Sunday, 5 October 2014

Wall Sticker

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari ni, terlebih dahulu Mrs Jay nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha lah kepada semua pembaca. Hari ni juga Mrs Jay dah buat header baru untuk blog usang Mrs Jay ni. Cantik tak?? hehehe....Tak cantik takpe la, Mrs Jay tak cukup kreatif kot. Maklum lah, design sendiri je. Tak reti sangat guna aplikasi kat internet tu.

Macam biasa lah, kalau dah namanya hari raya, mesti lah kena kemas rumah. Kemas punya kemas, Mrs Jay terjumpa wall sticker yang Mrs Jay beli secara online lebih 3 tahun dulu. Oh...lamanya benda ni tak pakai pun. So, apa kata tampal je kat dinding kosong kat bilik Mrs Jay ni. Kurang la semak nak simpan-simpan barang lama ni kan...

Tiga keping set taman bunga ros bersama rama-rama. Tampal je la sebelah-sebelah, jadi pagar bunga ros kan...upsss...senget sikit. Takpe lah, janji tak membazir.

Yang rama-rama ni, tampal je ikut suka. Ceria sikit bilik Mrs Jay yang kosong ni...huhu.

Ingat lagi, Mrs Jay ada beli satu lagi wall sticker yang besar. Tampal kat rumah Mrs Jay kat puchong tu. Jap cari, ada simpan lagi tak gambarnya...

Aha....jumpa pun. Sila abaikan jejaka kat depan tu. Fokus pada wall sticker kat belakang. Yang ni pun beli sebelum Mrs Jay kawin dulu... Saje beli besar, biar nampak sikit bunganya...

Wall Sticker ni sesuai untuk dinding yang dicat kosong. Ada macam-macam design sebenarnya. Bukan sekadar bunga, atau tumbuh-tumbuhan. Ada gambar yang kreatif juga mengikut kesesuaian tempat nak ditampal.
Sumber: Google Image.

Kalau korang rasa ada dinding kosong kat rumah tu, apa kata beli wall sticker dan tampal. Barulah kreatif kan. Tapi jangan la tampal semua dinding yang ada pulak, nanti serabut pulak jadinya. Selamat ber'wall sticker' ...

11 comments:

  1. Cantik juga wall paper bunga mawar warna merah tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kalau tempat strategik mesti lebih cantik :)

      Delete
    2. Yang ni wall sticker je. Wall paper tu dah lain...hehe

      Delete
  2. Cantik Wall Sticker....saya suka, saya suka

    http://faceblogisra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Cantik2.
    Nak usha2 jugak lah nanti.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete