Minggu ni, Mrs Jay kena bertugas di Pulau Pinang dengan seorang lagi colleague. Tapi disebabkan last minute anaknya sakit, terpaksa lah Mrs Jay pergi sendiri. Oleh kerana kebosanan tahap langit ke tujuh, Mrs Jay ambil keputusan untuk ajak En.Hubby serta mak dan bapa mertua ikut sekali.
Kami bertolak pada hari Ahad, kira-kira jam 7.10 pagi. Singgah sarapan di R&R Tapah, dan terus ke Pulau Pinang. Memandangkan sampai awal, dan jam 11.30 pagi belum boleh check in, Mrs Jay ingat nak ajak mak dan bapa mertua jalan-jalan di Bukit Bendera dulu. Jadi, kami terus menyimpang ke pulau melalui jambatan kedua Pulau Pinang atau nama penuhnya jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Hotel kami di area Butterworth je...tak masuk pulau pun sebenarnya.
tol dari Elite ke PLUS sampai sini adalah RM53
JK2PP
musim hujan ni boleh tengok hujan jatuh ke laut
hampir sampai ke penghujung jambatan
Inilah kali pertama Mrs Jay lalu kat jambatan kedua ni. Memang jauh perjalanannya, kira-kira 24 km panjang. Dari jambatan ni, boleh nampak jambatan Pulau Pinang dari celahan tembok batu yang dibina agak tinggi. Dari bendera angin lintang yang dipasang, Mrs Jay faham kenapa tembok tu dibina tinggi. Kalau rendah, mau tersasar juga kenderaan yang lalu di jambatan ni bila angin kencang.
Ok, nak ke Bukit Bendera ni pun mencabar gak. Memang Mrs Jay bergantung sangat kat GPS, sampai sesat gak la ke Taman Botani. Rupa-rupanya, kalau ikut sign board yang ada kat sini pun dah cukup. Mesti sampai nyer ke Bukit Bendera.
Dah check in ni, nak rehat kejap sebelum keluar balik....Jangan lupa solat dulu. Tanda kiblat hotel ni diletak dalam laci, tapi macam tak sama je arahnya ngan aplikasi kat handphone. Intai jap masjid kat luar pun rasanya macam tak sama ngan arah yang ditunjukkan tanda arah hotel tu...Cuba tukar aplikasi lain pun sama je, so ikut handphone je la.
Aktiviti petang tadi, Mrs Jay upload kat next entry la ye....
dekatnya pesawat Air Asia ni...baru nak mendarat
dah sampai...tapi nak parking mana ni??
ada parking belakang, RM 4
bergambar dulu...
dari parking ni, lalu jalan belakang ke tempat masuk mula-mula tadi
beli tiket dulu
kena tunjuk MyKad untuk semua pembeli
tiket RM8, mak dan bapa mertua dapat diskaun separuh harga (warga emas)
depan kaunter ada kedai-kedai jualan dan tandas
surau juga disediakan
Pintu masuk
Ruang menunggu. sebelum sampai ke ruang ni ada kawasan orang ambil gambar pengunjung dulu (untuk dijual)
gambar ambil bila turun nanti
ini bukan effect ye...memang kabel car ni senget
masa mula-mula gerak
makin laju...
tengah-tengah ada lak kawasan kabel car berselisih....laju lak tu
melepasi terowong
sampai dah. 712m dari aras laut kot
ni la dia kabel car senget Bukit Bendera
Dah sampai pun kat atas. Ada ruangan untuk sight seeing sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan Food Court. Di bahagian bawah ada Owl Museum, burung hantu je la kot ada dalam muzium tu. Mrs Jay tak masuk pun sebab kena bayar (kanak-kanak je free), plus tak minat sangat nak tengok. Atas lagi, iaitu di rooftop, terdapat kawasan mangga kunci Love Lock ala-ala yang Mrs Jay jumpa di Beijing hari tu.
kawasan Food Court
di rooftop
Love Lock Bukit Bendera
Di bahagian atas pula, ada kawasan seperti dataran. Cuaca hari ni hujan, jadi semua orang pun hanya duduk-duduk je kat kawasan pavillion dia. Nak jalan kena pakai payung la. Cuma ada pengunjung yang berpeluang naik kereta boogie dari hotel berdekatan. Bellevue The Penang Hill kot namanya.
kalau tak hujan nak gak posing kat sini
kawasan berbasikal juga
ayam pun tumpang berteduh
Boogie car hotel
dah nak balik...
snap curi-curi
kulit ular ni lembut.....
lalu jer....
dah kul 1 petang pun berkabus....xleh nak sight seeing
laluan keluar tengah renovation
beratur nak turun kabel car
owh En.Hubby snap lak...nampak jerawat o_O
Sampai bawah je dah kul 1.30 petang. Cadangnya nak makan Nasi Kandar Kampung Melayu, tapi time-time ni mesti dah tutup. Nak makan katne ni ek? En.Hubby ni lak degil, nak gak gi cari makan kat area Kampung Melayu, walaupun nasi kandar tu dah habis. Jadi, ikutkan je la dia. Kami berhenti makan nasi campur kat Food Court Kampung Melayu. Kakak kat situ kata nasi kandar tu biasa pukul 10 atau 11 pagi pun dah habis. Kena tunggu petang, orang tu bukak kedai kat Astaka, area rumah flat baru (Desa Mawar kot nama tempat tu).
lepas makan, singgah beli cempedak goreng...panas-panas
dia jual sebiji 40 sen je, tapi besar la...dan manis
Lepas makan, balik ke tanah besar dulu. Check in di Pearl View Hotel, dan rehat jap.
aplikasi salam muslim....tak sama
aplikasi kiblat lain pun tak sama gak...haishh
tengok luar pun, masjid macam ikut arah kat handphone
No comments:
Post a Comment