Isnin, dah start keje. Tapi hari ni Mrs Jay akan ke Felda Umas atas urusan kerja disana. Dari bandar Tawau mengambil masa sejam lebih menghala ke Merotai. Jalan raya di sana agak horror sikit la (maaf ye orang Tawau) mungkin sebab banyak kenderaan berat. Sampai di Felda Umas, kereta sewa Mrs Jay dah jadi macam kereta rally...huh!! Tengah hari, selepas habis kerja, Mrs Jay singgah makan di Kedai Maskur di Merotai Besar. Kedai Maskur memang terkenal dengan sup nya. Hajat dihati nak makan sup payau lagi, tapi malangya pekerja kedai Maskur kata sup payau memang tak dijual disana. Pelik juga sebab Mrs Jay dah survey kat blog, memang ada sup payau dijual di kedai Maskur, penduduk tempatan pun ada beritahu, tapi malangnya memang takde. Mungkin dah stop sebab bukan senang nak dapat daging rusa kat sini sebab rusa haiwan yang dikawal. Mrs Jay tengok, kedai Maskur ni dah ada 4 cawangan di sekitar Tawau. Tak pasti cawangan nya ada sup payau ke tak... Mrs Jay dan hubby order Nasi Kuning, sup urat keting dan telur dadar je. Air bandung cincau dan milo cincau. Unik kan milo cincau...hehe
Selepas solat jamak di hotel, Mrs Jay ke Kg. Wakuba, tak jauh dari airport Tawau, setelah habis kerja, Mrs Jay ke Semporna pula, kira-kira satu jam 15 minit dari airport. Sampai di Semporna, mencari-cari Kg. Air, hari sudah pun Maghrib. Malang sedikit nasib kami sebab orang yang kami nak jumpa berada di Tawau. Bukan tak buat appointment, tapi kami baru dapat tau dia sudah bertukar nombor telefon. Aduh!!! tertangguh kerja Mrs Jay. Nasib la keluarga nya ada untuk melayan kami. Kalau ada kesempatan, esok kami akan kembali ke Semporna untuk siapkan kerja semula. Perjalanan dari Semporna ke Tawau mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Sebelum balik ke hotel, kami singgah makan di Wakaf Thai, kawasan berhampiran bulatan Jalan Persisiran. Semasa di Semporna tadi, ada juga nampak kedai Wakaf Thai ni, mungkin cawangan di sana.
Next: Perjalanan ke Tawau (Hari 3)

gambar tak jelas pula...
Next: Perjalanan ke Tawau (Hari 3)
No comments:
Post a Comment