sambungan siang tadi.
Hari pun dah petang, Mrs Jay ingat nak tengok sunset view di tepi pantai. Dalam jam 6, Mrs Jay kejutkan En.Hubby yang tidur kerana kepenatan driving sepanjang hari. Kemudian call mak dan bapa mertua di bilik sebelah melalui talian hotel. Bunyi telefon boleh dengar dari bilik Mrs Jay, tapi takde lak orang angkat. En.Hubby buka pintu connecting room (memang pesan supaya mak ayah tak tutup pintu ni) dan tengok bilik tu kosong. Eh!!!! Mana lak mak ngan bapa mertua hilang ni? Terus En.Hubby call handphone ayah. Rupa-rupanya mereka pergi turun makan roti canai kat mamak di bawah hotel. Nak kudap-kudapan katanya....dah biasa makan petang bapa mertuaku ni.

Kami terus pergi pick up mereka kat bawah dan menuju semula ke pulau. Tol jambatan Pulau Pinang ni adalah RM7, tapi bayar sekali je. Balik dari pulau ke Perai memang xde tol.
Pemandangan jambatan ke-2 dari jambatan Pulau Pinang. Sayup je macam tali
Kami terus sahaja menghala ke Pantai Batu Ferringhi. Perjanan kebih kurang 40 minit gak la. Sampai je, terus cari parking area tepi pantai. Kat sini ada orang tempatan akan ambil charge parking RM2.
JKKK ye...
Sampai je, terus snap gambar
Suasana aktiviti petang
Last snap sebelum solat maghrib
Solat kat sini dulu, betul-betul di tepi jalan besar
On the way balik, snap gambat masjid terapung dulu
Sebenarnya lepas solat maghrib, ingat nak makan Char Koay Teow Mady yang femes tu, tapi cari punya cari tak jumpa lak. Last-last berenti kat petronas dan tanya kat penjual shisha tepi jalan. Orang tu telefon kawan dia, yang juga peniaga char kuey teow sebelah Mady. Rupa-rupanya Mady tutup lak malam ni. Tak tau lah setiap Ahad tutup atau hanya Ahad ni je. Melepas....So, mana nak makan malam ni? Lapar dah ni. Cadangan Mrs Jay seterusnya adalah cari Nasi Kandar Beratur, di sebelah Masjid Kapitan Keling. Mrs Jay ingat nak gerak kul 9, sebab kedai tu bukak pukul 10 malam. Tapi En.Hubby suruh pergi awal, sebab tak tau tempat. Kalau sesat ada masa lagi nak cari.
Masjid Kapitan Keling
Kedudukan kedai Nasi Kandar Beratur ni betul-betul diantara tembok masjid dan deretan kedai. Jam baru masuk pukul 9 malam, tapi entah kenapa kedai ni dah bukak!! Apalagi, terus la beratur. Masa ni barisan pendek je, ada dua tiga orang je kat depan. beberapa meja dah penuh dengan pengunjung. Mamak ni pun buat kerja cepat, takde la lama sangat menunggu.
dari jauh dah nampak kedai Nasi Kandar Beratur ni...
masa ni belum pukul 10 malam lagi...
En.Hubby adalah yang paling teruja sekali. Order sampai dua ketul udang dan dua ketul sotong. Sekali tengok harga....terkedu. Terus hilang selera makan....hahaha.
udang 2 ketul, sotong 2 ketul, sayur dan kuah campur.....RM 39
Mrs Jay punya, ayam seketul (kecik je pun), telur ikan seketul, sayur dan kuah campur....RM 11
muka orang yang 'keciwa' sebab makan sepinggan RM 39.....hahaha
Oleh kerana kekecewaan terlampau, En.Hubby tak selera makan dan bagi separuh udang dan sotong pada Mrs Jay. Akhirnya, siapa yang makan ni?? Lepas je makan, terus ajak balik hotel. Dia dah hilang mood nak berjalan.
Ok lah, itu sahaja cerita untuk hari ni. Good night!! Esok kerja....
No comments:
Post a Comment