Sunday, 7 September 2014

Tumit kaki dah tak merekah lagi

Tengahari Khamis yang lalu, lepas habis seminar, Mrs Jay ikut ofismate pergi spa. Sebenarnya saje je ikut sebab tak nak tinggal sorang-sorang kat ofis. Ni sebenarnya kali pertama Mrs Jay ke spa, sebelum ni tgk je kawan-kawan melayan diri. Safah Herbs, terletak di seksyen 23, bersebelahan Tam Nasi Ayam, di tingkat satu. Nak kata banyak je spa lain kat area Shah Alam ni, tapi disebabkan kawan-kawan nak survey spa yang ni lak, Mrs Jay ikutkan je. Maklumlah, orang tak pernah pergi spa la katakan...Diorang tu, tanya je spa apa, semua tahu...

So, bermulalah sesi survey-survey pakej yang ditawarkan. Kak Sharifah nak survey pakej untuk rambut. Kak Faza dan Farah lak survey pakej ibu lepas bersalin. Mrs Jay yang tak de tujuan ni cuma tengok-tengok je la apa yang Safah Herbs offer, kot-kot la ada yang berminat. Pekerja tu kata untuk pakej-pakej yang kawan-kawan Mrs Jay tanya tu, biasanya kena buat appointment dulu. Alasannya, mereka perlu dapatkan ramuan yang segar untuk buat treatment tu. Ok la kan, at least kita tau dia guna ramuan asli yang segar.

Sambil belek-belek pamplet tu, Mrs Jay ternampak rawatan untuk tumit merekah. Dalam hati dok pikir masalah tumit Mrs Jay ni boleh hilang ke kalau buat treatment ni?? Dah bertahun ada masalah tumit merekah, macam-macam losyen dah try, tapi takde perubahan pun. Tapi salah Mrs Jay gak sebab tak konsisten. Lagi satu tabiat Mrs Jay yang tak suka pakai stokin dan kasut. Asal ada peluang je, nak pakai selipar, tak kira la pergi keje ke, jalan-jalan ke, memang selipar la gak yang menjadi pilihan hati.

Saje je lah, Mrs Jay bertanya kat pekerja Safah Herbs ni tentang treatment tu, dia kata kalau nak buat sekarang pun boleh sebab ramuan untuk treatment tu ada. Eh, orang lain yang nak gi spa, orang lain lak yang buat treatment! Kawan-kawan Mrs Jay pun dah start pujuk Mrs Jay untuk buat treatment tu sebab diorang nak tengok hasilnya. Berat gak la hati nak ikutkan, sebab harga pun RM45 sekali treatment. Tapi kerana tumit, Mrs Jay ikutkan gak la....
sesi merendam kaki
ramuan lumur kaki, minyak dan yang pemegang kayu tu adalah salah satu pengikis tumit
bilik untuk rawatan spa

Pekerja tadi gi la siapkan ramuan untuk Foot Spa Mrs Jay ni. Dah siap, dia pun panggil untuk mulakan rendaman. Kalau tak silap, yang Mrs Jay nampak dalam tempat rendaman kaki (sinki yang dibuat di bawah) tu ada air panas (suam) yang diletakkan hirisan halia. Dia suruh Mrs Jay rendam kaki dalam air tu dan taburkan garam Himalaya (garam bukit yang ketul besar tu). Sementara Mrs Jay merendam kaki, dia pergi layan kawan-kawan Mrs Jay kat luar, nak beli barang-barang spa untuk buat kat rumah.

Agak lama gak berendam kaki, pekerja tu pun datang. Keluarkan kaki, lap kejap dan lumurkan ramuan kelapa dia. Nampak macam santan yang masih ada hampas kelapa tu. Lepas lumur, biarkan seketika supaya ramuan tu menyerap, kemudian, dia mula sental kaki Mrs Jay. Rasanya itu untuk tanggalkan daki supaya kaki lembut dan mulus. Lepas tu rendam semula kaki dalam air tadi, kemudian, barulah kerja-kerja mengikis tumit dilakukan. Macam seriau je bila kata nak kikis tumit ni...hahaha. Dia ada alat khas untuk kikis tumit, biasa memang banyak kat spa-spa je. Rasanya ada dalam tiga jenis pengikis dia guna kat Mrs Jay.

Selepas siap. pekerja tadi gantikan air rendaman dengan air baru. Sementara tu, dia lumur lak kaki Mrs Jay dengan apa tah Mrs Jay pun tak tanya. Biasalah macam yang kita biasa tengok kat tv tu, ada benda yang dia lumur kat badan orang, macam tu la dia lumur kat kaki Mrs Jay. Kemudian, dah tunggu ramuan tu meresap (kot), barulah Mrs Jay disuruh rendam semula dalam air yang baru. Tapi kali ni air yang dicampur susu. Ala-ala mandi susu versi kaki sahaja lah katakan. Tapi tak rendam lama la. Kemudian dia bilas-bilas kaki Mrs Jay dengan air susu tu, angkat, lap dan sapu minyak. Minyak tu campuran minyak zaitun dengan apa tah, tak ingat.

Pekerja tu siap promot lagi kalau Mrs Jay nak buat sendiri kat rumah, dia jualkan barang-barangnya. Tapi Mrs Jay kata, memang tak la. Kalau kat rumah mana de masa nak buat semua ni. Baik Mrs Jay datang sini suruh dia buatkan je. Lagipun kat rumah ada minyak kelapa dara yang masih belum digunakan, boleh je buat sapu-sapu tumit lepas ni. Ok, dah siap!! Hasilnya......memang 80% lebih baik dari sebelum ni. Masalah tumit merekah dah tak berapa ketara lagi. Tapi pekerja tu pesan suruh datang lagi lepas seminggu sebab tumit Mrs Jay tu kan dah merekah lama, takde la boleh baik dalam sekali rawatan je, Mrs Jay pun faham tentang tu. Tengok la kalau ada budget, baru datang lagi...

Barulah rasa lebih yakin untuk pakai selipar lepas ni...hehehe (tak yakin pun pakai gak, dah suka). Cuma Mrs Jay kena lebih rajin menjaga tumit lah ye lepas ni. Kena sapu minyak kelapa dara la jawabnya setiap malam...huhu

No comments:

Post a Comment