Sunday, 7 September 2014

Matta Fair 2014

Ye...macam yang Mrs Jay bagitahu di entry sebelum ni, Mrs Jay bergerak dari Halfest ke Matta Fair pulak. Memandangkan Matta Fair diadakan di PWTC, En. Hubby lebih suka untuk menaiki LRT je. Macam biasa, kami parking di Stadium Bukit Jalil, dan jalan kaki ke LRT stesen Bukit Jalil. Guna touch 'n' go macam biasa dan naik LRT terus ke stesen PWTC. Mudah kan?? Tak perlu tukar train, dalam setengah jam je dah sampai. Keluar je lepas touch di stesen PWTC, sebelah kiri ada jambatan yang menyambungkan stesen dengan PWTC. Kena jalan sikit la dalam 200m je.
tiket masuk (bukan ahli) adalah RM 4 seorang
bukan ahli dapat tali merah. Sila pakai untuk masuk

Pintu masuk utama adalah di tingkat dua, Hall 4 & 4M. Yang ni pun kira improvement dari tahun lepas. Dulu dia buat pintu masuk di tingkat satu, agak kelam kabut sebab orang keluar dan masuk di jalan yang sama.
naik atas

Hall 4 & 4M ni seperti biasa adalah untuk pengunjung yang mencari percutian dalam negara sahaja. Cakap je nak bercuti kat mana, semua ada. Menariknya, tahun ni Matta Fair ada tambahan entertainment, iaitu disediakan sedikit tempat hiburan di bahagian atas. Ada tempat memanah dan juga ala-ala rumah hantu. Tempatnya kecil je, sebenarnya digunakan untuk mempromosikan produk Sunway. Siap ada badut, dan juga 'hantu'.
percutian dalam negara
jom tengok tingkat atas ni...macam menarik je
ruang memanah
banyak 'hantu' di Horrorwood
kakak tu sempat bergambar dengan 'warewolf'

Ok, kita turun tingkat bawah lak. Turun hingga ke Tingkat satu, juga booth untuk percutian dalam negeri. Tahun ni dia buat dua tingkat pulak ye, mungkin sebab banyak permintaan dari pemamer agaknya. Di exit tingkat satu, ada satu jambatan yang menyambungkan bangunan ni ke Hall 1 & 2. Haa...kat Hall 1 & 2 ni la yang ada promosi percutian ke luar negara. Tapi kena jalan la ye. Jauh gak sebenarnya (kalau dah penat).
jambatan ke Hall 1 & 2

Kat sini, macam-macam tawaran dan promosi ada untuk percutian luar negara. Cakap je kat mana nak bercuti, banyak agensi percutian kat sini untuk disurvey. Buatlah pilihan bijak ye. Pakej umrah juga tak ketinggalan. Mrs Jay biasa survey yang ni dulu, sebab mak Mrs Jay ajak pergi umrah sekali lagi...huhu...padahal anaknye ni asyik dok pergi bercuti tempat-tempat lain dulu, Tokyo, Beijing....
pandangan dari atas
ni kat tingkat atas, ada jual baju sejuk gak

Ingat tak cerita "Istanbul, Aku Datang"? Ni la aiskrim nya. Free je, sebab tu ramai yang beratur. En. Hubby pun beratur gak, tapi tak sempat sebab aiskrim tu dah habis. Hampa!!

Yang ni pun kira penaja bersama la agaknya. Pixajoy, memang pilihan Mrs Jay kalau nak buat photobook. Photobook Japan dan Beijing, dua-dua Mrs Jay buat melalui Pixajoy. Semua urusan atas talian je, mudah kan? Tengok-tengok terima melalui pos je. Zaman sekarang memang semua dihujung jari. Download software melalui laman web Pixajoy, design photobook sendiri, lepas tu upload. Jangan lupa tunggu ada voucher promosi dulu baru hantar pesanan ye, memang jimat sangat!

Ok lah, hari pun dah petang. Pergi dua showcase dalam satu hari memang memenatkan. Jom balik....


No comments:

Post a Comment