Korang masih ingat lagi kan pasal kereta Mrs Jay yang kena langgar semalam? Al-kisahnya, kitorang janji nak settlekan lepas kerja, sebab masing-masing ada hal nak kena uruskan pagi tu. Jadi, lepas kerja Mrs Jay ajak la Raj ni jumpa kat Puchong petang semalam, dalam pukul 6 petang.
Masa jumpa, En.Hubby tanya lah Raj tu macam mana? Dia nak bayar ke untuk repair? Raj tu kata "Sikit je, boleh polish saja. Kos dalam seratus lebih". Terus En. Hubby pintas, "Ni dah kemek, calar pun dah makan dalam, mana boleh polish saja". En. Hubby terus ajak dia ke bengkel kereta berhampiran.
Sampai je bengkel, tokey kedai tu pun tengok la kawasan kecederaan En.Sona. Dia explain kat kitorg apa yang perlu direpair. Anggaran kos dalam RM450. Haa...hamik ko! Mrs Jay tanya Raj, "So ok ke? U boleh bayar tak?" Dia kata "Takpe la. Esok saya panggil ayah saya. Nanti explain kat dia". Jadi, En.Hubby pun bersetuju untuk repair balik kereta ni petang esok (hari ni), masa yang sama, pukul 6 petang.
Hari ni, seperti yang dijanjikan semalam, Mrs Jay pun whatsapp Raj. Saje je nak remind dia pasal petang ni. Dan nak bagitau yg Mrs Jay lambat sikit. Dia respond, tapi cakap tak boleh lak petang ni. Mrs Jay risau gak kalau janji tapi asyik tangguh-tangguh. Macam nak lari je. So, lepas bincang dengan En.Hubby, dia nak buat report polis gak malam ni.
Hari ni, seperti yang dijanjikan semalam, Mrs Jay pun whatsapp Raj. Saje je nak remind dia pasal petang ni. Dan nak bagitau yg Mrs Jay lambat sikit. Dia respond, tapi cakap tak boleh lak petang ni. Mrs Jay risau gak kalau janji tapi asyik tangguh-tangguh. Macam nak lari je. So, lepas bincang dengan En.Hubby, dia nak buat report polis gak malam ni.
Lepas maghrib, kitorang pun keluar ke Shah Alam semula. Disebabkan kejadian berlaku di Shah Alam, report pun kena buat di Shah Alam juga.
Macam2 kn manusia zaman sekarang ni.. dh buat tapi x nk bayar pula... sakit hati kn.. sabar yr.. jemput jln2 di www.yatiadam.com
ReplyDeleteSama macam kes saya dengan pakcik Melayu tua...
ReplyDeleteMemang sakit hati... Lepas daripada kes tu, saya berazam, langgar sikit ke, langgar banyak ke, apa-apa hal, ke balai dulu. Kita salah atau dia salah, tu belakang kira...
Tu lah. Pengajaran baru jugak ni. Memang kena report gak. Dalam kes ni saya pn akan kena saman gak sebab tak buat report dalam tempoh 24 jam...
ReplyDelete