Saturday, 1 August 2015

Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Walaupun dah masuk hari yang ke-16 Syawal, Mrs Jay nak gak wish Selamat Hari Raya....tak kira! Hari ni, Mrs Jay nak cerita pasal sebuah restoran makanan Timur Tengah yang baru kat Shah Alam ni. Tak la baru sangat, tapi kira baru first time la Mrs Jay makan kat sini. Kalau cari kat Google Maps (streets view) tu, bangunan restoran ni belum siap bina pun lagi.

Untuk mencari lokasi Restotan Al-Rawsha ni, landmark yang paling hampir adalah Sekolah Menengah Seksyen 7. Kalau sekolah di sebelah kanan, jalan depan sikit akan ada simpang ke rumah kedai di sebelah kiri. Masuk simpang tu, dan jalan hingga hujung. Korang boleh nampak betul-betul depan korang satu bangunan macam istana (macam gambar kat atas tu). Parking disediakan di dalam kawasan restoran. Berdepan dengan restoran ni, boleh nampak kedai mamak Ali's Corner. Waktu operasi adalah dari 11 pagi hingga 12 malam.
masuk ikut pondok guard tu


'guard' yang menjadi tumpuan...

Bagi penggemar Nasi Arab terutama Nasi Mandy, Mrs Jay syorkan untuk datang ke sini. Bukan sahaja makanannya sesedap restoran nasi arab yang lain, malah harganya juga berpatutan. Ruang makannya juga luas dan selesa. Di bahagian atas, terdapat juga dewan yang boleh disewa untuk majis seperti kenduri kahwin.

 dinding yang dipenuhi seni ukir yang menarik

Okey, jom tengok menu yang disediakan pulak...


Memandangkan Mrs Jay makan secara berjemaah, menu adalah di'order' oleh organizer. Kalau tak silap, set nasi mandy ayam dan kambing. Air je pilih sendiri. Set yang disyorkan oleh Manager kepada kami adalah hidangan dalam talam. Rasanya macam takde dalam buku menu dia. Katanya satu talam boleh makan dalam 4 orang Arab, atau 6 orang Malaysia. Organizer order satu talam Nasi Mandy Ayam dan dua talam Nasi Mandy Kambing. Bila hantar, dua talam tu dia letak dalam satu talam besar je. Makan dalam pinggan sendiri ye.. Tapi yang dalam Nasi Mandy Kambing tu ada juga diletak ayam dan udang. Kambing pun ada dua jenis. Tak tau lah kalau Mrs Jay salah dengar kot-kot lain lak yang organizer order sebenarnya.
Roti Mulawah kalau tak silap namanya, sekali dengan set nasi mandy yang kitorang order
Nampaknya dah lapar sangat ni, tak sempat Mrs Jay ambil gambar close up
 yang ni Nasi Mandy Ayam
Air Hawaii yang organizer order. Mrs Jay order avokado + kiwi. Orang lain minum air biasa order satu jug je.

Kat Al-Rawsha ni jugak ada disediakan dessert. Kaunter dessert betul-betul di pintu masuk restoran. Antara yang ada masa Mrs Jay datang ni...boleh tengok la kar gambar ni. Tak tau sangat namanya sebab tak makan pun.
harga untuk makan 13 orang + 3 orang (tapau)


Alhamdulillah, kenyang. Harga makanan untuk 16 orang tak sampai RM400 pun. Murah la bagi Mrs Jay. Lain kali boleh datang lagi.
kami tapau jugak ye....



No comments:

Post a Comment