Friday 18 September 2015

Percutian ke Bali (Part 2)

Previous: Percutian ke Bali (Part 1)

Isnin, 14 September 2015. Tentatif hari ni adalah ke Kintamani. Tapi Avriel ajak kami ke Pulau Penyu, Tanjong Benoa dulu. Sebelum bertolak, sarapan la dulu kan. Menu di hotel ni sikit je, takde pilihan pun. Tapi rasanya sedap la. Ada nasi dan bihun, lauk sambal telur, tempe, sayur dan keropok. Sayur dia berwarna hijau gelap dan rasanya sedap. Tak sama macam sayur kat Malaysia. Ada juga roti, buah dan minuman panas. Kat sini siap tampal logo halal MUI, jadi diyakini lah kehalalannya.


Pulau Penyu

Jam 8.30 pagi, Avriel dah tunggu kat lobi. Kami terus ke Tanjong Benoa untuk ke Pulau Penyu. Asalnya, Mrs Jay plan nak pergi ke Tanjong Benoa untuk aktiviti water sport pada hari terakhir sebelum balik ke Malaysia, tapi sebab tiket kami jam 12.50 tengahari, Mrs Jay canclekan terus ke Tanjong Benoa. Tak sangka Avriel ajak kami ke sana hari ni. Tapi tak buat water sport lah, basah nanti nak ke Kintamani.

Bila sampai, kami terus pilih nak naik bot ke Pulau Penyu. Itu je aktiviti yang tak basah. Mrs Jay ambil banyak gak gambar kat Pulau Penyu, tapi gambar-gambar tu dah terdelete sebelum sempat buat recovery. Sayangnya sebab ada gambar-gambar yang cantik. Jadi terpaksa kidnap gambar dari kamera En. Hubby je masuk kat sini. Tiket naik bot dan ke Pulau Penyu adalah 200,000 rupiah seorang. Bot ni ada lubang kaca kat tengah untuk tengok ikan. Kami berhenti kejap kat tengah laut dan beri ikan makan roti. Lepas tu masuk ke Turtle Park, Pulau Penyu kena bayar 10,000 rupiah seorang.
Tanjong Benoa terkenal dengan aktiviti sukan air. tengok video
ni lubang kaca kat tengah-tengah bot. video fish feeding kat SINI ngan SANA
abang ni suruh En. Hubby bawak bot
perkampungan muslim Banjar di tepi laut
sampai di Pulau Penyu
ni gambar Mrs Jay di instagram. gambar-gambar ni lah yang hilang tu

Selain penyu, ada juga haiwan-haiwan lain di Turtle Park, Pulau Penyu ni. Sebenarnya, kat Pulau Penyu ni ada empat Turtle Park. Abang yang bawak bot ni akan berhenti kat salah satu Turtle Park yang dia suka lah. Mrs Jay ada ambil video yang En. Hubby rakam kat sana. Video Mrs Jay yang NI jer...
enggang ni tengok jam ke apa?
walaupun takde bisa, ular ni tetap kena selotape mulut dia
ni je gambar penyu kat henfon En. Hubby. Yang lain dia buat video je
ni guide kami, Jon nama dia
dah nak balik ke Tanjong Benoa

Kalau korang sampai sini, main water sports pun best gak. Nanti Mrs Jay upload video. Macam-macam permainan ada; Flying Fish, Paragliding, Sea Walking, Diving, main Jet Ski, banyak lagi lah. Pilih je...


Yasana's Gold and Silver

Destinasi seterusnya adalah Kintamani, tapi dalam perjalanan singgah dulu ke kawasan pembuatan perak (silver). Kawasan ni adalah kawasan perkampungan di Gianyar, jadi kedainya pun diubahsuai dari rumah kampung jugak la. Mrs Jay saje je ajak singgah nak tengok-tengok. Nak beli emas perak kat sini tak bawak bajet yang mencukupi lah kan.

Kalau nak ikutkan, kat Bali ni banyak je kedai emas dan perak ni. Tapi singgah satu je lah. Selain emas perak, kat area sini pun boleh cari kawasan pembuatan batik, ukiran kayu, dan lukisan. Tapi memandangkan Mrs Jay tak bercadang nak beli pape pun, Avriel tak singgah pun kat tempat-tempat tu....hahaha. Mesti dia kata membazir petrol ngan masa dia je bawak Mrs Jay ni, tapi satu pun taknak beli.
demonstrasi pembuatan cincin perak
silver kat sini 92% je sebab kalau 100% nanti lembik lak. silver 925 kot org panggil
dalam kedai
antara barang yang dijual
kapal hiasan dari silver

Ok, kami kat sini dalam 10 minit je sebab kedai dia tak besar sangat. Harga pun boleh tahan la, brooch bunga dalam 1.5 inci diameter tu harganya lebih 400,000 rupiah, kira-kira dalam RM130. Memang tak la... Kami meneruskan perjalanan melalui jalan kampung yang sempit. Avriel kata jambatan nak ke Kintamani tu runtuh, jadi kena lalu jalan ni, muat untuk dua biji motor berselisih je.


Bali Udang, Mang Engking

Dah tengahari, perut pun dah lapar. Avriel nak bawak makan kat satu tempat yang sangat istimewa. Bila sampai je tempat ni, Mrs Jay teringat suasana masa kat Komagane, Jepun dulu. Nyaman dan tenang. Depan kedai ni ada pagar dari pokok buluh. Kitorang parking kat situ je.
depan kedai makan. orang Jepun tu pun makan kat sini
jalan sikit nak gi meja makan
pondok tu sebenarnya adalah tempat makan
Avriel sempat bersantai tunggu kitorang ambik gambar
ni la meja makan kami
ingatkan Avriel buat apa...spa kaki rupanya. En. Hubby pun join
ada juga meja yang open kat tengah tasik tu

Subhanallah...cantik betul pemandangan kat sini. Kami order makan yang simple je. Avriel makan ABC je sebab taknak mengantuk kalau makan berat katanya. Buku menu dia tebal betul, banyak menu yang disediakan. Tapi Mrs Jay snap part yang Mrs Jay order je. Sila abaikan part beer tu ye...
ni dia bagi free
nasi campur 55,000 rupiah, nasi goreng 50,000 rupiah. Berpatutan sangat dengan enviroment yang cantik
bil 184,800 je. dalam RM56.55

Dah makan, baru sambung perjalanan. Tapi jangan lupa solat dulu. Kat kedai ni ada surau, tapi mix lelaki perempuan. Mungkin sebab tak ramai yang Muslim kan, tapi ok je... Yang Kintamani tu Mrs Jay sambung next entry la ye. Panjang dah ni...

Next: Percutian ke Bali (Part 3)

No comments:

Post a Comment