Monday, 6 October 2014

Ke Fuel Shack lagi?

Korang semua masih ingat lagi kisah Mrs Jay ke Fuel Shack kali pertama dulu? Kalau tak, sila lah klik link tersebut dan baca ye...hehehe. Ok lah, hari ni entah kenapa tetiba je Mrs Jay teringin nak makan burger kat sana lagi. Dari petang tadi Mrs Jay ajak En. Hubby pergi, tapi sudahnya sampai ke malam tak pergi jugak. Apa lagi, Mrs Jay tarik muka je lah dari petang tadi...hahaha, perempuan la katakan. 

Lepas Isyak, En. Hubby ajak pergi ke Fuel Shack. Mrs Jay buat tak layan je. Dia pun terus start kereta, paksa gak Mrs Jay ikut. Merajuk-merajuk pun, Mrs Jay ikut gak...sebab dah lapar sebenarnya. Cover je tu sebenarnya....nampak tak permainan kat sini.

Dah sampai, Mrs Jay order Blue Cheese Delux, dan Cheese Frites sebab last time makan benda lain. Air lak ambil Mango Milk Tea, tu pun sebab pekerja kat situ yang syorkan.
entah macam mana mereka bekerja kat tempat yang terhad ni...hmm

Mango Milk Tea ni dia tak guna bubble macam Milk Tea yang pernah Mrs Jay order dulu. Dia ganti dengan jelly macam yang biasa nampak kat Cool Blog tu. Rasa boleh tahan. Not bad la...

Untuk burger Blue Cheese ni, Mrs Jay memang saje nak try dari dulu lagi. Maklumlah, tak pernah makan Blue Cheese. Biasa makan Mozarella ngan Cheddar je. Bagi yang tak biasa, lebih baik cuba burger lain dulu, sebab bau Blue Cheese ni agak kuat. Bau keju asli...huhu. Rasanya juga agak masin. Biasalah, keju kan memang masin. Tak masin bukan keju namanya...

Macam biasa, daging patty yang tebal tu sangat lah juicy....lembut, bak kata omputeh, nice and tender. (ada ke omputeh cakap camtu?) salad nya, mak ai...hijau betul. Entah dari mana datangnya. Rotinya juga lembut. Thumbs up untuk Fuel Shack!!
Blue Cheese tu yang warna putih, ada tompokan gelap sikit...yang tu bukan keju rosak ye. Harap maklum

Untuk Cheese Frites pula, kentang gorengnya ditabur hirisan keju (Mozarella kot..) sos BBQ, dan sedikit sos cili khas. Kuantitinya agak banyak jadi memang Mrs Jay tak habis, so tapau bawak balik.
harga menu Mrs Jay, RM 25
tagline Fuel Shack di baju pekerja,'Come Hungry, Leave Happy'

Itu sahaja review untuk malam ni. Harga dan senarai menu sila tengok kat entry Fuel Shack sebelum ni. Nite olls...

6 comments:

  1. Aik lol .. hehe kite pun xkenal org . Ok kalau trserempak tegur la hikss

    ReplyDelete
  2. salam kenalan..

    saya balas kunjungan ke sini dan follow awak..
    lepas ni boleh la bertukar info melalui blog..^_^

    ReplyDelete
  3. Perempuan memang slalu camtu, kot..
    Saya pun slalu camtu dulu.
    Sekarang dah anak ramai je tak..

    ReplyDelete