Hari ni hari terakhir di Kuching. Kerja pun dah siap, jadi Mrs Jay punya plan pagi ni cuma jalan-jalan dan cari buah tangan untuk dibawa pulang. Kebiasaannya, orang yang datang ke Kuching akan beli T-shirt, Key Chain, Magnet Fridge atau barangan Sarawak seperti Lada Hitam, sos lada hitam, kek lapis dan ikan terubuk masin. Itu antara barang yang lazimnya lah dibeli di sini. Tapi Mrs Jay dah banyak kali ke Kuching, jadi mungkin cuma nak cari buah tangan untuk keluarga dan kenalan je.
Pagi ni, Mrs Jay sekali lagi dalam misi mencari Kopi O' Corner, Jalan Satok. Kali ni minta bantuan Abang Foursquare lak (Pakcik Google Maps dah tua sangat, tu yang bagi lokasi salah). Ya....akhirnya jumpa juga. Menu macam biasa lah, tapi Mrs Jay tetap tak tau nak pilih apa untuk sarapan. Last-last sarapan nasi beriani lak pagi-pagi. Pilihan menu Sarawak En. Hubby kali ni adalah laksa Sarawak.
Kopi O' Corner, Jalan Satok
bersebelahan dengan RJ Ayam Penyet
beriani ayam
laksa Sarawak
Selain dari makanan yang kami makan, Kopi O' Corner juga menyediakan makanan seperti roti canai, nasi lemak, nasi campur, ikan bakar, mee kolok dan rojak. Kalau datang malam, ada menu makanan nasi atau mee goreng jugak.
Lepas makan, kami ke bandar Kuching. Bertentangan dengan Sungai Santubong (tempat bot penambang), terdapat deretan kedai yang menjual kraftangan dan barangan dari Sarawak termasuk souvenir dan t-shirt. Mereka yang menginap di Grand Marghareta, Hilton, Riversite, Pullman atau Harber View lebih mudah membeli di sini kerana tak jauh dari hotel. Kami parking tepi jalan je, kat kotak parking yang disediakan. Nasib baik owner kereta sewa ni tinggalkan buku kupon parking, boleh la guna. Tapi kupon tu limit setengah jam je sehelai.
mee kolok, mee sapi, mee pok, dan mee kampua
laksa Sarawak, rojak tambi, mee rojak, dan bubur ayam
atas: telur pindang masak cili, bawah: telur masin goreng
lauk nasi campur
Lepas makan, kami ke bandar Kuching. Bertentangan dengan Sungai Santubong (tempat bot penambang), terdapat deretan kedai yang menjual kraftangan dan barangan dari Sarawak termasuk souvenir dan t-shirt. Mereka yang menginap di Grand Marghareta, Hilton, Riversite, Pullman atau Harber View lebih mudah membeli di sini kerana tak jauh dari hotel. Kami parking tepi jalan je, kat kotak parking yang disediakan. Nasib baik owner kereta sewa ni tinggalkan buku kupon parking, boleh la guna. Tapi kupon tu limit setengah jam je sehelai.
kupon parking
t-shirt
Lepas beli sedikit souvenir, kami terus sambung jalan-jalan ke seberang sungai. Macam biasa lah, naik bot penambang tu. Tapi kali ni kami bayar 50 sen je, sebab masa kat kedai tadi, orang kedai tu cakap harga masih 50 sen. Jadi, pengajarannya, lain kali naik bot ni jangan tanya harga. Bayar je 50 sen...hehehe. Tapi kelmarin dah bayar seringgit sorang untuk sekali naik, dah jadi RM 4 kan pergi balik. Pakcik tu dah untung RM 2 kat situ. Pakcik yang bawak bot pagi ni je yang tak berapa nak untung la...
