Thursday 23 October 2014

Johnny Rockets, Sunway Piramid

Bersempena dengan Hari Deepavali yang jatuh pada hari ni, Mrs Jay nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kenalan dan pembaca yang beragama Hindu. Hari ni Mrs Jay nak buat review sikit tentang salah satu tempat makan yang famous di Sunway Piramid.

Semalam adalah hari cuti umum, tapi En. Hubby bekerja seperti biasa. Jadi, malam tu Mrs Jay nak ajak dia makan kat luar je. Tiba-tiba dia tanya, "Johnny Rokets mahal tak?". "Hmm...tak tau la, abang tak pernah bawak saya makan kat sana". Dia senyum je...hehehe. Nak try la tu kan. Sebelum ni Mrs Jay selalu la tengok kawan-kawan post gambar dan video diorang makan kat sana. Yang menariknya, chef-chef kat sana ada entertainment sendiri untuk pelanggan mereka. Nak tau entertainment apa? Jap lagi Mrs Jay cerita.

Lepas maghrib, kami terus ke Sunway Piramid. Masuk je parking (macam biasa la guna Touch 'n' Go), nampak ada Preffered Parking yang baru buka. Eh, baru ke? Ke dah lama Mrs Jay tak datang Sunway? Rasanya masa bulan lepas datang tak perasan lak ada Preffered Parking ni. Nak masuk sini, kena guna Touch 'n' Go sahaja. Tapi charge dia RM5 untuk 3 jam pertama dan RM3 untuk jam seterusnya. Bagusnya, sangat mudah dan banyak parking. Tak perlu lah nak tawaf parking Sunway ni dari tingkat ke tingkat.

Macam mana nak cari lokasi Johnny Rockets ni? Kalau tengok kat directory memang pening la, sebab sebenarnya Johnny Rockets ni bukan kat 'dalam' Sunway Piramid. Pelanggan kena keluar di main enterance Sunway Piramid, Ground Floor. Dari pintu main enterance (menghadap ke luar), tengok 45° ke kanan. Nampak la logo Johnny Rockets tu. Kena lintas jalan baru sampai ke pintu masuk Johnny Rockets. 

Masa Mrs Jay datang ni hari tengah hujan. Ada pekerja Johnny Rockets yang bertugas beri payung pada pelanggan untuk lintas jalan. Bagusnya servis dia kan. Lepas sampai seberang jalan, dia akan datang ambil balik payung tu untuk beri pada pelanggan lain.
dua orang pekerja bertugas beri payung pada pelanggan

Sampai je kat dalam, pekerja yang jaga kat reception membawa kami ke meja makan. Masa masuk tu, 'show' tengah berlangsung. 'Show' apa? Chef-chef dan waiter dia tengah menari mengikut muzik yang dipasang. Ini adalah keistimewaan dan kelaziman yang hanya boleh dijumpai di Johnny Rocket sahaja! (kecuali Johnny Rockets KLIA2 sebab cawangan kat situ kecik je).
pekerja kat reception akan guide pelanggan ke meja
JAKIM Halal certified suppliers...baca yang last tu je
Ok, joget dulu ye...

So, sementara memilih hidangan, layan la dulu 'show' mereka ya. Kat sini jugak ada disediakan Birthday Celebration. Rasanya kena book dulu kot. Chef, pekerja dan pelanggan akan ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday untuk birthday boy/girl. Bisingnya, En. Hubby kata macam kat stadium bola. Kat sini memang akan selalu dengar pekerja-pekerja Johnny Rockets sambut pelanggan dengan nada suara yang kuat. Malam ni je rasanya ada 3 Birthday Celebration.
special untuk birthday boy
ramai-ramai nyanyi untuk budak kecik tu

Ok, mari tengok apa yang dihidangkan kat Johnny Rockets ni ye....

Ok, harga boleh tahan....takpe, En. Hubby belanje. Dia senyum je tengok harga tu. Mesti dalam hati.."Habislah duit aku..." kan? Belek punya belek, page last tu Mrs Jay stop jap. Eh, beer? Johnny Rockets jual beer rupanya, patut lah takde logo Halal dipamerkan. Hmm...yang penting jangan was-was je lah. Kang jadi makruh lak kan. Sebabnya, Mrs Jay tengok, arak akan dihidangkan dalam cawan khas yang tinggi, manala minuman biasa dihidang dalam cawan rendah. Lagipun, tadi dah baca bahan mentahnya dari pembekal yang ada sijil Halal JAKIM kan (kecuali beers la...). Maksudnya, dia tak hidang daging babi.
beers?

