Monday 24 March 2014

Tragedi MH370, Hari ke-17

Segala yang berlaku adalah takdir dan ujian kepada semua. Menghadapi waktu yang sangat sukar terutama kepada keluarga penumpang MH370, juga terkesan di hati insan-insan lain di seluruh dunia termasuk Mrs Jay sendiri. Harapan dan doa penduduk dunia kini dijawab oleh Yang Maha Esa...

Setelah hari ke-17, 24 Mac 2014, barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berani membuat kenyataan. Berikut laporan yang dipetik:

Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi. Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. "Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. "Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib. Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut. "Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya. Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal. "Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya. Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter..
"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370
"Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the northern & southern corridors,has performed further calculations"
"Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."
"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean."
"We will be holding a press conference tomorrow with further details."
"We share this information out of a commitment to openness & respect for the families, two principles guiding this investigation."
"@MAS have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development."
"I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News. Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi...

credit to google image


Tuesday 11 March 2014

Misteri kehilangan MH370

#prayforMH370

11 Mac 2014
Hari ni dah masuk hari ke-4 sejak pesawat MAS MH370 hilang secara tiba-tiba dari radar dan tak dapat dikesan sampai saat Mrs Jay tulis blog ni. Semua (kebanyakan) rakyat Malaysia hatta rakyat dunia sekali pun masih bersedih tapi tetap berharap agar pesawat ini akan segera dijumpai. Walaupun banyak spekulasi timbul sepanjang kejadian ini, dari tragedi kepada fenomena, Mrs Jay harap semua orang akan berfikiran optimistik dan sama-sama mendoakan yang terbaik. Janganlah kerana kejadian macam ni, rakyat Malaysia berpecah-belah, menyalahkan pihak-pihak tertentu. Semua yang berlaku ni anggaplah sebagai ujian kepada kita semua.

Mrs Jay nak kongsikan bersama semua pembaca, dari blog rynas.blogspot.com tentang fenomena-fenomena kehilangan kapal terbang yang pernah berlaku sebelum ni. Minta izin copy ye....hehehe


1) Temui kapal terbang selepas 35 tahun

Selepas 35 tahun kapal terbang yang membawa penumpang seramai 92 orang hilang di ruangan angkasa dan tidak dapat dikesan oleh sebarang radar dan elektronik, ia akhirnya mendarat di Porto Alegre, Brazil dengan keadaan penumpang yang kurus kering!
Ia hilang pada 4 September 1945 dan mendarat pada 12 oktober 1980.

Teori menyatakan bahawa pesawat ini telah sesat di dimesi keempat dan ada kemungkinan telah jauh "tersimpan di Black Hole" selama 35 tahun. Para penumpang yang pulang seolah-olah tidak mampu mengingat kembali "moment" mereka ketika hilang dan tidak mempu untuk bercerita pengalaman mereka selama "disana".


2) Kapal terbang muncul selepas 55 tahun hilang

Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan terbang Bogota, Colombia, pada disember 1994. Kapal terbang tersebut membuat pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembung dengan sebuah kapal terbang yang lain.
Pihak keselamatan bergegas ke lokasi, dan telah menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya. Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada tahun 1994, membuat pendaratan selamat, dan hanya rangka manusia didalamnya?

Memetik laporan daripada Herman Guevara yang merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat fenomena ini.

Misteri yang sangat hebat, sejak kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36 rangka manusia, kopi yang masih panas, dan jenama rokok Old Gold yang sudah lama tidak wujud. Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh 16/04/1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.

"Saya berharap agar dapat memberi penjelasan kepada fenomena ini, tetapi saya juga seperti mereka yang lain, tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini".

Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing (Alien), dimana secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil, dan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk mendaratkannya.


3) Pesawat Ditemui Setelah 70 Tahun Hilang

Seperti yang kita tahu, perang dunia merupakan satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang termasuk orang awam dan tentera. Semasa peperangan tercetus, terdapat sebuah pesawat perang dunia ke-2 yang hilang selama 70 tahun dan kini ia berjaya ditemui semula. Pesawat Kittyhawak P-40 tersebut adalah milik tentera British Royal Air Force dan diterbangkan oleh Sarjan Dennis Copping. Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki.
Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa.

Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.


4) Kapal hilang dari radar

Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.

Perkara itu diberitahu oleh petugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua ‘hilang’?”. Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.


Dari kisah-kisah yang pernah berlaku sebelum ni, Mrs Jay harap takde la kena tunggu sampai berpuluh-puluh tahun untuk jumpa balik MH370 ni. Sama-samalah berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Satu lagi kisah lain yang hampir serupa dengan kehilangan MH370 ni Mrs Jay kongsikan dari blog mesejjj.blogspot.com. Minta izin copy paste lagi ye....


Kehilangan pesawat MAS MH370 menjadi perhatian dunia apabila ia mengembalikan kisah kehilangan sebuah jet penumpang Air France yang membawa 228 orang di lautan Atlantik pada 2009. Sama seperti pesawat MAS ini, kapal terbang tersebut hilang tanpa memberi sebarang isyarat kecemasan dan hilang tanpa dikesan. Serpihan pesawat hanya dijumpai dua hari kemudian, manakala kotak hitam pesawat tersebut hanya ditemui dua tahun kemudian.

Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro ketika dalam kedudukan di luar jangkauan radar di tengah-tengah Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Komunikasi terakhir dari pesawat itu terdiri daripada isyarat data automatik yang memberi amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut. Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.

Air France membayangkan pesawat berusia empat tahun mungkin dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara. Teori lain yang dibangkitkan oleh pakar termasuk kesilapan juruterbang, kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.

"Tiada hipotesis yang menjadi pilihan buat masa ini”. kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam. Menurut beliau, perkara yang pasti ialah tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem. Memandangkan punca nahas itu masih misteri, pencarian kotak hitam menjadi sangat penting.

Hanya pada 3 April 2011, Bureau d’Enquêtes et d’Analyses pour la Sécurité de l’Aviation Civile (BEA) mengumumkan ia telah menjumpai dan akan mendapatkan serpihan besar bangkai pesawat termasuk kotak hitam pesawat.
“that the aircraft crashed after temporary inconsistencies between the airspeed measurements — likely due to the aircraft’s pitot tubes being obstructed by ice crystals — caused the autopilot to disconnect, after which the crew reacted incorrectly and ultimately led the aircraft to an aerodynamic stall from which they did not recover”.


Begitulah pula kisah Air France Flight 447 yang juga hilang dari radar. Harap tak la jadi macam ni kat MH370 ye.....Minta dijauhkan....Aminnn....