Di seberang sungai, kami mencari kedai kek lapis Dayang Salhah. Agak tersorok, di belakang surau/masjid Kampung Gersik (sebelah Kampung Boyan). Sebelum sampai ke kedai kek lapis ni, ada juga Mira Cake House dan Afifi Kek Lapis. Tapi, kenapa Mrs Jay pilih Dayang Salhah, bukan Mira, Afifi atau yang lain? Sebab pertama, mengikut review yang pernah Mrs Jay baca sebelum ni, kebanyakan kek lapis ada yang pelbagai warna, tapi rasa semua lebih kurang. Kek lapis kak Dayang ni memang berbeza rasa bagi setiap jenis kek lapis nya. Sebab kedua, syarikat Kek Lapis Dayang Salhah ni pernah menyertai Program Groom Big, satu program pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dilaksanakan oleh SIRIM Berhad. Dulu, Mrs Jay pun terlibat gak dalam pelaksanaan Program Groom Big ni. Tu yang nak support usahawan bimbingan sendiri...hehehe.
En. Hubby beli sikit buah 'belimbing' Sarawak dan dua ikat sayur midin untuk dibawa balik. Oleh kerana dah takde plan lagi, kami terus je menuju ke airport. Sampai airport, baru pukul 3.30 petang. En. Hadi kata nak ambil kereta pukul 4 petang, jadi tunggu je la dalam kereta. Dalam pukul 4 lebih, datang seorang lelaki bernama En. Suffian. Kawan En. Hadi katanya, merangkap owner kereta myvi yang kami sewa ni. Mrs Jay bagitau dia pasal saman parking RM1.38 dan bagi sekali RM5. Suruh la dia gi bayarkan nanti. Sebenarnya tadi dah bagitau En. Hadi pasal saman tu, dia kata takyah bayar sebab bukan banyak pun, tapi Mrs Jay tak sedap hati lak dah buat salah tapi tak bayar.

Mira Cake House, ada jugak kedai jual ikan terubuk masin sekitar kawasan ni
kiosk-kiosk jualan
surau/masjid Kampung Gersik
Terdapat berpuluh jenis kek lapis yang disediakan di sini. Antara yang paling digemari pelanggan adalah Kek Lapis Original, Kek Lapis Horlicks dan Kek Lapis Sisik Ikan. Bagi yang menggemari rasa keju sebenar, boleh cuba Kek Lapis Cheese Chocolate, Cappucino Cheese, Marble Cheese, Dragon Cheese atau Cheese Walnut. Selain itu, terdapat juga banyak kek lapis dengan nama yang kreatif seperti Ombak Rindu, Kek Lapis Belacan, Sayang Sarawak, Candy Crush, Nur Kasih dan macam-macam lagi. Kalau nak tau macam mana rupanya, boleh ke laman web rasmi Kek Lapis Dayang Salhah.
Selesai shopping kek lapis, kami naik bot semula ke seberang sungai. Mrs Jay sempat snap beberapa keping gambar di tepi Sungai Santubong ni di siang hari. Kelmarin gambar malam, tak nampak apa sangat.
malam kelmarin jalan dari jeti sampai VMY2014 tu...
Okay, sampai je kat kereta dapat surat chenta dari pakcik trafik sebab lebih masa parking. dapat DUA surat chenta ye. Nasib la tak mahal sebab bukan takde kupon, tapi dah lebih masa je. Satu 53 sen, yang kedua 85 sen. Kalau takde kupon, mau RM 10 kena.
mercu tanda Kuching waktu siang
Destinasi seterusnya adalah India Street. En. Hubby masih mencari barang nak buat hadiah hari jadi ayahnya Ahad ni. Rupa-rupanya, baju-baju t-shirt kat India Street ni lagi murah berbanding kat market tepi sungai tu. Barangan yang dijual kebanyakannya pakaian, aksesori, aksesori telefon, emas dan lain-lain. Keadaannya macam pekan biasa di semenanjung.
Jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari. setengah jam lagi nak masuk waktu Zohor. Hari ni hari Jumaat, jadi En. Hubby kena gi solat Jumaat. Kami terus balik ke hotel. Mrs Jay bagitau kat reception yang kami akan check out lepas En. Hubby balik dari solat Jumaat. Masa yang diberi selewat-lewatnya jam 2 petang. Sementara En. Hubby ke masjid (depan hotel tu je), Mrs Jay kemas-kemas barang nak dibawa balik. Pastikan takde barang tertinggal, sebab jauh nak patah balik ambik.
