Friday, 29 November 2013

Takoyaki

Wah....lama gak Mrs Jay tak menaip kat blog ni ye!!! Hari ni Mrs Jay nak berkongsi cerita tentang salah satu makanan kegemaran Mrs Jay iaitu "TAKOYAKI".

Seperti yang semua orang tahu (tak semua kot...), takoyaki ni sejenis makanan yang berasal dari Jepun. Kalau versi Malaysia mungkin boleh dipanggil 'cucur' atau 'cekodok'. Tapi....of course la tak sama dengan cekodok Malaysia kan. 'Tako' dalam bahasa Jepun bermaksud sotong octopus atau sotong kurita (kot...). Jadi, takoyaki ni kira cekodok octopus la.

Di Malaysia ni, terdapat banyak kiosk-kiosk yang menghidangkan menu takoyaki. Kebanyakkannya mempelbagaikan jenis takoyaki seperti 'Toriyaki' (burung...dalam kes ni maksudnya ayam la) biasa ayam cheese, 'Ebiyaki' (udang), 'Tamago Cheese' (telur berkeju) dan yang guna crabstick tu tak tau la dia panggil apa.

Mrs Jay sebelum ni tak pernah nak ambil tau pasal takoyaki ni sebab mana lah nak tau makanan Jepun ni. Tapi sejak Mrs Jay tinggal dengan keluarga Takeuchi kat Komagane haritu, Mrs Jay terus jatuh chenta lak ngan makanan ni. <3<3<3 First time masak takoyaki sendiri dengan keluarga Takeuchi ni memang satu pengalaman menarik. Bila dah rasa, lagi lah teruja sangat...

Kalau nak ikut resepi Takeuchi, bahan-bahan utama nak buat Takoyaki ni adalah tepung takoyaki (ready made beli kat pasaraya), telur dan air. Kemudian, panaskan takoyaki pan, dan letakkan sikit minyak dalam lubang-lubang pan guna berus khas. Dah panas, boleh curah adunan tepung atas pan tu sampai melimpah dari lubang pan. Taburkan bawang putih (diorang guna yang dah rendam sos jadi bawang putih dah tukar kaler jadi merah), tempura flakes, keju dan of course la main ingredient dia iaitu octopus!! Bila nak hidang, letakkan mayonis, sos takoyaki, taburkan nori (seaweed) dan katsuobushi (fish flakes atau 'bonito').
tengah prepare adunan tepung takoyaki
Yua-chan sapu minyak kat takoyaki pan
Mrs Jay pun nak cuba juga.....hehehe
taburkan bawang putih, keju, tempura flakes dan octopus
hasil taburan....
balikkan takoyaki bila dah mula masak bahagian bawah
dah siap boleh angkat
dah angkat, boleh hidang

Dah balik Malaysia, Mrs Jay akan teruja untuk cuba takoyaki yang dimasak di Malaysia pula. Takoyaki Malaysia yang pertama Mrs Jay cuba adalah "My Takoyaki" di Uptown Danau Kota. Yang ni boleh tahan rasanya sedap, sos cukup dan Mrs Jay mintak extra bonito dia bagi free je. Harganya RM5 untuk 5 ketul. Lokasi lain My Takoyaki boleh cek kat sini.
My Takoyaki, uptown Danau Kota

Kemudian, masa jalan-jalan cari makan kat Lokas Makana, Puchong Utama, Mrs Jay terperasan kedai jual takoyaki. Yang ni takde brand nyer...tapi sebab dah jumpa dan dekat ngan rumah, Mrs Jay beli la jugak. Takoyaki nya lebih murah dan kecil, tapi rasanya kurang power la dari takoyaki kat My Takoyaki. Yang ni harganya RM5 untuk 7 biji kalau tak silap.

Seterusnya, masa jalan-jalan kat Aeon IOI Mall, Mrs Jay jumpa lak "Tako Tao". Ni kedai Takoyaki paling dekat ngan rumah. Takoyaki ni saiznya memang besar, cuma kalau nak tambah bonito, mayonis atau sos kena tambah 50 sen setiap satu. Harganya RM4.50 untuk 4 biji ke 3 biji, tak ingat lak.

