Semalam, En. Hubby ajak Mrs Jay ke Halfest, kira ganti yang pergi Rabu lepas tapi tak sempat sebab Halfest nya tutup pukul 7 malam. Halfest ni memang tiap-tiap tahun Mrs Jay pergi, dah jadi macam aktiviti wajib lak kan. Tapi entah kenapa tahun ni dia buat dari jam 10 pagi sampai 7 malam je. Biasanya tahun-tahun lepas sampai pukul 9 atau 10 malam baru tutup. Ini tahun kedua Halfest diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Sebelum ni kalau tak silap di KL Convention Centre (KLCC) atau di Putra World Trade Centre (PWTC).
Tahun lepas, Mrs Jay datang lewat, jadi agak sukar nak masuk dan cari parking. Jadi, tahun ni, pukul 9 dah gerak dari rumah. Dapat lah sampai awal sebelum pameran bermula.
parking RM3 pada hari biasa dan RM4 pada hari cuti
Alhamdulillah dah sampai awal, parking pun banyak lagi. Jadi sempat lah ronda-ronda tengok papan kenyataan Halfest ni. Ada jugak booth untuk bergambar...hihihi
aturcara program esok (Ahad) hari ni punya lupa nak snap
macam biasa, kena isi borang dan beratur di kaunter untuk dapatkan sticker pelawat dan beg
bergambar dulu...alamak nape Mrs Jay berdiri tak center??
Dah masuk, nampaklah beratus booth pemamer yang mempromosikan produk halal masing-masing. Ada juga booth dari agensi kerajaan yang offer service untuk bantu IKS. Selain itu, ada beberapa pentas disediakan di beberapa tempat. Pentas memasak, pentas pertandingan mewarna (bagi kanak-kanak), dan pentas fesyen di tingkat atas. Masa nak masuk tadi, terserempak ngan Linda Onn, rupanya dia ada booth jual produk sendiri rupanya.
pentas memasak
pandangan dari atas
zoom sikit...ni Jaafar Onn...pun ada booth jual produk sendiri. Tadi Linda Onn
booth jualan
pentas pertandingan mewarna kanak-kanak
pandangan dari tingkat atas
zaman dulu-dulu, Mrs Jay yang kena jaga booth ni...
Kat tingkat atas pula, ada booth jualan pakaian dan tudung. Tahun ni diasingkan dari produk makanan, jadi lebih sistematik dan lebih banyak booth boleh dibuka.
abang ni jual t-shirt berunsur islamik
perasan tak.....jam tu berputar ikut arah lawan jam
Tahun ni juga, dibuka ruang makan khas untuk pengunjung. Terletak di tingkat atas. Tahun lepas takde, ni kira improvement jugak la.
tempat makan khas
Bagi yang kaki shopping, disediakan juga kemudahan 'porter' untuk membawa barang-barang anda. Ini juga baru dilaksanakan, tahun lepas takde.
porter
Ok, dah habis pusing satu MIECC, boleh lah bergerak balik. Tapi Mrs Jay tak terus balik rumah ni. Kami nak ke Matta Fair pulak di PWTC. Jom tengok entry seterusnya....
jumpa lagi tahun depan...
No comments:
Post a Comment