Selepas makan tengahari di Golden Palace Restaurant, kami bertolak ke tempat yang memang dinanti-nantikan iaitu Tembok Besar China atau The Great Wall of China. Perjalanan ke sana melintasi banjaran gunung yang cantik.
Tembok Besar China dari jauh
hampir sampai
Tembok Besar China ni sangat panjang, tapi tak semua kawasan boleh dilalui kerana banyak kawasan tembok yang dah rosak. Menurut Iye, kalau nak merentasi sepanjang Tembok Besar ni mungkin mengambil masa dua hari perjalanan.
yang ni kat seberang jalan
yang macam castle tu kira tempat perhentian atau check point la
kaunter jualan tiket masuk
pintu masuk
ramai orang yang mendaki tangga-tangga Tembok Besar China ni
ambil gambar jap
ada coffee shop kat sini
Sebelum naik atas, baik pergi toilet siap-siap. Kat atas memang takde toilet la kan. Kat tempat parking tadi pun ada toilet, tapi sebab dah masuk dalam, pergi je toilet kat dalam ni. Tapi, for the first time....memang berbau giler toilet ni. Tak sanggup lama-lama kat dalam. Seteruk-teruk tandas lain yang Mrs Jay pernah masuk kat Beijing ni, tandas kat sini la yang paling horrible bau dia!!
gi toilet kat belakang ni
tak nampak lak Tembok Besar kat belakang...sapa la amik gambar ni??
Sebelum naik, ada la kedai kecil kat bawah ni yang menjual souvenir yang boleh ukir nama kita atas cawan atau kertas, untuk kenang-kenangan. Tapi Mrs Jay malas nak buat. Excited nak naik Tembok Besar China la katakan...
OK...mari mulakan langkah pertama..
pandangan ke belakang
di castle atau check point pertama
Salah satu perkara menarik di Tembok Besar China ni adalah mengenai "Love Lock" yang sama macam kat Korea tu. Menurut tradisinya, pasangan perlu memasang mangga kunci di sini dan buang kuncinya ke bawah. Kiranya mangga kunci tu adalah lambang cinta pasangan tu la. Sekiranya pasangan tersebut berpisah, mereka perlu cari balik kunci yang mereka dah buang tu untuk buka semula mangga kunci tu. Memang takde keje kan dah buang kat hutan tu nak cari balik kuncinya....
yang ni bukan Mrs Jay OK...
Mrs Jay naik sampai check point ke-3 je. Tak larat dah nak panjat tangga-tangga yang curam ni lagi. Kebanyakan tangga dah melekuk sebab ramai sangat yang lalu kat situ. Dah la kat atas ni sejuk giler. En. Hubby dah meleleh hingus kat atas, tapi dia larat nak panjat lagi. Mrs Jay biarkan je dia naik sampai mana dia nak. Tapi bila dah lama sangat, dan jam dah dekat kul 3 petang, Mrs Jay jerit panggil dia turun. Hahaha....memang tak boleh bla betul sebab tak tau En. Hubby kat mana. Nasib baik la dia leh dengar kat atas tu. Dah nak sampai check point ke-5 kot dia...
dah sampai castle ke-3 ni
jauh jugak Mrs Jay naik tangga curam ni
kat bawah ni ada kedai jual souvenir dan Love Lock
En. Hubby dah naik sampai atas. Tak nampak dah kat mana dia
yang bawak anak kecik jenuh mendokong anak naik tangga
tembok kat seberang jalan. nampak kecik je
keretapi dua kepala yang menghubungkan China dan Jerman. Ambil masa lima hari baru sampai
tangga yang curam dan berlekuk
En. Hubby sempat ambil gambar dari atas masa dia teruskan mendaki ke check point ke-5.
pemandangan atas gunung
check point ke-4
dah nak sampai check point ke-5
sempat posing lagi..
papan tanda jadi mangsa
sempat gak dia conteng nama kat sini
sempat lagi En. Hubby snap gambar Mrs Jay sebelum turun
Masa nak turun, Mrs Jay singgah kejap kat kedai souvenir tadi, nak tengok apa yang ada kat satu-satunya kedai kat atas Tembok Besar China ni.
Selesai meninjau-ninjau, kami pun turun dari Tembok Besar China ni, tapi bukan ikut jalan naik tadi. Rupanya kat sebelah kedai souvenir ni ada jalan lain yang boleh digunakan. Orang kata nak turun tangga Tembok Besar adalah lebih mencabar dari naik, sebab curam. So, gunalah jalan alternative ni. walaupun sedikit menggelongsor, tapi masa-masa macam ni belum ada salji, jadi masih selamat.
jalan alternative
tembus ke kawasan masuk ke tandas tadi
tak sanggup masuk toilet berbau ni lagi
Ok dah selesai aktiviti di Tembok Besar China ni. Jom la kita ke tempat seterusnya.....kat next entry.
Next: Beijing Trip (Hari 3 - part 3)
No comments:
Post a Comment