Sunday 13 January 2019

Umrah di Mekah

Previous: Ziarah Madinah


Pada hari Jumaat 28 Disember 2018, kami bertolak ke Mekah selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi. Di Tanah Haram ni, wanita boleh turut serta mengerjakan solat Jumaat. Dalam 20 minit perjalanan, kami berhenti di Masjid Bir Ali untuk Qasar solat Asar dan niat umrah di miqat. Zohor di sini lebih kurang jam 12.30, manakala Asar pada jam 3.30. Perjalanan ke Mekah dengan bas adalah dalam 8 jam termasuk berhenti di R&R (tak ingat nama apa tempat tu) untuk makan dan solat Jama' Qasar Maghrib Isyak.


Masjid Bir Ali

Masjid Bir Ali dari jauh


makan di R&R, satu dulang kongsi 5 orang

Kami sampai di Hilton Suite pada jam 10 lebih. Check in bilik, kemudian dalam jam 12 tengah malam kena terus buat umrah sebab tengah dalam ihram lagi ni. Kang tak pasal-pasal terbuat larangan ihram kang kena bayar dam lak. Kebetulan hanya jemaah bas Mrs Jay je yang menginap di Hilton Suite, lagi 11 bas kebanyakannya menginap di hotel Andalusia, Haneen Al Firdaus atau di Hotel Millenium. Kami selesai umrah lebih kurang jam 3 pagi. Masa Sa'ie masing-masing dah penat sangat takde pun ambil gambar.


baru sampai...

pandangan dataran Masjidil Haram dari bilik

pintu hotel yang menghadap Masjidil Haram


jam 1 pagi masih ramai yang tawaf, kami baru selesai tawaf rukun

Inilah pengalaman pertama Mrs Jay buat umrah. Umrah kali kedua, ketiga dan keempat lebih kurang je cuma kami ke miqat lepas sarapan, tak buat malam. Umrah kali kedua Mrs Jay buat Badal Umrah untuk arwah abah. Umrah ketiga dan keempat buat untuk diri sendiri kot-kot lah ada yang terkurang masa umrah rukun hari tu. Masa umrah kedua tu Ustaz Arif bawak kami mencuba sa'ie dengan skuter. Kalau yang tak mampu nak jalan 7 pusingan sa'ie dari safa ke marwah, boleh cuba skuter ni. Sebenarnya kalau nak tawaf guna skuter pun boleh, cuma tak feel lah tawaf jauh dari kaabah kan. Tawaf dan sa'ie skuter di tingkat atas (tingkat 3 kot). Naik kat tempat escalator tu sampai atas, pastu cari kaunter skuter. Ustaz kata kat sini memang ramai orang Malaysia sebab orang Malaysia ni kan 'rajin'... Harga skuter adalah 50 riyal seorang bagi setiap ibadah. Kalau nak naik berdua 100 riyal lah. Kalau nak tawaf dan sa'ie sekali 100 riyal (single seat) dan 200 riyal (double seat).


kaunter skuter

naik skuter beramai-ramai dengan jemaah satu bas

harga 100 riyal sebab naik double seat untuk sa'ie

Lepas sa'ie, sila standby gunting untuk tahlul bagi wanita. Sila tahlul rambut sendiri dulu sebelum tahlulkan orang lain. Nanti tak pasal-pasal bayar dam lak. Bagi lelaki, lepas sa'ie terus keluar dan cari kedai gunting untuk bercukur. Bawah menara jam tu (tingkat bawah shopping mall nama apa tah) banyak kedai gunting rambut. Harga biasa dalam 10 riyal. Kalau barber tu kata 20 riyal boleh cari kedai lain. Kalau bijak menawar, datang berdua boleh dapat 15 riyal utk 2 orang.

Bagi yang rajin nak buat umrah tambahan sendiri, banyak teksi yang boleh hantar ke Tanaim untuk niat di Miqat. Harga terkini Mrs Jay tak pasti, tapi untuk mendapat harga yang murah, rajin-rajinlah berjalan ke kawasan hotel bajet untuk cari teksi. Kalau cari depan Hilton tu konfirm kena tekan harga mahal. Pesan ustaz, sila bayar tambang setelah kembali ke Masjidil Haram, jangan bayar awal sebab takut kena tinggal kat Tanaim. Harga yang ditawarkan adalah harga pergi dan balik dari Tanaim, bukan harga sehala. Kalau bersama wanita, pastikan wanita turun dulu bagi mengelakkan isteri atau anak perempuan anda dibawa lari oleh driver teksi...hahaha. Sekian.