Lepas order, kami pun menunggu sambil tengok pekerja-pekerja Johnny Rokets ni menari. Rasanya, ada la dalam 5 ke 6 kali diorang menari sepanjang kitorang makan malam ni. Dalam sela masa 15-20 minit sekali rasanya diorang akan menari dengan muzik yang berbeza. Memang ceria rasanya. Pekerja pun dapat exercise free macam ni.

Ok, sampai pun makanan. Jemput makan, jangan lupa baca doa dulu ye... Burgernya lembut dan sedap. Portion makanannya banyak juga. Memang mengenyangkan. Air shakes dia pun sedap. Lebihan shakes juga akan dihidang bersama dalam cawan steel. Dah bayar mahal kan, mesti lah tak boleh membazir. En. Hubby suka betul dengan Strawberry & Banana Shakes dia.
Creamy Grilled Chicken Spaghetti, RM26.90
Smoke House Single, RM24.90
Strawberry & Banana Shakes (RM16.90) dan Cerry Berry Shakes (RM18.90)

Lepas makan, rehat jap sebab masing-masing kekenyangan. Mintak bil kat pekerja Johnny Rockets. Sekali sampai....harganya....wow. Tapi dapat kupon diskaun 10%. Valid sampai 31 Disember 2014.
Bil: RM103.95

Sebelum bailk, En. Hubby ajak pusing dulu dalam Johnny Rockets tu. Kat sebelah atas ada tempat main game, selain tempat makan.

Dari atas, Mrs Jay dan En. Hubby saja lepak kat tempat yang boleh nampak bahagian dapur. Mrs Jay perhati je pekerja dia buat kerja, terutama kat tempat basuh cawan. Cawan arak dan cawan biasa dibasuh di tempat yang sama. Sambil-sambil tu, pekerja dia pun ada ambil cawan dan minum arak. Hmm...mungkin pekerja bukan Islam kot (Bersangka baik...)
dapur Johnny Rockets
tempat basuh cawan. yang tinggi tu cawan arak
manager pun tumpang minum....tapi dalam cawan steel? bukan cawan serve lebihan shake ke tu?

Mrs Jay pun ada timbul rasa syak wasangka pulak bila tengok manager dia minum air arak guna cawan steel yang sama macam cawan yang digunakan untuk hidangkan lebihan air shake tadi. So, pagi ni Mrs Jay tanya kat kawan Mrs Jay yang kerja kat JAKIM pasal cara pencucian cawan arak tu. Mrs Jay pun ada tengok kat laman web e-Fatwa pasal hal ni.

Alhamdulillah, hilang rasa keraguan tu. Ustaz kata kalau hilang bau, warna dan rasa arak tu dah boleh digunakan macam biasa. Sebelum balik, tengok lagi last dance dari pekerja Johnny Rockets.
penjaga muzik kat atas rupanya...

Ok lah, jom balik. Esok kerja...

Sunday 19 October 2014

Perjalanan ke Kuching (Hari 3)

Previous: Perjalanan ke Kuching (Hari 2)

Hari ni hari terakhir di Kuching. Kerja pun dah siap, jadi Mrs Jay punya plan pagi ni cuma jalan-jalan dan cari buah tangan untuk dibawa pulang. Kebiasaannya, orang yang datang ke Kuching akan beli T-shirt, Key Chain, Magnet Fridge atau barangan Sarawak seperti Lada Hitam, sos lada hitam, kek lapis dan ikan terubuk masin. Itu antara barang yang lazimnya lah dibeli di sini. Tapi Mrs Jay dah banyak kali ke Kuching, jadi mungkin cuma nak cari buah tangan untuk keluarga dan kenalan je.

