambil layan angin sejuk tepi tasik. Dalam pukul 12 tengahari barulah kitorang keluar nak pegi cari makan.


Mentari Restaurant, Bedugul

Mas Sobirin bawak kami makan tak jauh dari Tasik Beratan tadi. Mentari Restaurant namanya, tak jauh dari masjid. Mrs Jay ingat kedai makan biasa, rupanya kedai ni hidangkan makanan secara buffet. Disebabkan takde makanan ala carte, terpaksa gak la kitorang makan buffet tu. Makan je lah banyak mana pun sebab harganya tetap sama.

Rasa makanannya biasa-biasa je. Pilihan pun tak banyak mana. Tapi harganya sampai 120,000 rupiah seorang, kira-kira RM36.72. Itu pun air yang disediakan cuma kopi-o dan teh-o panas. Kalau nak air lain kena bayar lain. Air kosong pun kena bayar tau. So, Mrs Jay tak syorkan sangat korang datang sini.
Mentari Restaurant
ni Mas Sobirin
makanan yang Mrs Jay ambil
bil 240,000 rupiah

Lepas makan, kami terus ke masjid untuk solat jamak Zohor dan Asar. Jalan kaki je sebab tak jauh sangat (tapi kena mendaki anak tangga la...). Masjid ni namanya Masjid Besar Al-Hidayah, masjid yang sama pagi tadi. Dah siang baru lah nampak rupa sebenar masjid ni.

jalan kaki ke masjid
Masjid Besar Al-Hidayah


Sebelum meneruskan perjalanan, Mas Sobirin ajak kami singgah ke Pasar Candi Kuning, di Bedugul ni. Memandangkan Mas Sobirin orang kampung sini, dia parking kereta pun free je. Orang yang kutip duit parkir tu pun kenal dia. Pasar ni adalah pasar Muslim, dan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Disebabkan pasar ni di kawasan tanah tinggi, antara buah yang banyak disini adalah strawberi. Macam Cameron la kan...

Turun je dari kereta, terus je Mas Sobirin ajak kitorang masuk satu kedai ni. Dah macam tak diberi pilihan, kitorang ikut je lah. Lagipun, kebanyakan kedai jual benda yang sama. 
kedai yang Mas Sobirin bawak kitorang
buah markisa, cara makan sedut je
terung Belanda, Mrs Jay first time jumpa

Kami tak lama di pasar tu. En. Hubby beli buah markisa dan avokado. Nak suruh Mrs Jay buat jus avokado katanya. Rupa-rupanya kedai yang kitorang beli buah tadi tu milik kakak kepada Mas Sobirin. Patut lah laju je dia ajak kitorang masuk tadi.

Sebelum ke destinasi terakhir iaitu Tanah Lot, kami singgah ke minimarket Indomart untuk beli air mineral. Tak cukup rupanya kitorang bawak dua botol kecik tu. Nasib baik la tak mahal. Sebotol kecik tu harganya 2,200 rupiah atau tak sampai 70 sen pun.


Ada lagi sejam dua nak sampai, Mrs Jay tidur dulu lah ye..

Next: Percutian ke Bali (Part 6)


No comments:

Post a Comment