Semalam masa tunggu flight balik dari airport Kota Bharu ke KLIA, Mrs Jay jumpa lak "Little Tako". Harganya RM4.50 untuk 4 biji. Yang ni saiz biasa tapi sedap la jugak (cuma berminyak sikit sebab pekerja dia letak minyak sampai penuh pan). Boleh direkomenkan pada orang...hehe. 
harga di Little Tako
cuma jual dua jenis je kat sini, ayam cheese ngan crabstick

Baru-baru ni di Mydin USJ, Mrs Jay nampak satu kedai takoyaki yang baru dibuka, iaitu "Cogi". Kedai ni baru je dibuka, terletak bersebelahan kedai Cool Blog. 3 ketul untuk RM 4.90. Tambah inti add on RM1, tambah sos/ mayo/ bonito add on 50 sen. Rasa dan saiznya lebih kurang sama dengan Tako Tao. Tapi kat sini ada jual mini okonomiyaki (refer keterangan kat bawah). Tu je lebihnya dari kedai takoyaki lain.

Tapi antara banyak-banyak kiosk, Mrs Jay paling suka "Danidana Takoyaki". Selain Takoyaki, ada gak jual "OKONOMIYAKI" atau pancake (lempeng). Kalau kat rumah Takeuchi, diorang campur sayur kobis. Kat Danidana Takoyaki, diorang boleh campur sotong, sosej atau crabstick. Sebab apa? 'Okonomi' dalam bahasa Jepun bermaksud 'apa yang kamu suka', jadi boleh je taruk apa yang kamu suka kat dalam pancake tu. Okonomiyaki ni tebal, jadi Mrs Jay pernah terbaca kat blog, kalau tak mampu nak beli takoyaki untuk share ramai-ramai, belilah okonomiyaki. Rasanya lebih kurang je, tapi okonomiyaki kat Danidana ni memang boleh makan ramai-ramai sebab dia besar!!
masak okonomiyaki kat rumah Takeuchi
boleh makan dengan nasi

Selain takoyaki dan okonomiyaki, Danidana Takoyaki juga ada hidangan ramen, soba, udon dan nasi. Boleh tengok menu dia kat sini. Lokasi Danidana Takoyaki yang Mrs Jay selalu pergi adalah kat foodcourt Plaza Masalam atau Plaza Shah Alam. Lokasi lain boleh tengok kat sini. Dessert yang namanya Chawan Mushi tu rasanya macam telur separuh masak. Boleh tambah kicap cair masa makan.
logo samurai kat belakang tu trademark Danidana Takoyaki
Chawan Mushi
menu takoyaki, okonomiyaki dan nasi
menu mee udon, soba dan ramen
dessert, minuman dan set makanan
yang ni takoyaki biasa RM4.80 untuk 4 biji
cheezy mayo okonomiyaki RM11.90
takoyaki soba, rasanya memang macam kat Jepun...best
chicken katsu, sup dan teh tarik

Memang berbaloi makan kat sini. Rasanya sedap dan servisnya bagus sebab ownernya selalu ada kat kiosk Plaza Masalam ni. hehehe.... Mrs Jay akan terus cari lagi kiosk-kiosk takoyaki di Malaysia ni. Mungkin ada beberapa nama lagi yang Mrs Jay pernah dengar tapi belum cuba. Sekian saja untuk kali ini. Selamat menjamu selera!!!


Monday, 4 November 2013

Persediaan ke Beijing

Tinggal sebulan lebih je sebelum tarikh percutian Mrs Jay ke Beijing. Percutian ni dirancang Persatuan Kakitangan di tempat kerja Mrs Jay. Limited untuk 42 orang je kot kalau tak silap. Nasib baik la sempat registerkan En. Hubby sekali, kalau tak, kena tinggal lagi la dia. Kali ni, persediaan ke luar negara kena buat dengan lebih teliti sebab bulan Disember nanti dah musim sejuk. Mrs Jay peruntukan RM 1000 untuk beli peralatan dan pakaian untuk kami berdua. Tak tau la cukup ke tak ni...(macam tak cukup je)

Jadi, minggu lepas Mrs Jay ke Sogo untuk survey dan beli pakaian winter. Masa kat Jepun ritu, Mrs Jay dah beli sepasang, tapi untuk suhu dalam 5°c keatas je. Mrs Jay dimaklumkan suhu di Beijing pada awal Disember nanti dalam 5°c ke -6°c. Kalau ingat lagi camni la rupa baju yang Mrs Jay beli kat Uni Qlo, Jepun ritu. Harganya 3,990 yen (dalam RM 135) untuk yang kiri dan 2,980 yen (dalam RM 100) untuk yang kanan. Murah la sikit dari kat Malaysia

Mrs Jay ke Sogo naik LRT je, tak sanggup nak redah jem teruk kat KL. Teringat lak masa naik train kat Tokyo. Rindu lak rasanya. Mrs Jay keluar rumah tadi pun lepas Maghrib, kalau naik kereta kompem sampai masa Sogo tutup kul 9.30 malam. Tingkat tiga Sogo ada Uni Qlo, banyak jugak pilihan kat sini. Mrs Jay lupa lak nak ambil gambar baju-baju kat sini sebab sibuk try pakaian...hehe.