Pagi ni, Mrs Jay sekali lagi dalam misi mencari Kopi O' Corner, Jalan Satok. Kali ni minta bantuan Abang Foursquare lak (Pakcik Google Maps dah tua sangat, tu yang bagi lokasi salah). Ya....akhirnya jumpa juga. Menu macam biasa lah, tapi Mrs Jay tetap tak tau nak pilih apa untuk sarapan. Last-last sarapan nasi beriani lak pagi-pagi. Pilihan menu Sarawak En. Hubby kali ni adalah laksa Sarawak.
Kopi O' Corner, Jalan Satok
bersebelahan dengan RJ Ayam Penyet
beriani ayam
laksa Sarawak

Selain dari makanan yang kami makan, Kopi O' Corner juga menyediakan makanan seperti roti canai, nasi lemak, nasi campur, ikan bakar, mee kolok dan rojak. Kalau datang malam, ada menu makanan nasi atau mee goreng jugak.
mee kolok, mee sapi, mee pok, dan mee kampua
laksa Sarawak, rojak tambi, mee rojak, dan bubur ayam
atas: telur pindang masak cili, bawah: telur masin goreng
lauk nasi campur

Lepas makan, kami ke bandar Kuching. Bertentangan dengan Sungai Santubong (tempat bot penambang), terdapat deretan kedai yang menjual kraftangan dan barangan dari Sarawak termasuk souvenir dan t-shirt. Mereka yang menginap di Grand Marghareta, Hilton, Riversite, Pullman atau Harber View lebih mudah membeli di sini kerana tak jauh dari hotel. Kami parking tepi jalan je, kat kotak parking yang disediakan. Nasib baik owner kereta sewa ni tinggalkan buku kupon parking, boleh la guna. Tapi kupon tu limit setengah jam je sehelai.
kupon parking
t-shirt

Lepas beli sedikit souvenir, kami terus sambung jalan-jalan ke seberang sungai. Macam biasa lah, naik bot penambang tu. Tapi kali ni kami bayar 50 sen je, sebab masa kat kedai tadi, orang kedai tu cakap harga masih 50 sen. Jadi, pengajarannya, lain kali naik bot ni jangan tanya harga. Bayar je 50 sen...hehehe. Tapi kelmarin dah bayar seringgit sorang untuk sekali naik, dah jadi RM 4 kan pergi balik. Pakcik tu dah untung RM 2 kat situ. Pakcik yang bawak bot pagi ni je yang tak berapa nak untung la...

Di seberang sungai, kami mencari kedai kek lapis Dayang Salhah. Agak tersorok, di belakang surau/masjid Kampung Gersik (sebelah Kampung Boyan). Sebelum sampai ke kedai kek lapis ni, ada juga Mira Cake House dan Afifi Kek Lapis. Tapi, kenapa Mrs Jay pilih Dayang Salhah, bukan Mira, Afifi atau yang lain? Sebab pertama, mengikut review yang pernah Mrs Jay baca sebelum ni, kebanyakan kek lapis ada yang pelbagai warna, tapi rasa semua lebih kurang. Kek lapis kak Dayang ni memang berbeza rasa bagi setiap jenis kek lapis nya. Sebab kedua, syarikat Kek Lapis Dayang Salhah ni pernah menyertai Program Groom Big, satu program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dilaksanakan oleh SIRIM Berhad. Dulu, Mrs Jay pun terlibat gak dalam pelaksanaan Program Groom Big ni. Tu yang nak support usahawan bimbingan sendiri...hehehe.
Mira Cake House, ada jugak kedai jual ikan terubuk masin sekitar kawasan ni
kiosk-kiosk jualan
surau/masjid Kampung Gersik

Terdapat berpuluh jenis kek lapis yang disediakan di sini. Antara yang paling digemari pelanggan adalah Kek Lapis Original, Kek Lapis Horlicks dan Kek Lapis Sisik Ikan. Bagi yang menggemari rasa keju sebenar, boleh cuba Kek Lapis Cheese Chocolate, Cappucino Cheese, Marble Cheese, Dragon Cheese atau Cheese Walnut. Selain itu, terdapat juga banyak kek lapis dengan nama yang kreatif seperti Ombak Rindu, Kek Lapis Belacan, Sayang Sarawak, Candy Crush, Nur Kasih dan macam-macam lagi. Kalau nak tau macam mana rupanya, boleh ke laman web rasmi Kek Lapis Dayang Salhah.

Selesai shopping kek lapis, kami naik bot semula ke seberang sungai. Mrs Jay sempat snap beberapa keping gambar di tepi Sungai Santubong ni di siang hari. Kelmarin gambar malam, tak nampak apa sangat.
malam kelmarin jalan dari jeti sampai VMY2014 tu...

Okay, sampai je kat kereta dapat surat chenta dari pakcik trafik sebab lebih masa parking. dapat DUA surat chenta ye. Nasib la tak mahal sebab bukan takde kupon, tapi dah lebih masa je. Satu 53 sen, yang kedua 85 sen. Kalau takde kupon, mau RM 10 kena.
mercu tanda Kuching waktu siang

Destinasi seterusnya adalah India Street. En. Hubby masih mencari barang nak buat hadiah hari jadi ayahnya Ahad ni. Rupa-rupanya, baju-baju t-shirt kat India Street ni lagi murah berbanding kat market tepi sungai tu. Barangan yang dijual kebanyakannya pakaian, aksesori, aksesori telefon, emas dan lain-lain. Keadaannya macam pekan biasa di semenanjung.

Jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari. setengah jam lagi nak masuk waktu Zohor. Hari ni hari Jumaat, jadi En. Hubby kena gi solat Jumaat. Kami terus balik ke hotel. Mrs Jay bagitau kat reception yang kami akan check out lepas En. Hubby balik dari solat Jumaat. Masa yang diberi selewat-lewatnya jam 2 petang. Sementara En. Hubby ke masjid (depan hotel tu je), Mrs Jay kemas-kemas barang nak dibawa balik. Pastikan takde barang tertinggal, sebab jauh nak patah balik ambik. 

Tak lama lepas tu, Mrs Jay dapat mesej dari MAS mengatakan flight petang ni delay dari jam 5.45 petang ke 6.10 petang. Hmm...ok takpe. Lepas check out, kami ke Kubah Ria semula untuk tengok bahagian pasar pulak. Ni kes En. Hubby la ni, nak gak dia tengok apa ada kat pasar Sarawak. Takpe la, kasi can. Hari lak dah start hujan. Redah jugak la.
sayur midin. yang depan tu pucuk uban
orang Sarawak panggil buah ni 'belimbing', rasa macam buah rambai pun ada

En. Hubby beli sikit buah 'belimbing' Sarawak dan dua ikat sayur midin untuk dibawa balik. Oleh kerana dah takde plan lagi, kami terus je menuju ke airport. Sampai airport, baru pukul 3.30 petang. En. Hadi kata nak ambil kereta pukul 4 petang, jadi tunggu je la dalam kereta. Dalam pukul 4 lebih, datang seorang lelaki bernama En. Suffian. Kawan En. Hadi katanya, merangkap owner kereta myvi yang kami sewa ni. Mrs Jay bagitau dia pasal saman parking RM1.38 dan bagi sekali RM5. Suruh la dia gi bayarkan nanti. Sebenarnya tadi dah bagitau En. Hadi pasal saman tu, dia kata takyah bayar sebab bukan banyak pun, tapi Mrs Jay tak sedap hati lak dah buat salah tapi tak bayar.

Selesai urusan, terus gi check in bagasi dan lepak kat KFC sementara menunggu waktu berlepas. Pukul 5.15 baru masuk ke ruang menunggu. Tunggu punya tunggu, dah 6.10 petang, flight pun tak sampai lagi. Katanya delay lagi sampai 6.45. So, solat maghrib dulu, jamak sekali dengan isyak. 6.45 petang flight masih tak sampai. Pukul 7 lebih kot baru sampai. Tunggu dia keluarkan barang, isi minyak, masukkan luggage baru, pukul 7.45 baru dapat naik. Dalam pukul 8 malam baru berlepas. Hampir 2 jam delay ni. Kalau lambat lagi tadi dah boleh tuntut kupon makan kat MAS. Itu ada dalam SOP nya.

Duduk je kat seat, Mrs Jay terus on cerita Transformers yang baru ni. Duration dalam 2 jam 45 minit. Konferm tak sempat habis masa sampai KLIA nanti. Takpe la, tengok gak la. Menu yang disediakan malam ni adalah murtabak ayam dan nasi dengan lauk ikan.
nasi dengan ikan untuk En. Hubby
murtabak ayam untuk Mrs Jay

Sampai KLIA pukul 10 malam. Masa nak ambil bagasi, kawasan tu penuh dengan orang yang balik Haji. Keluar je kat Arriving Hall, lagi la ramai manusia menunggu jemaah haji kat luar ni, sampai nak lalu pun susah. Barisan menunggu limo pun apa kurangnya...
tunggu limo pun berbaris panjang
masing-masing menunggu untuk pick up jemaah haji

Dapat je limo, baru la rasa senang hati. Sampai kat rumah pun dah pukul 11.30 malam. Penat betul hari ni...nak rehat puas-puas. Esok cuti, tapi En. Hubby keje...