Thursday, 23 October 2014

Johnny Rockets, Sunway Piramid

Bersempena dengan Hari Deepavali yang jatuh pada hari ni, Mrs Jay nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kenalan dan pembaca yang beragama Hindu. Hari ni Mrs Jay nak buat review sikit tentang salah satu tempat makan yang famous di Sunway Piramid.

Semalam adalah hari cuti umum, tapi En. Hubby bekerja seperti biasa. Jadi, malam tu Mrs Jay nak ajak dia makan kat luar je. Tiba-tiba dia tanya, "Johnny Rokets mahal tak?". "Hmm...tak tau la, abang tak pernah bawak saya makan kat sana". Dia senyum je...hehehe. Nak try la tu kan. Sebelum ni Mrs Jay selalu la tengok kawan-kawan post gambar dan video diorang makan kat sana. Yang menariknya, chef-chef kat sana ada entertainment sendiri untuk pelanggan mereka. Nak tau entertainment apa? Jap lagi Mrs Jay cerita.

Lepas maghrib, kami terus ke Sunway Piramid. Masuk je parking (macam biasa la guna Touch 'n' Go), nampak ada Preffered Parking yang baru buka. Eh, baru ke? Ke dah lama Mrs Jay tak datang Sunway? Rasanya masa bulan lepas datang tak perasan lak ada Preffered Parking ni. Nak masuk sini, kena guna Touch 'n' Go sahaja. Tapi charge dia RM5 untuk 3 jam pertama dan RM3 untuk jam seterusnya. Bagusnya, sangat mudah dan banyak parking. Tak perlu lah nak tawaf parking Sunway ni dari tingkat ke tingkat.

Macam mana nak cari lokasi Johnny Rockets ni? Kalau tengok kat directory memang pening la, sebab sebenarnya Johnny Rockets ni bukan kat 'dalam' Sunway Piramid. Pelanggan kena keluar di main enterance Sunway Piramid, Ground Floor. Dari pintu main enterance (menghadap ke luar), tengok 45° ke kanan. Nampak la logo Johnny Rockets tu. Kena lintas jalan baru sampai ke pintu masuk Johnny Rockets. 

Masa Mrs Jay datang ni hari tengah hujan. Ada pekerja Johnny Rockets yang bertugas beri payung pada pelanggan untuk lintas jalan. Bagusnya servis dia kan. Lepas sampai seberang jalan, dia akan datang ambil balik payung tu untuk beri pada pelanggan lain.
dua orang pekerja bertugas beri payung pada pelanggan

Sampai je kat dalam, pekerja yang jaga kat reception membawa kami ke meja makan. Masa masuk tu, 'show' tengah berlangsung. 'Show' apa? Chef-chef dan waiter dia tengah menari mengikut muzik yang dipasang. Ini adalah keistimewaan dan kelaziman yang hanya boleh dijumpai di Johnny Rocket sahaja! (kecuali Johnny Rockets KLIA2 sebab cawangan kat situ kecik je).
pekerja kat reception akan guide pelanggan ke meja
JAKIM Halal certified suppliers...baca yang last tu je
Ok, joget dulu ye...

So, sementara memilih hidangan, layan la dulu 'show' mereka ya. Kat sini jugak ada disediakan Birthday Celebration. Rasanya kena book dulu kot. Chef, pekerja dan pelanggan akan ramai-ramai nyanyi lagu Happy Birthday untuk birthday boy/girl. Bisingnya, En. Hubby kata macam kat stadium bola. Kat sini memang akan selalu dengar pekerja-pekerja Johnny Rockets sambut pelanggan dengan nada suara yang kuat. Malam ni je rasanya ada 3 Birthday Celebration.
special untuk birthday boy
ramai-ramai nyanyi untuk budak kecik tu

Ok, mari tengok apa yang dihidangkan kat Johnny Rockets ni ye....

Ok, harga boleh tahan....takpe, En. Hubby belanje. Dia senyum je tengok harga tu. Mesti dalam hati.."Habislah duit aku..." kan? Belek punya belek, page last tu Mrs Jay stop jap. Eh, beer? Johnny Rockets jual beer rupanya, patut lah takde logo Halal dipamerkan. Hmm...yang penting jangan was-was je lah. Kang jadi makruh lak kan. Sebabnya, Mrs Jay tengok, arak akan dihidangkan dalam cawan khas yang tinggi, manala minuman biasa dihidang dalam cawan rendah. Lagipun, tadi dah baca bahan mentahnya dari pembekal yang ada sijil Halal JAKIM kan (kecuali beers la...). Maksudnya, dia tak hidang daging babi.
beers?

Lepas order, kami pun menunggu sambil tengok pekerja-pekerja Johnny Rokets ni menari. Rasanya, ada la dalam 5 ke 6 kali diorang menari sepanjang kitorang makan malam ni. Dalam sela masa 15-20 minit sekali rasanya diorang akan menari dengan muzik yang berbeza. Memang ceria rasanya. Pekerja pun dapat exercise free macam ni.

Ok, sampai pun makanan. Jemput makan, jangan lupa baca doa dulu ye... Burgernya lembut dan sedap. Portion makanannya banyak juga. Memang mengenyangkan. Air shakes dia pun sedap. Lebihan shakes juga akan dihidang bersama dalam cawan steel. Dah bayar mahal kan, mesti lah tak boleh membazir. En. Hubby suka betul dengan Strawberry & Banana Shakes dia.
Creamy Grilled Chicken Spaghetti, RM26.90
Smoke House Single, RM24.90
Strawberry & Banana Shakes (RM16.90) dan Cerry Berry Shakes (RM18.90)

Lepas makan, rehat jap sebab masing-masing kekenyangan. Mintak bil kat pekerja Johnny Rockets. Sekali sampai....harganya....wow. Tapi dapat kupon diskaun 10%. Valid sampai 31 Disember 2014.
Bil: RM103.95

Sebelum bailk, En. Hubby ajak pusing dulu dalam Johnny Rockets tu. Kat sebelah atas ada tempat main game, selain tempat makan.

Dari atas, Mrs Jay dan En. Hubby saja lepak kat tempat yang boleh nampak bahagian dapur. Mrs Jay perhati je pekerja dia buat kerja, terutama kat tempat basuh cawan. Cawan arak dan cawan biasa dibasuh di tempat yang sama. Sambil-sambil tu, pekerja dia pun ada ambil cawan dan minum arak. Hmm...mungkin pekerja bukan Islam kot (Bersangka baik...)
dapur Johnny Rockets
tempat basuh cawan. yang tinggi tu cawan arak
manager pun tumpang minum....tapi dalam cawan steel? bukan cawan serve lebihan shake ke tu?

Mrs Jay pun ada timbul rasa syak wasangka pulak bila tengok manager dia minum air arak guna cawan steel yang sama macam cawan yang digunakan untuk hidangkan lebihan air shake tadi. So, pagi ni Mrs Jay tanya kat kawan Mrs Jay yang kerja kat JAKIM pasal cara pencucian cawan arak tu. Mrs Jay pun ada tengok kat laman web e-Fatwa pasal hal ni.

Alhamdulillah, hilang rasa keraguan tu. Ustaz kata kalau hilang bau, warna dan rasa arak tu dah boleh digunakan macam biasa. Sebelum balik, tengok lagi last dance dari pekerja Johnny Rockets.
penjaga muzik kat atas rupanya...

Ok lah, jom balik. Esok kerja...

1 comment:

  1. wah bestnya makan... btw done follow u, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete