Hari Sabtu lepas, Mrs Jay dan En. Hubby join satu lagi Family Day yang dianjurkan oleh Kelab kereta PPEOC (Proton Persona Elegence Owner's Club). Kali ni dianjurkan oleh crew-crew dari Shah Alam Group, SAG.
Pagi Sabtu, jam 7.15, kami dah turun ke Dataran Bawah, bersebelahan Muzium Sultan Alam Shah. Hmm...tak nampak pun kelibat kereta-kereta PPEOC. En. Hubby terus call Faiz untuk confirmkan tempat. Betul dah lokasinya, tapi semua orang masih belum sampai lagi rupanya, so, kena lah menunggu. Satu demi satu kereta PPEOC muncul. Senang je nak cam, sebab ada sticker oren PPEOC kat depan kereta masing-masing. Sementara menunggu waktu bertolak jam 8 pagi, kami berkenal-kenalan la sesama sendiri, maklumlah, kena tunggu Family Day baru nampak muka-muka yang jarang turun TT (termasuk la kitorang, sebab join group Shah Alam, tapi duduk kat Puchong. Mana nak turun TT nyer...).
Oh ye...TT tu apa ye? Bagi yang biasa join kelab, istilah TT ni memang biasa digunakan. TT adalah 'Teh-tarik Time' yang bermaksud lepak sambil berborak pasal kereta dan yang seangkatan dengannya lah.
Disebabkan masih ada yang belum sampai, walaupun dah pukul 8 pagi, kami dibekalkan nasi lemak untuk sarapan. Nasi lemak dimasak sendiri oleh salah seorang crew SAG. Kemudian, barulah kami susun kereta sebelum bertolak. Macam biasalah, Faiz selaku Marshal terlatih memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendalikan susun atur perjalanan konvoi kami.
Sebelum aktiviti konvoi dilangsungkan, Marshal PPEOC dah memaklumkan tentang penganjuran aktiviti konvoi kami kepada pihak berkuasa terlibat, termasuk polis trafik. Hal ini sangat penting supaya perjalanan konvoi kami tidak disalah anggap oleh pihak berkuasa dan pemandu lain. Ada masanya, pihak polis trafik akan turun mengiringi konvoi kami, cuma kali ni takde sebab lewat dimaklumkan rasanya...
Seperti biasa, semasa briefing, Faiz selalu mengingatkan supaya semua pemandu mematuhi peraturan jalan raya dan menghormati pemandu-pemandu lain. Crew-crew yang terlibat sebagai lead driver, middle driver dan last driver dikenalpasti supaya tiada yang terpisah semasa konvoi. Semua crew yang mempunyai walkie talkie diminta untuk setkan frekuensi untuk memudahkan komunikasi semasa konvoi.
Mengendalikan konvoi kereta bukan mudah sebab ramai orang yang tak berpengalaman dalam berkonvoi. Pemandu-pemandu lain juga ada yang akan masuk diantara kereta-kereta yang berkonvoi, dan menyebabkan line konvoi terputus. Last driver akan sentiasa update crew di depan dengan walkie talkie. Kalau ada yang tertinggal atau line terputus, lead driver akan memandu perlahan supaya pemandu di belakang dapat pick up kereta depan.
Faiz pesan semasa konvoi, pasangkan lampu tinggi dan pandu mengikut halaju dibenarkan. Kebiasannya di lebuhraya, kami akan menggunakan lorong tengah. Lebih kurang 13 biji kereta bertolak dari Shah Alam dan berkumpul dengan yang lain di R&R Seremban. Dari R&R Seremban, lebih kurang 25 biji kereta bertolak ke Pengkalan Balak, Melaka.
Agak lama juga lah nak menunggu semua orang sampai. Jam 10.30 baru bertolak dari R&R Seremban, dan tiba kira-kira jam 12 tengahari. Kebiasaanya, sepanjang perjalanan, akan ada Media Crew PPEOC yang akan ambil gambar dan video perjalanan konvoi kami. Kadang kala, mereka akan berhenti di tepi jalan untuk ambil shoot.
gigih mereka ambil shoot...
kamera yang dilekat atas kereta Qidran dah nak jatuh...
shoot sebelum sampai tol
cloose up
Sementara tunggu chalet kami dikemaskan, kami lepak-lepak di tepi Pantai Sungai Tuang. Cuaca hari ni baik, cuma gerimis sikit. Harapnya tak hujan la, sebab petang ni kami akan buat aktiviti games di tepi pantai.
Pantai Sungai Tuang
Kira-kira jam 1 petang, kami check in di Chalet Astana Edayu. Lepas pendaftaran, makan tengahari dulu. Semua nya dah disediakan. Menu wajib di Melaka ni pastilah asam pedas kan....
harga penginapan Chalet Astana Edayu
pendaftaran dan pembahagian kumpulan
makan tengahari dulu...
Lepas makan, haruslah rehat dulu. Chalet ni simple je, boleh lah sekadar nak bermalam sehari. Mrs Jay dapat bilik bawah, betul-betul depan ruang makan. Senang sikit kalau nak tau orang lain dah berkumpul ke belum.
bilik ni ada air-cond..
sejadah juga disediakan
Ok lah, rehat dulu ye. Petang ni pukul 4 petang jumpa di tepi pantai....
Next: Games Family Day PPEOC
memang seronok kalau berkonvoi ni...
ReplyDeleteYup...memang best... (^_~)
ReplyDelete