Hari ni Mrs Jay join Family Day Kelab Kereta Persona Elegence (PPEOC) untuk bahagian Central Region. Mrs Jay join konvoi Putrajaya Crew sebab Puchong lebih dekat dengan Putrajaya, sebelum berkumpul di R&R Seremban untuk konvoi dengan crew dari bahagian lain. Pukul 7.05 pagi, Mrs Jay dan En. Hubby dah sampai di Jambatan Putra, berhampiran bulatan Masjid Putra, Putrajaya. Tengok-tengok, takde pun kereta budak-budak PPEOC. Alamak!!! Takkan dah kena tinggal pulak. En. Hubby terus call Kak Mas. Rupanya, Kak Mas pun tak keluar rumah lagi. Fuh.....selamat la tak kena tinggal.
Tunggu punya tunggu, pukul 7.50 pagi baru gerak. Janji nak gerak pukul 7 pagi...memang janji Melayu...adoii. Dari sini, cuma ada 9 biji kereta. Faiz dan Shahril marshall dari sini. Ada 4 biji kereta lagi tunggu di tepi highway. Semasa di highway PLUS, kami diiringi oleh sebuah ambulans yang turut sama pasang lampu dan konvoi di belakang barisan kami. Mrs Jay rasa mungkin dia teringin nak join konvoi, tapi ambulans takde konvoi kan. Takpe lah, kasi can la dia ikut. Kami berpisah dengan ambulans tersebut bila kami exit di R&R Seremban.
dari Putrajaya
dah sampai R&R Seremban
breakfast yang dibawa sendiri oleh warga PPEOC
takde meja, bonet pun jadi la..
sedia untuk berkonvoi
Setelah bersarapan dan pasti semua ahli dah sampai, barulah kami bergerak ke destinasi, iaitu Wet World Air Panas, Pedas, Negeri Sembilan. Kira-kira lebih 30 biji kereta Persona terlibat untuk konvoi kali ni. Marshall oleh Faiz, Habib dan Kechik. Satu lagi kereta untuk photographer.
barisan kereta yang dah tiba
apa yang En. Hubby cuba lakukan??
meja urusetia yang penuh...
penuh dah pintu masuk Wet World
kaunter tiket untuk pengunjung
ada aktiviti skuba juga kat dalam....hmmm
sila tulis nama untuk bantahan kenaikan harga tiket masuk tahun depan
lencana untuk pembahagian kumpulan, juga tali untuk diikat di tangan
kupon makan tengahari, tea break dan kupon aiskrim (pink)
dapat voucher sticker kereta juga ye...dari penaja
Mrs Jay akan tunjukkan dulu gambar-gambar suasana di dalam Wet World ini, sebelum cerita tentang aktivity family day kami.
refleksologi dalam air panas (sebenarnya suam je)
yang ni betul air panas...
tapi suhunya dikawal, memang bukan kolam air panas semulajadi
surau juga disediakan
Ok, dah sampai pun tempat berkumpul. Mari mulakan aktiviti dengan acara sukaneka...yeayy.. Sebelum tu...sesi bergambar dulu ye..
Upss....posing jap
padang sukaneka
staf Wet World bertugas
seksi lak adik ni...
aktiviti air bermula
eh2...adik nak main jugak
mari lihat siapa menang
gadis-gadis PPEOC
jemput makan
Semasa sukaneka dijalankan, terdapat seorang ahli PPEOC yang disengat tebuan semasa mandi dalam air. Pelik kan, tebuan dalam air ke? Tapi masa di padang pun memang ada muncul seekor tebuan yang agak besar berlegar-legar berhampiran kami. Ulat bulu pun ada...hmm. Peserta tu dah dibawa ke klinik berhampiran dan mendapat rawatan. Sementara tu, aktiviti cabutan bertuah juga dijalankan. Lebih kurang 50 hadiah disediakan untuk peserta. Kiranya hanya dalam 10 orang je yang tak dapat hadiah nanti. Nasib masing-masing la ye...
Mrs Jay dapat hadiah hamper
En. Hubby dapat Roof Top sticker
asalnya dapat warna hitam
family adik ni dapat dua Side sticker dan satu Roof Top sticker
sesi tukar menukar berlaku...
Sukaneka tempat ke-4, kumpulan Biru
Sukaneka tempat ke-3, kumpulan Hijau
Sukaneka tempat ke-2, kumpulan Pink
Sukaneka tempat pertama, kumpulan Hitam
pemenang hadiah No-2
pemenang hadiah utama, Microwave Oven
hadiah dari sukaneka...
Selesai semua aktiviti, masa untuk mandi manda. Lepas berenang di tempat mandi dewasa, mereka semua ke bahagian paling menarik kat Wet World ni, gelongsor air...
mari naik...
style terbalik pulak
gelongsor tanpa pelampung
style superman
style terbalik
style duduk
ok...tak jalan, lompat je la...
Nak main kat gelongsor tanpa pelampung ni, agak susah jika anda memakai baju. Anda mungkin akan berhenti di beberapa check point sepanjang gelongsor tersebut memandangkan air yang mengalir adalah sedikit sahaja. Cara paling mudah adalah buka baju (bagi lelaki sahaja) atau memakai pakaian renang. Main air waktu panas boleh menyebabkan kulit anda berbelang. Jangan lupa pakai sunblock ye...hehehe. Eh, macam iklan pulak..
agak ketara belang nya...huhuhu
Ok, dah selesai mandi manda, bolehlah bilas badan dan balik. Tapi, dah alang-alang ke Negeri Sembilan ni, tak salah untuk singgah pekena mee udang yang selalu disebut-sebut blogger di KelabBloggerBenAshaari. D'Laila Mee Udang di MMA Santai Corner, Nilai.
ni lah kedainya...
Mrs Jay order mee udang + ketam, RM 17
Sebelum ni ada tengok sorang blogger ni post pasal keenakan mee udang kat sini, pastu semalam Abg Ben lak post. Memang terliur dibuatnya. Bila order dan rasa..... pehhhh...sedap la pulak. Sampai licin mangkuk... Sempat gak berborak ngan Kak Laila, owner lot kedai ni.
kulit udang dan ketam sepinggan...huhu
Badan penat, perut pun dah kenyang, balik la rumah...tidur. Selamat malam semua...
No comments:
Post a Comment