Hari ni, Mrs Jay berangkat ke Kuching kerana esok ada kerja kat sini. En. Hubby pun sanggup ambil cuti dan ikut sekali. Macam biasa, driver limo akan datang jemput kat rumah. Tepat pukul 1 petang, limo pun muncul depan rumah. Kali ni Pakcik Ismail yang datang sebab Abg Zack pergi servis kereta katanya. Lama dah tak naik Limo warna silver. Biasa limo Abg Zack warna hitam. Sebenarnya takde beza pun, cuma limo silver ni rasanya limo yang baru.
Sampai je kat KLIA, kami terus check in bagasi. Kemudian, ke Food Garden di tingkat dua untuk lunch. En. Hubby tak nak makan sebab teringat kes masa balik dari Beijing, dia muntah-muntah teruk sebab makan sebelum naik flight. Lepas makan, solat jamak dulu sebelum naik flight.
Kami bernasib baik sebab dapat flight yang ada tv. Duduk je dalam flight, Mrs Jay terus je on cerita 'How to Train Your Dragon 2'. Sebelum berlepas, ada ditayangkan doa menaiki kenderaan. Bagus, dah ada kemajuan sikit. Bila sampai masa makan, En. Hubby tak larat nak makan sebab da start pening. Menu kali ni cuma sandwich ayam dan sandwich tuna je. Rasanya sekarang MAS pun dah makin cut cost dalam hal makanan. Habis je cerita, masih belum landing lagi. Sempat la belek-belek majalah 'Going Places' edisi Oktober. Dulu, majalah tu dah macam majalah langganan bulanan je sebab tiap-tiap bulan mesti ada outstation naik flight. Sekarang ni je dah kurang...
tapau je sandwich En. Hubby sebab dia tak selera nak makan
Kami sampai kira-kira pukul 5.05 petang. Lepas imegresen dan ambil bagasi, terus je call En. Hadi untuk ambil kereta sewa. Rancangannya, nak sewa viva auto je, sebab harganya RM 90 sehari. Tapi masa sampai, dapat Myvi lak. Kata En. Hadi, penyewa viva tu nak extand guna kereta tu, so dia ganti la dengan kereta lain, tapi ikut harga viva tu la sebab dah janji sebelum ni. Kalau sewa Myvi, dalam RM 120 gak la sehari. Mrs Jay sewa untuk dua hari, jadi RM180 je la. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu dah bawak siap-siap. En. Hadi ada dua syarikat sewa kereta. Satu Tranzero Transportation, dan satu lagi Fina's Transport.
kereta yang kami sewa
Kami terus menuju ke Dormani Hotel, salah satu hotel murah di Kuching ni. Dulu, merasa la gak duduk Grand Marghareta. Paling teruk pun, Grand Continental. Sekarang ni, Dormani je yang mampu. Takpe la, asalkan ada tempat berteduh kat Kuching ni. Mrs Jay mintak bilik Delux, sebab last time duduk sini, dapat bilik superior. Sangat sempit sampai nak solat pun takde tempat. Bilik Delux ok lah, lapang sikit...
Mari tinjau sikit keadaan dalam bilik hotel....Ok la kan.
Lepas check in bilik, mandi dan solat maghrib, Mrs Jay check in flight balik hari Jumaat nanti. Kemudian, barulah keluar JJCM kat bandar Kuching pulak. Kalau duduk kat Dormani ni sebenarnya senang je nak cari makan. Seberang jalan ada kedai makan. Sebelah ada food court. Masjid pun dekat, boleh jalan kaki je. Tapi, sebab ini first time En. Hubby ke Kuching, nak la ajak dia makan kat area Kampung Boyan. Naik bot penambang kat Sungai Santubong (Sg. Sarawak) tu.
