Sunday, 12 October 2014

Media perlu lebih berhati-hati

Pagi Ahad yang indah ni, Mrs Jay tak keluar kemana-mana sebab En. Hubby keje. Macam biasa, lepas kemas rumah dan masak sarapan, Mrs Jay menonton tv sambil layan mesej di group whatsApp. Tengah sembang-sembang, kawan Mrs Jay hantar satu gambar siaran berita pagi ni. Mula-mula memang tak perasan apa yang tak kena dengan gambar tu, kemudian, baca balik tajuk paparan tu baru Mrs Jay faham.

Tak habis kat situ, seorang lagi kawan hantar gambar keratan akhbar bertarikh 8 Oktober lalu.

Memang kita faham, typing error atau typo itu adalah lumrah dalam hidup manusia. Tapi ia akan jadi sensitif bila kesalahan itu sendiri menyentuh sensitiviti manusia. Apa tidaknya, memang tak logik jika ada orang yang 'rai saat gembira terima JENAZAH'. Rasanya ejaan 'ijazah' dengan 'jenazah' tu pun jauh bezanya.

Sama juga dengan kesalahan menaip 'fakir' menjadi 'kafir'. Bila menaip dengan laju, huruf pun jadi tunggang terbalik. Itu perkara normal. Tapi bila maksudnya jauh menyimpang, pasti ada orang yang terasa hati. Ye lah, bila disebut 'kafir' dah tentu menyentuh isu agama. Bak kata kawan Mrs Jay, dah la miskin, di'kafir'kan lagi...

Ada juga kesalahan biasa yang tidak sensitif, bahkan jadi bahan ketawa sesetengah pihak. Jadi, pihak media perlu lebih peka dalam penulisan, supaya berita yang disampaikan tidak menjadi salah faham kepada umum.
'Sembang' pun boleh
Perdana Menteri baru??
Kapal 'seram'
Muka sama, nama dan umur lain..

Manusia memang selalu buat silap, yang membaca tu pun manusia jugak. Jadi, gunalah akal dan cuba bersangka baik ye...

3 comments:

  1. Macam-macam hal... editor verangan kot..

    ReplyDelete
  2. Tak tau la...kita bersangka baik je la ye...huhuhu

    ReplyDelete
  3. hehe.. lucu lucu mereka ni.. tak boleh blah ar

    ReplyDelete