Wednesday 9 January 2019

Ziarah Madinah

Previous: Persediaan Umrah


Kami bertolak ke Madinah jebih kurang jam 2 petang menaiki MAS charter khas lebih kurang 480 orang jemaah. Sampai di airport, solat jamak Maghrib Isyak dan bertolak ke hotel dengan bas. Hotel 2 bintang milik Andalusia, Mawaddah Al-Waha lebih kurang 120m dari Masjid Nabawi. 

Hotel Mawaddah Al Waha

Ustaz Arif bawa kami ke Masjid Nabawi, ziarah makam Rasulullah sebagai ziarah selamat datang. Dari hotel kami, paling mudah masuk ikut Gate 15. Landmark Anwar Al Madinah Movenpick Hotel. Kami mengucap salam kepada Rasulullah S.A.W., Abu Bakar dan Umar dari luar masjid menghadap ke kubah hijau. Ustaz pesan, dah sampai Madinah pergi lah jumpa dan ucap salam kepada tuan rumah (Rasulullah S.A.W.). Ibadah di Masjid Nabawi ni pahalanya digandakan 1000x ganda dari biasa.

dibawah kubah hijau adalah makan Rasulullah dan sahabat


makam Rasulullah dan sahabat

Kami berada di Madinah selama 6 hari, solat di Masjid Nabawi setiap waktu solat, ke Raudhah dan berziarah sekitar Madinah. Untuk ke Raudhah, jemaah wanita perlu ke Pintu 25 dan menunggu giliran pintu masuk ke Raudhah dibuka. Tips nak senang masuk adalah pakai la abaya hitam dengan purdah macam Mak Arab tu. Penjaga pintu wanita ni memilih sikit. Kadang kala yang bukan orang Arab dia tak bagi masuk. Kami kena menyelinap masuk celah-celah Mak Arab. Waktu masuk Raudhah bagi jemaah wanita adalah 9-11 pagi, 2-3 petang dan lepas Isyak hingga 11 malam. Jemaah lelaki boleh masuk pada bila-bila waktu. Raudhah diasingkan bahagian lelaki dan perempuan. Bagi yang berkerusi roda ada laluan khas. Masa Mrs Jay datang ni sangat ramai orang, walaupun dapat masuk Raudhah 2 kali tapi tak boleh solat dengan tenang sebab semua orang bertolak-tolakan dalam tu.En. Hubby je dapat masuk banyak kali dan solat dengan tenang sebab Raudhah untuk lelaki dibuka 24 jam, so takde lah berebut. Nak dijadikan cerita, selipar Mrs Jay dan mak hilang masa hari pertama lepas keluar dari Raudhah. Terpaksa lah pakai stoking je cari kedai jual selipar. Malam yang sama, mak sekali lagi hilang selipar walaupun letak dalam beg kasut yang sama dengan Mrs Jay. Ni konfirm kes curi sebab pencuri tu ambil sepasang selipar dalam beg lepas tu letak beg kat rak lain. Dia tinggalkan selipar Mrs Jay sahaja dalam beg tu. Ujian Tanah Haram ni kena banyak-banyak muhasabah diri. Lepas dari tu kami bawa je beg selipar masuk masjid. Letak tepi masa solat. Dalam masjid, banyak tong air zam-zam. Boleh la bawa botol air kosong untuk isi air zam zam bawak balik hotel.

Ziarah Dalam pada hari pertama sampai adalah ziarah Masjid Nabawi, makam Rasulullah dan sahabat, Raudhah serta perkuburan Baqi'. Ziarah Luar yang ada dalam pakej adalah ziarah ke Masjid Quba', bukit Uhud dan kedai kurma. Ziarah tambahan (25 riyal seorang) ke Ajimmatu Syaikhain (tempat Nabi memeriksa tentera untuk peperangan Uhud), Gua Maharis (tempat Nabi bersembunyi ketika perang Uhud), Masjid Jumu'ah (Nabi mendirikan solat Jumaat pertama di Madinah dan menerima wahyu untuk Solat Jumaat berjemaah),  Masjid Quba' (sekali lagi. Solat di sini menyamai pahala mengerjakan umrah), Masjid Qiblatain (pertukaran arah kiblat), Masjid Musobbah (tempat Nabi mendirikan solat subuh pertama setelah berhijrah ke Madinah), telaga salman Al-Farisi, Telaga Ghars (Nabi mewasiatkan Saidina Ali mengambil air telaga ini untuk memandikan jenazah Nabi, Kubu Ka'ab al-Ashraf (orang Yahudi yang sangat membenci Nabi Muhammad S.A.W.) dan Jabal Mahruk (bukit terbakar di Madinah).