parking je kat tepi jalan
menyusur sungai untuk ke jeti
sampai jeti. bot yang kecik tu
Salah satu perkara unik yang Mrs Jay suka kat Kuching ni adalah menaiki bot penambang. Walaupun jaraknya dekat je, tapi merasa la gak naik bot. Kat KL takde. Dulu, setahun dua yang lepas, kos merentasi sungai ni hanya 50 sen. Bulan lepas, senior Mrs Jay naik, harganya dah 80 sen. Tapi kali ni, dah jadi RM1. Mrs Jay faham la, mereka ni cuma cari makan. Dengan kadar ekonomi yang meningkat naik sekarang, periuk nasi mereka sedikit sebanyak terganggu jugak. Orang yang dah biasa naik mungkin akan bayar 50 sen je, tapi pakcik-pakcik ni sebenarnya segan nak mintak. Mereka cuma akan bagitau harga sekiranya penumpang bertanya. Bayar pun bila dah turun bot. Entah ada yang turun tapi tak bayar pun, siapa tahu, sebab takkan pakcik tu nak kejar. Mrs Jay niat sedekahkan je la. Bukan apa sangat RM 1 tu jika dibandingkan kerja mereka yang tak menentu, kos maintenance bot lagi...
enjin bot dipasang sekejap je, sekadar nak gerakkan bot
suasana dalam bot
dah sampai seberang
Sampai je kat Kampung Boyan ni, pertama sekali mesti jumpa Food Court. Tapi Mrs Jay tak nak makan kat sini. Destinasi adalah My Village Barok Bistro, di belakang Food Court. Ini adalah salah satu destinasi yang Mrs Jay selalu pergi kalau ke Kuching ni. Signature Dish kat sini adalah ayam penyet. Tapi ada juga masakan goreng-goreng atau masakan tradisi seperti Mee Kolok, Umai, Manok Pansuh, Sayur Midin, Linut dan sebagainya.
Food Court Kg. Boyan
Tapi kali ini, dapur My Village Barok Bistro sedang dalam renovation, jadi tak dapat lah nak order menu masakan Sarawak. Hmmm...takde rezeki malam ni. Tapi ada menu baru, iaitu Nasi Kambing Ketok Barok. Menu lain yang ada ialah Ayam Penyet, Mee Kolok Ayam Penyet, Umai ikan dan Kupang (mussel) Bakar Berkeju.
My Village Barok Bistro
menu baru: Nasi Kambing Ketok Barok, RM 12
tempat makan tingkat atas
Malam ni, kami order apa yang ada je lah...En. Hubby ambil nasi dengan ulam (ulam raja kat Sarawak panggil Cantik Manis), bersama umai ikan empirang (ikan yang banyak tulang halus kata pemilik kedai...tapi masa makan tak jumpa pulak tulangnya), mussel cheese, dan sambal berahi (macam sambal belacan gak). Mrs Jay nak cuba menu baru dia yang kambing tu la...Not bad la kambing dia. Tak keras dan tak hanyir. Tapi sambal dia (sambal khas ayam penyet) memang boleh buat orang menangis...pedasss.
abaikan ulam tu ye. En. Hubby memang hantu ulam. Last-last orang kedai bagi sepinggan ulam terus
Nasi Kambing Ketok Barok
air sirap barok (sirap+oren) dan kasturi asam boi
En. Hubby bersama pemilik kedai, En. Sufian
bersama anak pemilik, Azizul...Eh! sama pulak nama dengan En. Hubby
Lepas makan, jalan-jalan jap kat jeti. Dulu, kali terakhir datang, jambatan tu belum siap. Sekarang, dah jadi port orang memancing udang galah. Sorang bawak sampai 5 batang joran.
jambatan kat jeti
En. Hubby interview budak tengah memancing udang
Sebelum balik hotel, saja ajak En. Hubby singgah kat patung kucing depan Grand Marghareta ni. Mercu tanda Negeri Sarawak la ni. Gelap pun, tangkap gak gambar.
Sampai dah kat Dormani. Selamat malam..... ZZZzzzzz....
No comments:
Post a Comment