Antara pakaian yang Mrs Jay beli untuk musim sejuk ni adalah Long John atau Thermal Wear untuk En. Hubby. Maklum lah, En. Hubby mana tahan sejuk sangat. Kat kedai ni diorang panggil Lounge. Sama je la bendanya, sebagai lapisan pertama baju dan seluar. Fungsinya untuk kekalkan haba kat badan dan hindar kesejukan angin kat badan, sebab tu la Long John ni ala-ala baju ketat sikit. Mrs Jay belikan sepasang (baju dan seluar) yang ketat dan satu yang ala-ala baju tidur. Saje je beli dua sebab tak tau mana yang selesa ngan En. Hubby. Yang ketat tu beli kat Universal Traveller, tingkat dua Sogo.
harga lounge set ni RM 79.90

harga thermal wear ni RM 29 baju dan RM 29 seluar

Kemudian, Mrs Jay cari Muffler (neck warmer). Of course la untuk En. Hubby. Mrs Jay pakai tudung, paling teruk pun lilit winter scarf je kat leher. Ada beli scarf satu kat Bell Shine, Jepun ritu. Muffler ni harganya RM 39.90. 

Sarung tangan pun Mrs Jay dah beli kat Uni Qlo Jepun. Harganya 990 yen (RM33.50). Tapi Mrs Jay tak beli sarung tangan yang screen touch la, beli yang kalis air je. Amat penting untuk cari sarung tangan yang kalis angin juga memandangkan musim sejuk makin hampir dan agin kat sana boleh tembus hingga ke tulang sum-sum. Mrs Jay ada bawak extra sarung tangan yang Mrs Jay beli masa kat Komagatake Ropeway kat Jepun ritu. Sejuk sangat, so beli jugak la sebab masa tu tak bawak sarung tangan.
beli kat Uni Qlo
beli kat Komagatake Ropeway

Minggu lepas Mrs Jay ke The Mines, Seri Kembangan untuk survey kasut, tapi tak jumpa yang berkenan lak. Mrs Jay belikan En. Hubby nyer snow cap yang tutup telinga. Harganya RM 49.50 kat Universal Traveller.

Baju, untuk second layer atau sweater, Mrs Jay beli untuk Mrs Jay sendiri warna merah ni di Universal Traveller. Harganya RM79. 

Untuk baju third layer atau winter coat, Mrs Jay beli yang macam ni. Harganya RM169, selesa dan ada lapisan bulu di dalam. Baju En. Hubby second layer beli di Uni Qlo, harganya RM129 (third layer En. Hubby boleh pakai yang beli di Jepun tu ye). Yang ni tebal dan dalam dia pun ada bulu. Memang selesa dan memanaskan badan. Mrs Jay malas nak beli yang ada ketul-ketul tu sebab lapisan dalam dia bukan bulu. Rasa macam sejuk lak kalau pakai.

Untuk stokin, Mrs Jay beli dua jenis. Pertama, stokin Heattech beli di Uni Qlo. Harganya RM39.90. Kedua, stokin bulu kambing, paling bagus dalam mennghangatkan kaki. Beli di Universal Traveller dengan harga RM 31.90 dan RM 34.30.
stokin heattech (kiri) dan bulu kambing (kanan)

Kasut winter, Mrs Jay nak gi survey kat Sunway Piramid lak lain kali. Dah cari kat Summit dan Setia City Mall pn takde...huh!!

Antara barang lain yang Mrs Jay rasa perlu bawak adalah vaccum bag untuk letak baju-baju winter yang kembung-kembung ni. Harganya RM 24.90 untuk 2 vaccum beg di Universal Traveller. Jangan lupa bawak International Plug, kompas dan toiletries juga (refer Persediaan ke Jepun). Losyen dan lip balm juga perlu dibawa. Mrs Jay beli losyen Veseline je.

Jangan lupa sediakan botol air kosong untuk ke toilet. Ubat-ubatan juga penting. Panadol, ubat batuk dan pil sakit perut (Che Ke Tick Aun) masukkan siap-siap dalam beg luggage. Jangan lupa bawak kicap, sos, black pepper atau sambal belacan (beli ready-to-eat kat kedai) bagi yang mempunyai tekak melayu asli.