Monday, 13 October 2014

Tempat makan 24 jam

Malam tadi hujan turun dengan lebatnya beserta kilat yang sabung-menyabung. En. Hubby sedari petang tadi sebut nak jalan-jalan ke KLIA 2. Malam tadi sebut lagi. Ni dah kompem la dia nak ke sana. Jarang dia sebut dua tiga kali kalau tak betul-betul nak pergi. Jadi, lepas maghrib, kami pun drive meredah taufan hujan lebat tu...

Ini kali ke-3 kami JJCM ke KLIA 2. Salah satu tempat makan 24 jam yang paling hampir (hampir la sangat...hampir sejam) dengan rumah kami, selain dari KFC, McD, Starbucks atau Old Town White Coffee 24 jam. Sejak pembukaannya, memang KLIA 2 adalah tempat yang menjadi pilihan hati Mrs Jay kalau lapar tengah-tengah malam (atau pagi-pagi buta lepas midnight). Bukan sahaja ada berpuluh-puluh kedai makan yang pelbagai, malah kebanyakannya memang buka 24 jam sehari. Selain kedai makan, ada juga kedai-kedai pakaian, kasut, aksesori, kamera dan barangan lain. Boleh dikatakan KLIA 2 adalah sebuah shopping complex yang attach dengan lapangan terbang.
ala-ala shopping mall
Marrybrown, kat area Pelepasan Domestik
Johnny Rockets, depan Marrybrown
Food Court KLIA 2
Korean Food Stall

Malam tadi Mrs Jay ajak En. Hubby makan kat Texas Chicken. Dari kali pertama datang, memang aim nak makan kat sini, tapi belum berkesempatan lagi. Kali pertama, makan di Marrybrown. Kali kedua, makan Korean Food kat Food Court KLIA 2. Ni la baru dapat merasa Texas Chicken, al-maklumlah, jarang jumpa. Tapi serius, rasa ayam goreng dia macam ayam goreng KFC!! Nampaknya resepi Colonel ni dah hampir dapat ditiru ye...hmm
air boleh refill, ada air teh panas yang sedap

Kat sini jugak ada Jaya Grocer. Macam-macam barang ada dijual kat sini, termasuk souvenir seperti Magnet Fridge, Key Chain dan sebagainya. Hari tu jumpa coklat Pepero yang memang susah nak jumpa melainkan kat Langkawi. Harganya RM 25.99 sekotak. Dalam kotak tu ada 8 kotak kecil. Hari tu Mrs Jay gi tengok kat Giant Shah Alam, ada sekotak yang mengandungi 10 kotak kecil (mix types) harganya RM 29.99 kalau tak silap. Mahal kan Pepero kat sini...


Kesimpulannya, kalau nak JJCM tengah-tengah malam, KLIA 2 adalah tempat yang disarankan untuk pergi. Itu je sebenarnya, cerita panjang berjela ni....


2 comments:

  1. kalau dah 2-3 kali sebut tu memang bersungguhlah nak pergi tu... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal. Dia jarang nak keluar berjalan ni.... ^_^

    ReplyDelete