Gua Maharis telah disimen/ditutup oleh kerajaan Saudi

Telaga Salman Al-Farisi

Telaga Ghars (ambil gambar dari dalam bas je)

Masjid Jumu'ah

Masjid Musobbah

Masjid Qiblatain

tanda kiblat asal di dalam Masjid Qiblatain

bekas kubu Ka'ab al-Ashraf (sekarang orang buang sampah je kat sini)

Jabal Mahruk

Masa kami ziarah di Telaga Salman Al-Farisi, ada satu kereta pegawai Saudi datang hampir nak saman kami tapi ustaz dan driver bincang apa tah dapat lepas. Kat sini kerajaan Saudi tak benarkan orang ziarah ke tempat bersejarah ni sebab takut ada biuat benda bid'ah. Kalau kena saman bayar 5000 riyal tau! Sebab tu gambar telaga Ghars tu Mrs Jay tangkap dalam bas je sebab tak boleh turun nanti kena aim dengan pegawai Saudi lak. Sedangkan pintu Gua Maharis lagi mereka simen....


Persediaan Umrah

Assalamualaikum semua. Lama dah Mrs Jay tak menulis kat sini. Bersawang dah blog ni kan... Kali ni Mrs jay nak share pengalaman kali pertama Mrs Jay mengerjakan umrah. Mungkin boleh menjadi rujukan sesiapa yang juga kali pertama nak ke Tanah Haram nanti.

Mrs Jay memang tak pernah volunteer nak mengerjakan umrah pada asalnya, tapi selepas mak Mrs Jay berhenti kerja, mak ajak teman dia untuk umrah kali kedua. Mungkin sebab sekarang dia dah banyak masa lapang jadi dia teringin nak kembali ke sana. Matta Fair Mac 2018 Mrs Jay ajak mak survey pakej umrah. Dah pusing semua dewan, mak decide nak ambil pakej dari Tabung Haji (walaupun ada banyak je travel agent lain yang tawarkan harga lebih murah). So Mrs Jay ikutkan je lah. Bayar booking semua dan tunggu panggilan untuk umrah hujung tahun.

Sampai September 2018, kami masih menunggu panggilan dari Tabung Haji. Rasa tak sedap hati Mrs Jay minta En. Hubby call Tabung Haji semula. Rupa-rupanya booking kami masih tidak diproses lagi. Mungkin terlepas pandang ke atau pengurusan mereka tidak sistematik Mrs Jay pun tak tau. Mak apalagi, marah lah. Dah 6 bulan booking tapi tak proses lagi kenapa. Mak terus ajak pergi cari travel agent lain sekitar Shah Alam dan cancle booking di Tabung Haji. Kami survey di Rayhar Seksyen 11 dan Andalusia Seksyen 7. Mak terus decide booking di Andalusia setelah compare pakej-pakej yang ditawarkan. Memandangkan tinggal 2 bulan lebih je sebelum tarikh penerbangan, kami kena terus bayar RM9000 lebih (untuk 3 orang) untuk urusan tiket dan lain-lain. Kalau tak silap Mrs Jay pakej tu berharga lebih kurang RM8500 seorang sebab mak nak hotel yang dekat sikit dengan masjid. Lagipun musim cuti sekolah mahal sikit harganya. Kami turun ke Madinah dulu sebab last time mak turun Mekah dulu dia kata penat sangat.

Settle urusan pakej umrah kami pergi tukar duit. Mrs Jay kata kalau tak nak beli apa-apa tak perlu lah tukar duit banyak. Mak tukar 900 riyal manakala En.Hubby tukar 800 riyal je.  Mrs Jay sendiri tak tukar duit sebab nak share je ngan En. Hubby. Ingatkan cukup tapi rupanya banyak lagi yang Mrs Jay terlepas pandang. Dobi, ziarah tambahan, wakaf semua tu Mrs Jay tak kira selain shopping. Untuk keseluruhan Mrs Jay estimate seorang perlu minima 800-1000 riyal (bagi yang tak shopping banyak). Dobi di Madinah kalau cuci di luar adalah 14-15 riyal sekilo baju. Kalau cuci di hotel lebih kurang 5 riyal sehelai (ni kalau hotel murah je bukan hotel 5 bintang). Bila kira balik lebih kurang je harga ikut kilo dengan harga helai. Di Mekah, kebetulan dapat hotel 5 bintang yang baru, jadi harga memang mahal lah. Jubah sehelai 22 riyal. Baju lain, stoking, telekung, ikut harga yang ditulis dalam list yang disediakan hotel. Bagi yang nak berwakaf Al-Quran ke, wakaf kerusi ke atau wakaf kerusi roda ke boleh minta mutawwif masing-masing tolong belikan. Mrs Jay tak ingat sangat harganya, kalau tak silap lah Al-Quran 10 riyal, kerusi 20-25 riyal, kerusi roda 350 riyal. Al-Quran lebih baik minta mutawwif yang cari sebab banyak Al-Quran yang dijual bukan cetakan Madinah (kalau bukan cetakan Madinah akan direject) dan ada juga Al-Quran recycle (ada yang ambil dari dalam masjid dan jual semula di luar).