Tak lama lepas tu, Mrs Jay dapat mesej dari MAS mengatakan flight petang ni delay dari jam 5.45 petang ke 6.10 petang. Hmm...ok takpe. Lepas check out, kami ke Kubah Ria semula untuk tengok bahagian pasar pulak. Ni kes En. Hubby la ni, nak gak dia tengok apa ada kat pasar Sarawak. Takpe la, kasi can. Hari lak dah start hujan. Redah jugak la.
sayur midin. yang depan tu pucuk uban
orang Sarawak panggil buah ni 'belimbing', rasa macam buah rambai pun ada
En. Hubby beli sikit buah 'belimbing' Sarawak dan dua ikat sayur midin untuk dibawa balik. Oleh kerana dah takde plan lagi, kami terus je menuju ke airport. Sampai airport, baru pukul 3.30 petang. En. Hadi kata nak ambil kereta pukul 4 petang, jadi tunggu je la dalam kereta. Dalam pukul 4 lebih, datang seorang lelaki bernama En. Suffian. Kawan En. Hadi katanya, merangkap owner kereta myvi yang kami sewa ni. Mrs Jay bagitau dia pasal saman parking RM1.38 dan bagi sekali RM5. Suruh la dia gi bayarkan nanti. Sebenarnya tadi dah bagitau En. Hadi pasal saman tu, dia kata takyah bayar sebab bukan banyak pun, tapi Mrs Jay tak sedap hati lak dah buat salah tapi tak bayar.
Selesai urusan, terus gi check in bagasi dan lepak kat KFC sementara menunggu waktu berlepas. Pukul 5.15 baru masuk ke ruang menunggu. Tunggu punya tunggu, dah 6.10 petang, flight pun tak sampai lagi. Katanya delay lagi sampai 6.45. So, solat maghrib dulu, jamak sekali dengan isyak. 6.45 petang flight masih tak sampai. Pukul 7 lebih kot baru sampai. Tunggu dia keluarkan barang, isi minyak, masukkan luggage baru, pukul 7.45 baru dapat naik. Dalam pukul 8 malam baru berlepas. Hampir 2 jam delay ni. Kalau lambat lagi tadi dah boleh tuntut kupon makan kat MAS. Itu ada dalam SOP nya.
Duduk je kat seat, Mrs Jay terus on cerita Transformers yang baru ni. Duration dalam 2 jam 45 minit. Konferm tak sempat habis masa sampai KLIA nanti. Takpe la, tengok gak la. Menu yang disediakan malam ni adalah murtabak ayam dan nasi dengan lauk ikan.
nasi dengan ikan untuk En. Hubby
murtabak ayam untuk Mrs Jay
Sampai KLIA pukul 10 malam. Masa nak ambil bagasi, kawasan tu penuh dengan orang yang balik Haji. Keluar je kat Arriving Hall, lagi la ramai manusia menunggu jemaah haji kat luar ni, sampai nak lalu pun susah. Barisan menunggu limo pun apa kurangnya...
tunggu limo pun berbaris panjang
masing-masing menunggu untuk pick up jemaah haji
Dapat je limo, baru la rasa senang hati. Sampai kat rumah pun dah pukul 11.30 malam. Penat betul hari ni...nak rehat puas-puas. Esok cuti, tapi En. Hubby keje...
seronoknye bce entri mrs jay ni ;) in shaa allah ad rzki nk ke sarawak jgk boleh jdkn panduan entry nih..thanks 4 sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih. Memang nak bagi panduan pun untuk sesiapa nak pergi... :)
ReplyDeleteDo come again. Some more perubahan sekarang ni. Especially kat India Street. Dah mcm kat Jalan TAR, KL. Hehe. Most probably, end of this year siap. Kopi O Corner kat Jalan Satok pun ada kak. Raja Ayam Penyet bersebelahan je. Beza KOC yang akak pegi dengan kat Jalan Satok, environment yang agak best. Nowadays, banyak dah kedai makan bukak, and you might wanna try JJCM kat area Matang pulak. Tanya Pakcik/Makcik Google :)
ReplyDeleteTerima kasih untuk info :)
Delete