Al-Quran cetakan Madinah ada beberapa cop di belakang

Tentang ziarah tambahan, ini adalah option sahaja. Atas mutawwif masing-masing lah. Mutawwif kami Ustaz Arif bagus budaknya. Kami semua suka cara dia beri penerangan dan cara dia bercerita sirah dan sejarah tempat ziarah tu sangat menarik. di Madinah, Ustaz Arif buat ziarah tambahan ke 12 tempat yang tiada dalam ziarah pakej asal. Bayar 25 riyal sahaja seorang. Di Mekah, ada ziarah tambahan ke Muzium Haramain dan Masjid Hudaibiah, jadi boleh terus niat di miqat bagi sesiapa yang nak buat umrah tambahan. Bayar 25 riyal juga dapat buat umrah sekali (pakej yang disediakan hanya 3 kali umrah sahaja). Jadi kami dapat 4 kali umrah kali ni. Miqat di Bir Ali (masa bergerak dari Madinah ke Mekah), miqat di Ja'ranah, miqat di Tanaim dan tambahan miqat di Hudaibiah pula. Ustaz Arif juga ada buat 'ziarah' makan nasi anak unta (50 riyal seorang) tapi kali tak pergi sebab mak kata kesian unta tu tak sempat besar lagi dah kena makan. Lagipun kami dah 2 kali makan unta (dewasa) di Madinah. Tapi sebenarnya rasa anak unta lebih sedap dan berlemak, kata ustaz lah... Ada juga zirah ke Taif (200 riyal seorang) mengambil masa seharian sebab jauh. Yang ni pun kami tak pergi sebab tak cukup budget.

Bagi yang nak beli kurma Ajwa atau kurma Nabi, Mrs Jay sarankan beli melalui mutawwif, bukan di kedai-kedai atau ladang kurma. Biasanya di kedai mereka akan kata kurma Ajwa tu dari Madinah, tapi sebenarnya kurma import mungkin dari Israel, Iran, Iraq atau Palestine. Kalau tak pun mereka campurkan kurma Madinah dengan kurma import. Kenapa Mrs Jay kata camtu? Cuba fikir secara logik, Madinah bukan besar mana, ladang kurma di madinah banyak mana je, mana mungkin dapat hasilkan kurma yang banyak. Sedangkan nak penuhi keperluan di Saudi pun mereka tak mampu, macam mana nak hantar kurma Ajwa Madinah ke seluruh dunia? Ustaz Arif beritahu memang kurma Ajwa di Madinah banyak yang diimport dari luar. Ustaz Arif ada kenalan yang memiliki ladang kurma di Madinah, jadi kami kirim je beli kurma Ajwa dari ustaz. Pemilik ladang, Al-Habib adalah penduduk Madinah yang ada susur galur dengan Baginda Rasulullah. Harga sekilo kurma Ajwa adalah 90 riyal. Ustaz ada cerita juga bagaimana seorang jemaah dia sebelum ni yang menghadapi gangguan makhluk halus makan kurma Ajwa dari ladang Habib ni bermimpi makhluk tu marah dia sebab makan kurma tu. Esoknya dia makan kurma lain makhluk tu tak datang, hari seterusnya dia makan semula kurma dari ladang Habib, makhluk tu datang semula marah dia. Nampak tak betapa berkat hasil bumi Tanah Haram ni.

Bagi sesiapa yang suka shopping souvenir, kurma, coklat, minyak wangi, sejadah, kopiah tu sila standby duit riyal lebih sikit sebab banyak godaan-godaan di sekitar Mekah, Madinah dan kawasan ziarah. Pesan Mrs Jay bagi yang perempuan tu sila bawak lebih jubah, tudung labuh dan stoking serta extra telekung. Baju lain memang tak pakai sangat. Bawak baju tidur je sehelai dua. Kebanyakan masa Mrs Jay pakai jubah dengan tudung labuh je ke masjid. Telekung tu pun pakai masa buat umrah je. Kalau rasa tak banyak tudung labuh bawak lah banyak sikit telekung (sebaiknya hitam atau putih). Stoking akan dipakai seharian dan mungkin akan kotor sebab digunakan untuk berjalan di masjid yang luas, kadang kala ada orang pakai kasut di kawasan kita berstoking sahaja. Lebih baik bawakan juga extention plug untuk kegunaan di hotel. International adapter pun option je sebab masa Mrs Jay di Tanah Haram kami boleh guna kepala plug sama macam yang digunakan di Malaysia.



Next: Ziarah Madinah